Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Sedikit Sorotan Berkenaan Kejadian 2:4
Dua Kejadian Petrus Menangkap Ikan
Sedikit Sorotan Berkenaan Kejadian 2:4
2016-08-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kejadian 2:4: “Inilah asal usul langit dan bumi semasa dicipta. Pada hari Yehova Tuhan menjadikan bumi dan langit.”Jikalau seorang pembaca Bible yang teliti sampai ke ayat ini, dia akan mendapati sesuatu yang menarik dalam ayat ini. Bahagian pertama ayat ini berkata, “…langit dan bumi semasa dicipta….” Perhatikan langit disebut terdahulu dan kemudian bumi, dan kata kerja yang digunakan di sini ialah “cipta”. Bahagian kedua ayat ini pula berkata, “…Yehova Tuhan menjadikan bumi dan langit.” Kali ini, bumi disebut terdahulu dan kemudian langit, dan kata kerja yang digunakan ialah “jadi”. Menurut konteks dalam Bible, “cipta” atau “mencipta” bermakna menghasilkan sesuatu daripada ketiadaan, iaitu menghasilkan sesuatu yang asalnya tidak pernah wujud. “Jadi” atau “menjadikan” pula bermakna menggunakan sesuatu bahan yang sudah wujud dan menghasilkan sesuatu daripada bahan yang sudah wujud itu.

Sehubungan itu, ayat ini sebenarnya menunjukkan penciptaan asal Tuhan dan juga pembaikpulihan Tuhan terhadap ciptaannya. Kejadian 1:1 menyatakan bahawa Tuhan mencipta langit dan bumi. Ini merujuk kepada penciptaan asal Tuhan. Akan tetapi pada permulaan ayat 2, bumi menjadi ketandusan dan kekosongan, dan kegelapan berada di atas permukaan air dalam. Penciptaan asal Tuhan adalah cantik dan sempurna dalam ayat 1 (Ayub 38:4-7; Yes. 45:18). Akan tetapi, sesuatu yang dahsyat telah berlaku dalam ayat 2a yang menyebabkan alam semesta menjadi gelap dan ditutupi air. (Apa yang berlaku ialah pemberontakan Syaitan. 

Atas sebab ini, bermula dengan bahagian kedua ayat 2, Tuhan memulakan kerja pembaikpulihan terhadap ciptaan-Nya. Pada hari pertama, Tuhan bukannya mencipta cahaya tetapi hanya memberi perintah, dengan bersabda, “Jadilah cahaya” (Kej. 1:3). Pada hari ketiga, Tuhan memerintahkan bumi yang terbenam itu keluar dari air maut (Kej. 1:9). Ini bukan tindakan mencipta tetapi tindakan menjadikan. Bumi sudah pun wujud tetapi terbenam di bawah air. Maka Tuhan memulihkan bumi pada hari ketiga. Begitu juga, pada hari keempat, Tuhan memulihkan langit. Oleh itu, dalam kerja pembaikpulihan, yang terdahulu dipulihkan ialah bumi, kemudiannya langit.

Secara kesimpulan, Kejadian 1:2b bukan merujuk kepada penciptaan asal Tuhan—penciptaan asal telah selesai dalam ayat 1—tetapi merujuk kepada pembaikpulihan Tuhan. Tuhan memulihkan apa yang telah rosak. Berikutan itu Tuhan melakukan penciptaan selanjutnya. Contohnya, Tuhan mencipta manusia, yang tidak wujud dalam penciptaan asal Tuhan. Oleh itu, Kejadian 1:2b—2:25 merupakan sabda yang menunjukkan Tuhan membaik pulih alam semesta yang rosak dan penciptaan-Nya yang selanjutnya.

Dua Kejadian Petrus Menangkap Ikan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)