Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (188)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (187)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (189)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (188)
2020-11-02 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

2 Kor. 4:6-7   Kerana Tuhan yang bersabda, Daripada kegelapan cahaya akan bersinar, Dialah yang bersinar dalam hati kami untuk mencahayai pengetahuan terhadap kemuliaan Tuhan di muka Yesus Kristus. Tetapi kami mempunyai harta ini di dalam wadah tanah supaya keunggulan kudrat ini kepunyaan Tuhan dan bukan daripada kami.

Kunci bagi 2 Korintus 4:7 ialah ayat sebelumnya: “Untuk mencahayai pengetahuan terhadap kemuliaan Tuhan di muka Yesus Kristus” (ay. 6). Dalam bahasa Yunani, perkataan muka ialah perkataan sama yang digunakan untuk persona dalam 2 Korintus 2:10 yang bermaksud petunjuk di sekeliling mata. Ini bermaksud bahawa sekiranya kita tidak mempunyai petunjuk bagi muka Yesus, Dia tidak akan menjadi harta kepada kita. Kita tidak akan berasa bahawa kita mempunyai harta dalam kita sehinggalah kita melihat muka Tuan. Apabila kita menikmati hadirat-Nya, kita berasa bahawa Dia ialah harta yang begitu berharga dalam kita.

Perkara ini tidak harus menjadi sebutan sahaja. Kita semua dapat mengatakan bahawa kita ialah wadah tanah, dan Yesus ialah harta di dalam. Akan tetapi, kita mungkin hanya berkata sedemikian tanpa merasakan sebarang realiti dalam kita. Hanya apabila kita hidup dalam hadirat-Nya, menatap petunjuk diri-Nya, barulah kita akan merasakan bahawa Dia begitu berharga bagi kita. Dalam seluruh alam semesta, tidak ada apa-apa yang lebih berharga daripada menatap muka Yesus. Ini perihal pengalaman dan kenikmatan peribadi. Semakin kita hidup dalam hadirat-Nya, semakin kita merasakan kemestikaan Yesus. Inilah kenikmatan terhadap penghunian-Nya secara dalaman. Yesus ini menghuni kita secara dalaman. Ini ialah realiti yang hidup, bukan sekadar sebutan. Sekiranya kita semua belajar menyingkirkan persona lama kita, mengambil Dia sebagai persona kita dengan menatap petunjuk muka-Nya sambil menikmati hadirat-Nya, kita akan ada perasaan yang manis terhadap kemestikaan Yesus yang huni secara dalaman. Ini akan menjadikan kita begitu bersinar, satu penyinaran yang merupakan pantulan kemuliaan-Nya. Saya boleh jamin bahawa jika kamu pernah ada pengalaman sebegini, orang lain akan melihat betapa bersinarnya kamu. Kamu bukan sekadar gembira, malah kamu bersinar. Sesuatu menyinar keluar dari dalam kamu, dan itulah pantulan Yesus. Inilah pengalaman Paulus terhadap Kristus yang huni secara dalaman. 

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 5, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (187)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (189)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)