Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (189)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (188)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (190)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (189)
2020-11-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (189)

Bacaan Bible:

Kej. 1:26   Bersabdalah Tuhan, Hendaklah Kita menjadikan manusia menurut imej Kita, mengikut rupa Kita…

Kis. 7:56   Maka dia berkata, Lihatlah, aku nampak syurga-syurga terbuka dan Anak Manusia berdiri di sebelah kanan Tuhan.

Dalam penciptaan Tuhan, Dia tidak mencipta “jenis manusia”. Kejadian 1 memberitahu kita bahawa Tuhan mencipta semua ikan, burung, binatang, dan ternakan menurut jenisnya (ay. 24-25). Walaupun Tuhan mencipta segala sesuatu menurut jenisnya, namun Tuhan tidak mencipta “jenis manusia”. Dalam penciptaan Tuhan, tidak ada “jenis manusia”.

Jika Tuhan tidak mencipta “jenis manusia”, maka menurut jenis apakah manusia dicipta? Kejadian 1:26 menunjukkan bahawa manusia dicipta menurut jenis Tuhan. Ayat ini berkata, “Hendaklah Kita [Triniti Divin] menjadikan manusia [Ibr. adam, yang merujuk kepada tanah liat merah] menurut imej Kita, mengikut rupa Kita.” Oleh itu, apa yang dicipta Tuhan di sini adalah menurut jenis Dia sendiri, iaitu jenis Tuhan.…Tuhan mencipta sesuatu daripada tanah liat merah menurut imej Dia sendiri dan mengikut rupa Dia sendiri.

Tanah liat merah ini mempunyai imej Tuhan, maka kerja tanah liat merah ini menyerupai Tuhan. Sekurang-kurangnya kita boleh mengatakan bahawa tanah liat ini ialah bentuk Tuhan yang dicipta menurut jenis Tuhan. Oleh itu, tanah liat merah ini ialah jenis Tuhan.

Adam ialah tamsil, pralambang, bagi Kristus (Roma 5:14)...Gumpalan tanah liat merah dalam Kejadian 1:26 ialah tamsil bagi Kristus, dan Kristus pula ialah imej Tuhan yang tidak dapat dilihat (Kol. 1:15)...Kristus yang wujud dalam rupa Tuhan, telah mengenakan rupa seorang abdi, menjadi rupa bentuk manusia dan didapati dalam gaya seorang manusia, dalam inkarnasi-Nya (Flp. 2:6-8). 

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 6, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (188)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (190)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)