Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (238)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (237)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (239)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (238)
2020-12-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Mat. 28:20   …Lihatlah, Aku bersama dengan kamu setiap hari hinggalah kesudahan zaman.

Wahi 10:7   Tetapi pada hari-hari malaikat ketujuh bersuara, apabila dia sudah hendak meniup trompet, tergenaplah misteri Tuhan…

Frasa Yunani [bagi istilah keakhiran zaman] juga boleh diterjemahkan sebagai “kegenapan zaman” atau “kesudahan zaman”. Keakhiran zaman merujuk kepada tiga tahun setengah kesengsaraan dahsyat yang akan menamatkan zaman ini. Oleh itu, keakhiran (kesudahan) zaman bukan penutup zaman, tetapi tempoh zaman yang paling akhir. 

Istilah kesudahan zaman ini ditemui dalam ayat terakhir buku Matius (28:20). Oleh sebab kita berhasrat agar diraptur, maka kita berharap agar Tuan bersama dengan kita hingga keakhiran zaman ini, bukan hingga penutup zaman. Pada penutup zaman, Tuan akan turun ke bumi dan menempatkan kaki-Nya di Gunung Zaitun. Sebelum hal ini berlaku, akan ada suatu jangka masa yang dipanggil Bible sebagai kesudahan zaman yang akan berlanjutan selama tiga tahun setengah.

Dua kedatangan Kristus menjadi permulaan dan pengakhiran bagi zaman misteri ini. Pada zaman misteri ini, segala-gala yang dilakukan Tuhan ialah suatu misteri. Misalnya, Tuan berinkarnasi, disalib, bangkit, menjadi Roh itu, dan masuk ke dalam percayawan, semuanya ialah misteri. Selain itu, penebusan, pengampunan, dan kelahiruan, juga merupakan misteri. Bukan sahaja Kristus ialah misteri, malah kita semua juga ialah misteri.

Hari ini, Kristus yang huni secara dalaman dan gereja ialah misteri.…Apabila kita berkata, “Puji Tuan! Kristus berada dalam kita,” orang mungkin berkata, “Tunjukkanlah kepada kami.” Pada masa itu, kita cuma dapat menjawab, “Saya tidak dapat menunjukkan kepada kamu, tetapi saya tahu bahawa Kristus berada dalam saya.” Kristus huni dalam kita ialah satu misteri. Apabila orang bukan Kristian menerima baki wang yang terlebih daripada juruwang di restoran, mereka amat gembira dan menganggap diri keuntungan. Akan tetapi, apabila kita menerima baki wang yang terlebih, kita mengembalikannya. Ini merupakan sesuatu yang penuh misteri kepada juruwang. Orang yang tidak percaya tidak memahami siapa kita ini.…Walaupun hari ini ialah zaman misteri, namun apabila trompet ketujuh ditiup, misteri akan berakhir. Semasa trompet ketujuh ditiup, Kristus akan termanifestasi dan seluruh bumi akan mengenali Dia. Pada masa itu, juruwang akan mengetahui sebab kita, iaitu orang yang penuh misteri, mengembalikan baki wang yang terlebih. Mereka mungkin akan berkata, “Dahulunya kami ingat mereka bodoh, tetapi sekarang kami faham.” Walaupun mereka tidak dapat memahami misteri ini pada hari ini, mereka akan memahaminya suatu hari nanti.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (237)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (239)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)