Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian DIASINGKAN DARIPADA WADAH KAYU DAN WADAH TANAH
DUA ASAS TEGUH TUHAN
YOHANES—DAN KEBENARAN (Bahagian 1/4)
DIASINGKAN DARIPADA WADAH KAYU DAN WADAH TANAH
2020-06-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (50)

Nota Editor:

“Dua Timotius merupakan surat terakhir yang ditulis Paulus, yang sama sekali berbeza daripada 1 Timotius. Satu Timotius membicarakan ketertiban dalam gereja. Semasa rumah Tuhan berada dalam keadaan yang tertib, penatua dan diaken disebut. Akan tetapi, 2 Timotius langsung tidak menyebut penatua atau diaken, hanya orang yang setia, kerana rumah Tuhan sudah berada dalam keadaan yang tidak teratur. Semasa gereja bukan lagi tertib, apakah yang dapat kita lakukan terhadap kesaksian gereja? Kesaksian gereja diserahkan kepada orang yang setia. Dalam hari-hari penyimpangan, orang yang setia itu tidak semestinya penatua. Dalam 1 Timotius, gereja Tuhan dipandang sebagai ‘rumah Tuhan’. Namun dalam 2 Timotius, kita tidak dapat mencari ayat yang menyebut ‘rumah Tuhan’, hanya ‘rumah besar’ (2:20). Paulus tidak mengatakan bahawa ini gereja, tetapi Paulus sememangnya menggunakan kiasan ‘rumah besar’. Saya akan menganggap ‘rumah besar’ sebagai merujuk kepada kesaksian luaran pada masa itu. Semua orang Kristian termasuk dalamnya, namun ‘ada yang terhormat, dan ada yang terhina’. Ini mewakili lingkungan orang Kristian. Dari segi sifat, gereja tidak akan jatuh ke tahap ini, tetapi lingkungan luaran gereja berkemungkinan terjebak ke dalam keadaan ini.”

“Apakah wadah yang ‘terhormat’ dan ‘terhina’? Inilah perbezaan antara yang kepunyaan Tuhan dengan yang kepunyaan manusia…Kehendak Tuhan ialah segala-gala harus berasal daripada diri-Nya, bukan daripada manusia. Kita harus menolak segala hal yang berasal daripada manusia. Untuk menjadi wadah yang terhormat, terdapat syarat-syarat tertentu berserta hal-hal tertentu yang harus dilakukan.”

“Penekanan di sini adalah pada ‘wadah’. Wadah mewakili aspek kerja. Orang mungkin memanggil kita golongan fahaman pemisahan kerana kita bukan sahaja tidak melakukan hal-hal itu, malah kita juga enggan bergabung dengan orang yang melakukan hal-hal itu. Kita tidak akan bergabung dengan kerja mereka, dengan pengaturan mereka yang tetap atau dengan sistem buatan manusia mereka. Kita harus jelas dalam butir ini. Kita bukannya berpisah daripada orang mereka, tetapi berpisah daripada mereka sebagai wadah.”

DIASINGKAN DARIPADA WADAH KAYU DAN WADAH TANAH

(CWWN SET 2, JIL 46, BAB 182)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

1 Kor. 3:12-13 “Tetapi jika sesiapa membina dengan emas, perak, batu-batu berharga, kayu, rumput, jerami di atas asas itu, Kerja setiap orang akan termanifestasi, kerana hari itu akan menyatakannya; kerja itu didedahkan dalam api, dan api itu sendiri akan mengujibuktikan kerja setiap orang, daripada jenis apakah kerja itu.”

2 Tim. 2:19-22 “Bagaimanapun, asas teguh Tuhan tetap berdiri dengan mempunyai meterai ini, Tuan mengenali mereka yang kepunyaan-Nya, dan, Hendaklah setiap orang yang menyebut nama Tuan meninggalkan ketidakadilbenaran. Tetapi di dalam rumah besar, bukan sahaja terdapat wadah emas dan perak, tetapi juga wadah kayu dan tanah; ada yang terhormat, dan ada yang terhina. Oleh itu, jika sesiapa membersihkan dirinya daripada ini, dia akan menjadi wadah yang terhormat, dikuduskan, berguna kepada tuan, dipersiapkan untuk setiap kerja baik.”

Saya tidak percaya bahawa gereja sudah tandus. Gereja sama sekali tidak akan tandus, tetapi saya percaya bahawa kesaksian luaran gereja sememangnya berada dalam keadaan tandus. Kebenaran telah hilang, gereja berpecah belah, dan keadaan berpuak-puak dapat dilihat di mana-mana sahaja. Asas itu betul, tetapi binaan di atasnya bukan semuanya emas dan perak. Terdapat banyak rumput, kayu, dan jerami. Kesaksian orang Kristian kepada dunia ternyata sudah hilang. Manusia telah gagal dalam aspek ini, dan kita mendapati diri kita berada dalam kekeliruan yang amat besar. Kita ialah orang Kristian, tetapi kita juga dibawa ke dalam keadaan yang amat mengelirukan. Selepas seorang mubaligh tua membaca beberapa bab dalam buku “Berkenaan Kerja Kita”, dia berkata, “Kita dilahirkan beberapa ratus tahun lewat. Sekarang sudah sangat sukar untuk membetulkan keadaan.” Sekarang kita berada dalam hari-hari ketandusan luaran; banyak perkara telah tersimpang daripada penetapan Tuhan. Oleh itu, ministri Yohanes harus masuk. Kita boleh mengatakan bahawa sekarang merupakan zaman “gereja ditawan ke Babylon”. Secara beransur-ansur, Tuan sedang membawa kembali perkara-perkara ini dan memulihkan kebenaran yang telah hilang.

Adakah Sabda Tuhan memberitahu kita apa yang dapat kita lakukan dalam hari-hari pemulihan ini? Apakah peranan mereka yang setia? Bible memang ada membicarakan hal-hal ini. Di sinilah terletaknya nilai 2 Timotius bab dua yang begitu berharga. Bab ini membicarakan hari-hari penyimpangan. Saya percaya bahawa Tuhan mengizinkan kejatuhan berlaku sebelum para dutus meninggal dunia, supaya kita dapat menerima tunjuk ajar apabila kita mendapati diri juga berada dalam keadaan penyimpangan yang sama. Dua Timotius merupakan surat terakhir yang ditulis Paulus, yang sama sekali berbeza daripada 1 Timotius. Satu Timotius membicarakan ketertiban dalam gereja. Semasa rumah Tuhan berada dalam keadaan yang tertib, penatua dan diaken disebut. Akan tetapi, 2 Timotius langsung tidak menyebut penatua atau diaken, hanya orang yang setia, kerana rumah Tuhan sudah berada dalam keadaan yang tidak teratur. Semasa gereja bukan lagi tertib, apakah yang dapat kita lakukan terhadap kesaksian gereja? Kesaksian gereja diserahkan kepada orang yang setia. Dalam hari-hari penyimpangan, orang yang setia itu tidak semestinya penatua. Dalam 1 Timotius, gereja Tuhan dipandang sebagai “rumah Tuhan”. Namun dalam 2 Timotius, kita tidak dapat mencari ayat yang menyebut “rumah Tuhan”, hanya “rumah besar” (2:20). Paulus tidak mengatakan bahawa ini gereja, tetapi Paulus sememangnya menggunakan kiasan “rumah besar”. Saya akan menganggap “rumah besar” sebagai merujuk kepada kesaksian luaran pada masa itu. Semua orang Kristian termasuk dalamnya, namun “ada yang terhormat, dan ada yang terhina”. Ini mewakili lingkungan orang Kristian. Dari segi sifat, gereja tidak akan jatuh ke tahap ini, tetapi lingkungan luaran gereja berkemungkinan terjebak ke dalam keadaan ini.

Apakah wadah yang “terhormat” dan “terhina”? Inilah perbezaan antara yang kepunyaan Tuhan dengan yang kepunyaan manusia. Emas menandakan benda yang kepunyaan Tuhan dan berasal daripada Tuhan. Perak melambangkan penebusan menerusi salib. Emas merujuk kepada segala-gala yang berasal daripada Tuhan, sementara perak ialah segala-gala yang melalui salib Anak-Nya. Kayu menandakan keinsanan manusia, dan tanah menandakan hayat alamiah manusia. Tanah merujuk kepada mereka yang menjalani kehidupan menurut ragam manusia dan menurut hayat alamiah. Mereka ini mengambil sifat alamiah mereka sebagai daya dorongan dalam mereka. Kehendak Tuhan ialah segala-gala harus berasal daripada diri-Nya, bukan daripada manusia. Kita harus menolak segala hal yang berasal daripada manusia. Untuk menjadi wadah yang terhormat, terdapat syarat-syarat tertentu berserta hal-hal tertentu yang harus dilakukan.

Dua Timotius 2:21 berkata, “Jika sesiapa membersihkan dirinya daripada ini.” Seseorang harus mengasingkan diri daripada wadah kayu dan wadah tanah. Hal ini bukan sekadar soal sama ada kita ini emas atau perak, dan bukan soal hayat peribadi kita semata-mata. Ayat ini memberitahu kita bahawa kita harus membersihkan diri daripada wadah kayu dan tanah. Bagaimanakah kita membersihkan diri? Dengan mengasingkan diri daripada wadah kayu dan tanah. Tuhan mengingini dua aspek: Pembersihan diri kita dan hubungan kita dengan orang lain. Saya sendiri haruslah tidak ada sebarang hal bersifat bumiah atau manusia, dan saya juga harus enggan melakukan apa-apa daripada diri saya. Inilah pembersihan diri. Namun pada masa yang sama, saya juga harus mengasingkan diri daripada sesiapa yang merupakan wadah kayu dan tanah. Inilah aspek hubungan dengan orang lain. Hal ini bukan bermaksud kita mengasingkan diri daripada mereka sebagai orang Kristian, tetapi mengasingkan diri kita daripada kerja mereka yang kepunyaan rumput, kayu dan jerami. Sekiranya ada seseorang Kristian yang melakukan kerja yang bersifat kayu, maka kita harus berpisah daripadanya. Kerja kita tidak boleh bergabung dengan kerjanya.

Penekanan di sini adalah pada “wadah”. Wadah mewakili aspek kerja. Orang mungkin memanggil kita golongan fahaman pemisahan kerana kita bukan sahaja tidak melakukan hal-hal itu, malah kita juga enggan bergabung dengan orang yang melakukan hal-hal itu. Kita tidak akan bergabung dengan kerja mereka, dengan pengaturan mereka yang tetap atau dengan sistem buatan manusia mereka. Kita harus jelas dalam butir ini. Kita bukannya berpisah daripada orang mereka, tetapi berpisah daripada mereka sebagai wadah.

Kumpulan Dikbang Tertutup cuba menyingkirkan orang. Namun kita seharusnya bersekutu dengan setiap percayawan sejati Tuhan. Apa yang harus kita jauhi ialah status mereka  sebagai pekerja. Kita tidak harus terlibat dengan kerja itu. Ini merupakan garis sempadan yang jelas. Kita tidak harus ada kena-mengena dengan wadah-wadah itu, dan kita tidak boleh bergabung dengan sistem itu. Kita sama sekali tidak boleh berpisah dengan orang lain yang merupakan anak Tuhan, tetapi kita boleh berpisah dengan mereka sebagai wadah. Dengan itu, kita akan “dikuduskan, berguna kepada tuan, dipersiapkan untuk setiap kerja baik”.

Ayat 22 membicarakan “mereka yang menyeru Tuan daripada hati yang murni”. Ayat ini bukan merujuk kepada semua orang yang diselamatkan dengan menyeru nama Tuan, tetapi hanya mereka yang menyeru Tuan daripada hati yang murni. Kita harus mengikut orang sedemikian dan bergabung dengan mereka. Mereka ini harus menjadi rakan sekerja kita. Kita harus “kejarlah keadilbenaran, iktikad, kasih, kedamaian” bersama dengan mereka. Oleh itu, pergabungan kita dengan mereka adalah berdasarkan empat perkara: keadilbenaran, iktikad, kasih, dan kedamaian. Perhatikan bahawa kedamaian disebut terakhir, bukan pertama. Ada orang berkata, “Kita harus berdamai tidak kira apa harganya.” Manusia sentiasa meletakkan kedamaian di tempat pertama, dan keadilbenaran di tempat terakhir, tetapi ini bukan urutan Tuhan. Kita harus mengekalkan persekutuan dengan semua anak Tuhan, tetapi pada masa yang sama kita harus mengasingkan diri daripada wadah yang terhina.

DUA ASAS TEGUH TUHAN
YOHANES—DAN KEBENARAN (Bahagian 1/4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)