Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristus Anak Daud
Imanuel
Anak Daud
2016-08-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Matius 1:1: “Buku salasilah Yesus Kristus, iaitu anak Daud, anak Abraham.” Inilah permulaan Wasiat Baru. Yesus Kristus diperkenalkan sebagai anak Daud dan anak Abraham. Dua gelaran ini sudah tentu membawa makna yang penting.

Dalam Wahi 22:16, Kristus berkata, “Akulah Akar dan Keturunan Daud.” Dari segi ketuhanan-Nya, Kristus ialah Akar Daud, iaitu sumber Daud, tetapi dari segi keinsanan-Nya, Kristus ialah Keturunan Daud.

Mungkin kita memahami daripada Matius 1:1 bahawa Kristus ialah keturunan Abraham dan Daud, dengan itu Dia masuk ke dalam keinsanan. Sebenarnya, gelaran “Anak Daud” menunjukkan bahawa Kristus kita boleh dialami. Siapakah anak Daud dari segi sejarah? Dialah Salomo, iaitu Raja Israel yang menggantikan Daud bapanya. Dari segi ini, Salomo mentamsilkan Kristus yang mewarisi kingdom. Oleh itu, Kristus sebagai anak Daud yang sebenar merupakan raja, Dia yang berkuasa. Buku Matius ialah buku yang berbicara tentang kingdom syurga-syurga (Matius 5:3), dan kingdom syurga-syurga melibatkan perkara kuasa.

Bukan itu sahaja, Kristus yang merupakan anak Daud juga membawa kita ke dalam kingdom syurga-syurga, dan membolehkan kita berbahagian dalam kuasa divin-Nya. Dalam buku Matius, kita melihat bahawa Tuan memberi kita kuasa untuk mengikat dan melepaskan: “Aku akan memberi kamu kunci-kunci kingdom syurga-syurga, dan apa jua yang kamu ikat di bumi semestinya sudah diikat di syurga-syurga, dan apa jua yang kamu lepaskan di bumi semestinya sudah dilepaskan di syurga-syurga” (Mat. 16:19).

Matius 28:18-19 berkata, “Yesus datang dan berbicara kepada mereka, dengan berkata, Segala kuasa di syurga dan di bumi telah diberikan kepada-Ku. Oleh itu, pergi dan disipalkanlah semua bangsa, baptislah mereka ke dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.” Disebabkan segala kuasa telah diberikan kepada Raja syurgawi kita, yakni Tuan Yesus sebagai anak Daud, maka Dia mengutus disipal-disipal-Nya keluar untuk mendisipalkan semua bangsa. Hari ini, apabila kita pergi memberitakan injil, kita sebenarnya pergi dengan membawa kuasa Yesus. Kita bukannya menginjil dengan kekuatan sendiri tetapi kita pergi dalam nama-Nya yang berkuasa. Dengan demikian, kita bersatu dengan Yesus Kristus, Anak Daud, untuk membawa injil kingdom ini ke seluruh bumi yang berhuni (Matius 24:14).

Imanuel
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)