Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (193)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (192)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (194)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (193)
2020-11-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (193)

Bacaan Bible:

Roma 8:4   Supaya tuntutan adilbenar hukum dapat digenapi dalam kita yang tidak bergerak-hidup menurut tubuh daging tetapi menurut roh.

2 Kor. 2:10   …Sesiapa yang kamu ampuni berkenaan apa-apa, juga aku ampuni, kerana apa yang telah aku ampunkan, jika aku telah mengampunkan apa-apa, adalah demi kamu dalam persona Kristus.

Ketegaran bani Israel disebabkan oleh mereka tidak bersatu dengan Tuhan. Sebagai contoh, Yohanan, iaitu pemimpin saki-baki umat, dengan teguh berazam untuk pergi ke Mesir bagi mencari tempat perlindungan. Dia takut bahawa orang Babylon akan datang membalas dendam atas pembunuhan Gedalya. Namun, Tuhan mahu mereka terus tinggal di Tanah Kudus untuk menjadi saki-baki umat-Nya. Tuhan akan mengunjungi mereka dan memberi mereka kurnia, malah menggunakan mereka sebagai umat-Nya untuk menjadi kesaksian bagi Tuhan yang hidup di bumi. Akan tetapi, disebabkan pertimbangan mereka dan pendapat mereka, mereka sama sekali menyalahfahami Tuhan. Walau bagaimanapun, semua ketua angkatan tentera dan semua rakyat meminta penyabda Yeremia berdoa untuk mereka berkenaan jalan yang harus ditempuh mereka dan hal yang harus dilakukan mereka, dengan berjanji kepadanya bahawa sama ada baik atau buruk, mereka akan mendengar suara Yehova (Yer. 42:1-6). Mereka mengatakan bahawa mereka akan patuh kerana mereka menjangka bahawa Yeremia akan bersetuju dengan mereka. Mereka menjangka bahawa dia akan memberi mereka kata-kata yang “manis”. Yeremia bukan orang yang membicarakan kata-kata sedemikian; dia memberitahu mereka bahawa dia akan berdoa kepada Yehova menurut kata-kata mereka.

Daripada berbicara secara tergesa-gesa, Yeremia menunggu selama sepuluh hari. Selepas sepuluh hari, sabda Yehova datang kepada mereka melalui Yeremia, dengan memberitahu mereka supaya jangan pergi ke Mesir tetapi terus tinggal di Yehuda. Yehova bersabda, “Jika kamu terus tinggal di tanah ini, Aku akan membina kamu dan tidak akan merobohkan kamu, dan Aku akan menanam kamu dan tidak akan mencabut kamu” (Yer. 42:10a). Ini menunjukkan bahawa Dia akan memberkati mereka, dan mereka akan menikmati-Nya. Akan tetapi, jika mereka enggan mendengar sabda ini tetapi pergi ke tanah Mesir, mereka akan mati di situ... Selepas Yeremia selesai membicarakan sabda Yehova, semua rakyat, termasuk Yohanan, menuduhnya bercakap bohong…(43:2). Yohanan dan semua ketua angkatan tentera enggan mendengar suara Yehova untuk terus tinggal di tanah Yehuda, malah mereka membawa saki-baki umat dan pergi ke Mesir.

Bani Israel ialah umat yang tidak bersatu dengan Tuhan. Jika mereka bersatu dengan Tuhan, tidak akan adanya masalah. Jika mereka bersatu dengan Tuhan, mereka akan menerima sabda Tuhan dan akan mengenali hati-Nya, sifat-Nya, minda-Nya, dan tujuan-Nya. Jika mereka bersatu dengan Tuhan, maka secara spontan, mereka akan berhidupkan-Nya dan dikonstitusikan dengan-Nya untuk menjadi kesaksian-Nya di bumi. 

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 6, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (192)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (194)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)