Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (232)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (231)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (233)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (232)
2020-12-16 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (232)

Bacaan Bible:

Heb 8:12   Kerana Aku akan berpropisiasi terhadap ketidakadilbenaran mereka, dan dosa-dosa mereka tidak akan Aku ingati lagi.

Mzm. 130:4   Tetapi pada-Mu ada pengampunan, agar orang bertakwa kepada-Mu.

[Dalam Ibrani 8:12] “berpropisiasi” bererti menyempurnakan propisiasi untuk dosa-dosa kita. Kristus menyempurnakan propisiasi untuk dosa-dosa kita agar meredakan keadilbenaran Tuhan, memperdamaikan kita dengan Tuhan dengan memuaskan tuntutan keadilbenaran Tuhan (2:17).…Berdasarkan propisiasi ini, Tuhan mengampunkan dosa-dosa kita. Dalam 8:12, Tuan memberitahu kita bahawa “dosa-dosa mereka tidak akan Aku ingati lagi”. Di sini kita melihat bahawa Tuhan akan melupakan dosa-dosa kita. Mengampunkan bererti melupakan.…Jika mengampun tetapi tidak melupakan, maka pengampunan itu tidak benar. Tuhan bukan sahaja mengampunkan dosa-dosa kita, tetapi juga melupakan dosa-dosa kita.

Dalam Wasiat Baru, perkataan Yunani bagi pengampunan bererti “menyebabkan (nya) beredar” dan “menghantar pergi” (Mat. 12:31; Roma 4:7; Kis. 5:31; 13:38). Apabila Tuhan mengampunkan dosa-dosa kita, Dia…juga menyebabkan dosa-dosa yang kita lakukan itu meninggalkan kita. Hal ini kerana ketika Dia menjadikan Tuan Yesus korban penebus dosa di atas salib, Dia meletakkan semua dosa kita pada-Nya supaya Dia menanggung dosa-dosa itu untuk kita dalam tubuh-Nya (Yoh. 1:29; Yes. 53:6; 1 Ptr. 2:24). Selain itu,…Dia juga meletakkan semua dosa kita pada Syaitan untuk ditanggungnya buat selama-lamanya. Ini diwahikan menerusi tamsil bagi penebusan seperti yang tercatat dalam Imamat 16. Apabila hentar agung menebus dosa bagi pihak bani Israel, dia mengambil dua ekor kambing dan mempersembahkannya di hadapan Tuhan. Seekor adalah untuk Tuhan dan disembelih untuk dijadikan penebusan bagi pihak bani Israel; manakala seekor lagi adalah “bagi Azazel”, iaitu untuk Syaitan, bagi menanggung dosa-dosa bani Israel (Im. 16:7-10, 15-22)…[memandangkan] dosa datang daripada Syaitan.

Apabila Tuhan mengampuni kita, Dia bukan sahaja mengecualikan kita daripada menanggung hukuman dosa dan menyebabkan dosa-dosa kita meninggalkan kita, malah Dia juga melupakan dosa-dosa kita. Apabila Dia mengampuni kita, Dia memadamkan dosa-dosa kita daripada ingatan-Nya dan tidak lagi mengingatinya.

Pada anggapan manusia, pengampunan Tuhan akan menyebabkan manusia menjadi berani dan semberono. Namun pada hakikatnya, kurnia pengampunan Tuhan akan membuat manusia bertakwa kepada-Nya (Mzm. 130:4). Pengalaman kita memberitahu kita bahawa semakin kita diampuni Tuhan, semakin kita bertakwa kepada-Nya; semakin kita menerima kurnia pengampunan Tuhan, semakin kita bertakwa kepada Tuhan.…Kurnia pengampunan Tuhan bukan sahaja menjadikan kita bertakwa kepada Tuhan, malah menjadikan kita mengasihi Tuhan [Lukas 7:47]. 

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 12, Hari 2.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (231)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (233)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Hannahkwan pada 2020-12-16
Amen