Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (192)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (191)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (193)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (192)
2020-11-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (192)

Bacaan Bible:

Yer. 15:19   Maka beginilah Yehova bersabda,…Jika engkau mengasingkan yang berharga daripada yang tidak bernilai, engkau akan menjadi seperti mulut-Ku…

Flp. 3:8   Tambahan pula, aku juga mengira segala sesuatu sebagai kerugian kerana keunggulan pengetahuan terhadap Kristus Yesus Tuan aku; kerana-Nya aku telah menderitai kerugian segala sesuatu, dan mengiranya sebagai sampah supaya aku dapat beroleh Kristus.

Apabila seseorang diselamatkan, konsep nilainya berubah. Dia tidak lagi menghargai apa yang dianggapnya berharga pada suatu ketika dahulu, dan dia menghargai apa yang pernah dihinanya. Inilah perubahan konsep nilainya. Sesiapa yang konsep nilainya tidak ada perubahan bukan orang Kristian yang sejati.

Matius 10:37-38 berkata, “Dia yang mengasihi bapa atau ibu lebih daripada Aku tidak layak bagi-Ku; dia yang mengasihi anak lelaki atau anak perempuan lebih daripada Aku tidak layak bagi-Ku; dia yang tidak memikul salibnya dan mengikut Aku tidak layak bagi-Ku.” Bapa, ibu, isteri, dan anak ialah orang yang paling dikasihi serta dianggap sebagai orang yang paling penting. Apabila semua ini tidak dibandingkan dengan Tuan, maka tidak ada salahnya untuk mengasihi mereka. Namun demikian, jika suatu situasi timbul dan kita perlu membuat pilihan antara dua ini, yang mana satukah akan kita pilih?…Kita perlu membantu dikbang dan dikkak mengenali hal yang benar-benar berharga. Kita boleh bertanya kepada percayawan baru, “Siapakah yang akan kamu pilih?” Jika mereka tidak jelas berkenaan hal ini, mereka akan bingung ketika menghadapi cubaan kelak. Tanggungjawab untuk memberi bimbingan yang wajar terletak pada bahu kita. Kita harus memberitahu percayawan baru, “Jika, demi Tuan, kamu perlu melukis garis pemisah antara diri kamu dengan ibu bapa, isteri, dan anak kamu, adakah kamu akan memilih-Nya? Demi Dia, iaitu demi Tuan yang mati untuk kita, kita harus memilih untuk menjadi disipal-Nya dan mengikut-Nya.” Keluarga kita sendiri memang berharga, namun mereka tidak dapat dibandingkan dengan Tuan. Tuan kita lebih berharga.

[Menurut Filipi 3:7-8,] kita melihat bahawa Paulus…mempunyai perubahan dalam konsep nilainya. Apa-apa yang dahulunya menjadi keuntungan baginya, semua ini telah dikiranya sebagai kerugian kerana Kristus. Mengapakah Paulus dapat menolak hal-hal yang dahulunya menjadi keuntungan baginya? Dia dapat mengira semua ini sebagai kerugian kerana keunggulan pengetahuan terhadap Kristus Yesus. Paulus menganggap Kristus yang diurapi Tuhan itu sebagai Tuan, sebagai Raja, dan sebagai Yang maha unggul. Demi-Nya, dia menderitai kerugian segala sesuatu, dan mengiranya sebagai sampah. Inilah jenis perubahan dalam penilaian yang berlaku pada seorang Kristian.

Yeremia 15:19 [mengatakan] bahawa jika kita mengasingkan yang berharga daripada yang tidak bernilai, maka kita akan menjadi seperti mulut Tuhan. Jika kita tidak dapat membezakan nilai sesuatu hal dengan wajar, Tuhan akan menolak kita dan mengetepikan kita.…Kita perlu melihat kepentingan perubahan konsep nilai yang sedemikian. Semoga Tuan memberi kita cahaya supaya kita mempunyai perubahan yang tuntas dari segi konsep nilai agar kita akan tahu bagaimana memilih bahagian yang paling unggul. 

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 6, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (191)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (193)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)