Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Gereja di Efesus — Gereja pada Kesudahan Peringkat Awal
Di luar kem dan sebelah dalam tirai
Kekayaan Sabda Tuhan (Yeremia 15:16)
Gereja di Efesus — Gereja pada Kesudahan Peringkat Awal
2020-05-02 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Wahi 2:7  Dia yang bertelinga, hendaklah dia mendengar apa yang dikatakan Roh itu kepada gereja-gereja. Kepada dia yang jayeng, kepadanya Aku akan memberi makan daripada pohon hayat yang berada di Firdaus Tuhan.

Agama selalunya mengajar, tetapi Tuan memberi makan (Yoh. 6:35). Dutus Paulus melakukan hal yang sama; iaitu dia memberi makan kepada percayawan (1 Kor. 3:2). Bagi kehidupan gereja yang wajar dan pemulihan kehidupan gereja, iaitu bagi pertumbuhan yang wajar dalam kehidupan orang Kristian, apa yang kita perlukan bukanlah sekadar menanggap-faham ajaran-ajaran dalam otak, tetapi makan Tuan sebagai roti hayat kita dalam roh kita (Yoh. 6:57). Malah sabda-sabda Kitab tidak harus dianggap sebagai doktrin sahaja untuk mengajar minda kita, tetapi sebagai makanan untuk mengkhasiati roh kita (Mat. 4:4; Ibr. 5:12-14). Di sini, dalam surat ini Tuan berjanji akan memberi pejayeng makan daripada pohon hayat. Ini merujuk kembali kepada Kej. 2:8-9, 16, berkenaan pemakanan yang ditetapkan Tuhan. Dalam surat kepada gereja di Pergamus, Tuan berjanji kepada pejayeng bahawa dia akan makan manna yang tersembunyi (ay. 17); ini merujuk kepada pemakanan manna oleh orang Israel di gurun tandus (Kel. 16:14-16, 31). Dan dalam surat kepada gereja di Laodikia, Tuan berjanji untuk makan bersama-sama dia yang membuka pintu kepada-Nya. Makan bukan hanya makan sejenis makanan tetapi makan kekayaan satu jamuan. Ini mungkin merujuk kepada pemakanan hasil yang kaya di tanah permai Kanaan oleh orang Israel (Yos. 5:10-12). Ini menunjukkan bahawa Tuan berhasrat memulihkan umat Tuhan memakan makanan yang betul, iaitu makanan yang ditetapkan Tuhan dan ditamsilkan oleh pohon hayat, manna, dan hasil tanah permai yang merupakan tamsil bagi pelbagai aspek Kristus sebagai makanan kita. Kejatuhan gereja memesongkan umat Tuhan daripada memakan Kristus sebagai makanan mereka dan memalingkan mereka kepada pengajaran doktrin-doktrin untuk pengetahuan. Dalam kejatuhan gereja, terdapat ajaran Bileam (ay. 14), ajaran Nikolaus (ay. 15), ajaran Izebel (ay. 20), dan ajaran hal-hal Syaitan yang dalam (ay. 24). Kini dalam surat-surat ini Tuan datang untuk memulihkan pemakanan yang betul terhadap diri-Nya sebagai bekalan makanan kita. Kita harus memakan-Nya, bukan sahaja sebagai pohon hayat dan manna yang tersembunyi bahkan sebagai jamuan yang penuh dengan kekayaan-Nya.

Dalam bahasa Yunani, perkataan untuk pohon di sini, seperti dalam 1 Ptr. 2:24, bermakna kayu; bukan perkataan yang biasa digunakan untuk pohon. Dalam Bible pohon hayat selalunya melambangkan Kristus sebagai perjasadan segala kekayaan Tuhan (Kol. 2:9) menjadi makanan kita (Kej. 2:9; 3:22, 24; Wahi 22:2, 14, 19). Perkataan di sini merujuk kepada Kristus yang disalibkan (diimplikasikan dalam pohon itu sebagai sebatang kayu — 1 Ptr. 2:24) dan dibangkitkan (diimplikasikan dalam hayat Tuhan — Yoh. 11:25). Pada hari ini, Kristus berada dalam gereja dan konsumasi gereja ialah Yerusalem Baru; dalam Yerusalem Baru, Kristus yang tersalib dan bangkit itu ialah pohon hayat untuk mengkhasiati seluruh umat yang ditebus Tuhan hingga keabadian (22:2, 14).

Hasrat asal Tuhan ialah manusia makan daripada pohon hayat (Kej. 2:9, 16). Disebabkan kejatuhan, jalan ke pohon hayat ditutup kepada manusia (Kej. 3:22-24). Menerusi penebusan Kristus, jalan untuk manusia menyentuh pohon hayat, iaitu Tuhan sendiri dalam Kristus sebagai hayat kepada manusia, telah dibuka semula (Ibr. 10:19-20). Akan tetapi, dalam kejatuhan gereja, agama menyusup masuk bersama-sama pengetahuannya untuk menyimpangkan percayawan dalam Kristus daripada memakan-Nya sebagai pohon hayat. Oleh itu, Tuan berjanji akan memberi pejayeng makan daripada diri-Nya sebagai pohon hayat dalam Firdaus Tuhan, sebagai ganjaran. Ini merupakan insentif untuk mereka meninggalkan agama bersama-sama pengetahuannya dan kembali kepada kenikmatan terhadap diri-Nya. Janji Tuan ini memulihkan gereja kepada hasrat asal Tuhan menurut ekonomi-Nya. Apa yang dikehendaki Tuan untuk dilakukan oleh pejayeng ialah apa yang harus dilakukan oleh seluruh gereja dalam ekonomi Tuhan. Disebabkan kejatuhan gereja, Tuan datang memanggil pejayeng untuk menggantikan gereja dalam penyempurnaan ekonomi Tuhan.

Makan daripada pohon hayat bukan sahaja merupakan hasrat asal Tuhan berkenaan manusia, malah akan menjadi hasil abadi penebusan Tuhan. Seluruh umat yang ditebus Tuhan akan menikmati pohon hayat, iaitu Kristus berserta segala kekayaan divin, sebagai bahagian abadi mereka hingga keabadian (22:2, 14, 19). Disebabkan penyimpangan daripada agama dan kejatuhan gereja, Tuan dalam kearifan-Nya menjadikan kenikmatan terhadap diri-Nya dalam kingdom yang akan datang itu suatu ganjaran untuk menggalakkan percayawan-Nya agar jayeng atas pengetahuan ajaran-ajaran agama yang menyimpangkan orang dan kembali kepada kenikmatan terhadap diri-Nya sebagai bekalan hayat dalam kehidupan gereja hari ini untuk menyempurnakan ekonomi Tuhan.

Makan pohon hayat, iaitu menikmati Kristus sebagai bekalan hayat kita, harus menjadi perkara yang utama dalam kehidupan gereja. Isi kandungan kehidupan gereja bergantung pada kenikmatan terhadap Kristus. Lebih banyak kita menikmati-Nya, lebih kayalah isi kandungan kehidupan gereja. Namun bagi kita menikmati Kristus, kita perlu mengasihi-Nya dengan kasih pertama. Jika kita meninggalkan kasih pertama kita terhadap Tuan, kita akan kehilangan kenikmatan terhadap Kristus dan kehilangan kesaksian Yesus; akibatnya, kaki pelita akan diambil daripada kita. Ketiga-tiga perkara ini — mengasihi Tuan, menikmati Tuan, dan menjadi kesaksian Tuan — adalah seiring.

Di luar kem dan sebelah dalam tirai
Kekayaan Sabda Tuhan (Yeremia 15:16)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)