Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Mempersembahkan Diri (1)
Hati—Pintu Seluruh Diri Manusia
Mempersembahkan Diri (1)
2016-08-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Mempersembahkan diri ialah suatu respons yang positif daripada orang yang diselamatkan terhadap penyelamatan Tuan. Memandangkan kita telah menerima penyelamatan Tuan yang begitu besar lagi percuma, kita secara spontannya ingin membalas Tuan. Mempersembahkan diri kita kepada Tuan bererti membenarkan Tuan mendapatkan kita sebagai balasan kita terhadap-Nya.

Asas Mempersembahkan diri

Asas mempersembahkan diri kita kepada Tuan ialah Tuan telah membeli kita dengan harga yang tinggi, iaitu dengan darah-Nya (Wahi 5:9). Oleh itu, kita menjadi abdi yang dibeli-Nya. Kita yang telah percaya kepada Tuan dan dibeli Tuan menerusi penebusan-Nya ialah abdi-abdi yang dibeli Tuan, oleh itu kita bukan lagi kepunyaan sendiri tetapi kepunyaan Tuan. Hak milik tidak ada pada kita tetapi pada Tuan. Oleh sebab kita yang telah ditebus dan dibeli Tuan adalah kepunyaan Tuan, maka sama ada kita hidup atau mati, kita kepunyaan-Nya (Roma 14:8). Inilah asas mempersembahkan diri kita kepada-Nya untuk digunakan-Nya.

Motif Mempersembahkan diri

Dua Korintus 5:14-15 berkata, “Sesungguhnya kasih Kristus mendesak kami kerana kami telah menetapkan ini, bahawa Seorang mati untuk semua, maka semua mati, dan Dia mati untuk semua agar mereka yang hidup tidak lagi hidup terhadap diri mereka tetapi terhadap Dia yang mati untuk mereka dan telah dibangkitkan.” Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa kita mempersembahkan diri kepada Tuan kerana kasih-Nya mendesak kita, mendorong kita. Kasih-Nya memaksa kita sehinggakan kita tidak boleh tidak mempersembahkan diri kepada-Nya. Oleh sebab Dia mati untuk kita semua, maka kita semua telah mati. Dengan itu, kita terlepas daripada kematian. Lagipun Dia mati agar kita beroleh hayat-Nya dan hidup terhadap-Nya. Kasih ini mendorong kita, memaksa kita agar mengasihi-Nya dan mempersembahkan diri kita kepada-Nya sebagai kesyukuran dan balasan kita terhadap kasih agung-Nya. Dia telah membeli kita dengan darah adi-Nya supaya kita menjadi abdi yang dibeli-Nya; inilah asas mempersembahkan diri kita kepada-Nya. Dia mati untuk kita atas dasar kasih-Nya terhadap kita; inilah motif mempersembahkan diri kita kepada-Nya.

Maksud Mempersembahkan diri

Roma 12:1 berkata, “Oleh itu, aku menasihati kamu, dikbang-dikbang, menerusi belas kasihan Tuhan supaya mempersembahkan tubuhmu sebagai satu korban hidup yang kudus dan berkenan pada Tuhan; inilah pelayananmu yang munasabah.” Mempersembahkan diri kita kepada Tuan bererti mempersembahkan diri kepada-Nya sebagai satu korban hidup, bukannya korban mati seperti yang dipersembahkan oleh orang dalam Wasiat Lama kepada Tuhan. Mempersembahkan diri kita sebagai satu korban hidup adalah sesuatu yang kudus, iaitu kita mengasingkan diri untuk digunakan Tuan. Persembahan ini juga diperkenan Tuhan dan memuaskan hasrat hati Tuhan.

Dalam Wasiat Lama, Tuhan menghendaki umat-Nya mempersembahkan korban bakaran kepada-Nya setiap hari sebagai makanan-Nya untuk memuaskan-Nya (Bil. 28:2-3). Ini melambangkan bahawa dalam Wasiat Baru kita yang kepunyaan Tuhan harus mempersembahkan diri sebagai korban bakaran kepada Tuhan setiap hari untuk memuaskan-Nya. Namun demikian, yang dipersembahkan oleh umat dalam Wasiat Lama ialah korban mati, tetapi yang kita persembahkan ialah korban hidup. Meskipun sifat kedua-duanya berbeza, namun matlamatnya tetap sama, iaitu menjadi makanan Tuhan dan memuaskan Tuhan. Mempersembahkan diri kepada Tuan bererti menjadi korban yang memuaskan Tuan, bukan berasaskan apa yang kita lakukan untuk Tuan, tetapi berasaskan kepuasan yang kita berikan kepada Tuan. Inilah maksud sebenar mempersembahkan diri kita kepada Tuan.

Hati—Pintu Seluruh Diri Manusia
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)