Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Soalan Injil Kesetiaan Tuhan Bukannya Menurut Kefahaman Alamiah Kita
Mengapakah penderitaan menimpa saya sedangkan Tuhan yang saya percaya itu ialah Tuhan kasih dan Tuhan maha perkasa?
Kesetiaan Tuhan Bukannya Menurut Kefahaman Alamiah Kita
2024-03-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kesetiaan Tuhan Bukannya Menurut Kefahaman Alamiah Kita

 

Tuhan ialah sumber air hidup (Yer. 2:13) dan Dia ingin menjadi sumber air hidup untuk diminum umat pilihan-Nya. Dia tidak menjanjikan benda-benda material kepada kita menurut kefahaman alamiah kita, tetapi Dia sendirilah menjadi sumber air hidup kepada kita. Barang siapa yang minum daripada air yang diberikan-Nya pasti tidak akan haus buat selama-lamanya; tetapi air yang diberikan-Nya akan menjadi sumber mata air dalamnya, yang memancur keluar ke dalam hayat abadi (Yoh. 4:14).

 

Para pembaca, meskipun kita tidak setia, namun Tuhan adalah setia. Ratapan 3:23b berkata, “Besar kesetiaan-Mu.” Korus bagi kidung yang terkenal berkenaan kesetiaan Tuhan (Kidung, #13) berbunyi, “Agungnya setia-Mu!… / Tiap pagi rahmat-Mu segar, baru; / Semua yang ku perlu, Kau sedia bekal…” Kita mungkin memahami kesetiaan Tuhan yang dikatakan dalam Bible dan yang dikatakan dalam kidung ini sama ada secara alamiah atau secara rohani. Apabila sesetengah orang mengatakan bahawa Tuhan adalah setia, maksud mereka ialah Tuhan setia menjaga keperluan material mereka. Akan tetapi, dalam 1 Korintus 1:9 Paulus berkata, “Tuhan adalah setia; menerusi-Nya kamu telah dipanggil ke dalam persekutuan Anak-Nya, Yesus Kristus, Tuan kita.” Tuhan adalah setia dalam hal ini, tetapi Dia mungkin tidak setia membekali kamu rumah besar atau pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Kita tidak menafikan hakikat bahawa Tuhan adalah setia dalam menjaga kebajikan kita, namun kesetiaan Tuhan ini bukannya menurut kefahaman alamiah kita.

 

Pertimbangkan penderitaan dutus Paulus. Dia telah dipanggil, diamanatkan, menerima beban, dan diutus Tuhan, namun ke mana-mana sahaja dia pergi, dia menghadapi masalah. Sebagai contoh, sebaik sahaja dia mula memberitakan Kristus, dia mula menderitai penindasan…Adakah ini bermaksud bahawa Tuhan tidak setia terhadap Paulus? Tidak, ini bermaksud bahawa kesetiaan Tuhan bukan menurut kefahaman alamiah kita.

 

Ketika kita percaya kepada Tuan Yesus, kita mungkin menjangka akan adanya damai sejahtera dan berkat. Namun sebaliknya kita mungkin menghadapi banyak masalah dan mungkin kehilangan keselamatan, kesihatan, atau harta benda kita. Apabila sesetengah orang Kristian mengalami hal sedemikian, mereka mungkin mempersoalkan kesetiaan Tuhan dan bertanya mengapa Dia tidak menghalang kesusahan daripada menimpa mereka.

 

Kerana umat-Ku telah melakukan dua kejahatan: Mereka telah meninggalkan Aku, sumber air hidup, 

untuk memahat bagi diri mereka takungan, takungan pecah yang tidak dapat menakung air.

Yeremia 2:13

 

Pembaca sekalian, kita perlu sedar bahawa semasa Tuhan membenarkan kita menghadapi masalah, Dia adalah setia dalam tujuan-Nya untuk memalingkan kita daripada berhala serta membawa kita kembali kepada diri-Nya. Damai sejahtera, keselamatan, kesihatan, serta harta benda kita mungkin menjadi berhala kita, namun Tuhan dengan setianya mengambil semua ini daripada kita supaya kita dapat minum Dia yang merupakan sumber air hidup…Kesetiaan Tuhan adalah untuk menanggulangi berhala-berhala ini supaya kita minum-Nya.

 

Tuhan dengan setianya memimpin kita ke dalam ekonomi-Nya, dan ekonomi-Nya ialah kita minum Kristus, makan Kristus, menikmati Kristus, menyerap Kristus, dan mengasimilasikan Kristus supaya Tuhan dapat memperoleh pertambahan-Nya pada kita untuk menggenapkan ekonomi-Nya. Inilah kesetiaan Tuhan. 

 

Bacaan Selanjutnya: Life-study of Jeremiah, mesej 4, 6; CWWL, 1991-1992, jil. 4, “The Overcomers”, bab 2-3

Mengapakah penderitaan menimpa saya sedangkan Tuhan yang saya percaya itu ialah Tuhan kasih dan Tuhan maha perkasa?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)