Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (208)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (207)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (209)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (208)
2020-11-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible:

Ibr. 7:25   …Dia berupaya menyelamatkan ke tahap sempurna mereka yang datang ke hadapan kepada Tuhan menerusi-Nya, memandangkan Dia sentiasa hidup untuk berdoa-pinta bagi mereka.

Ibr. 10:22   Marilah kita datang ke hadapan, ke Tempat Maha Kudus dengan hati benar dalam iktikad yang berkepastian penuh…

Buku Ibrani pertama-tama menunjukkan kepada kita Kristus di syurga yang berada di sebelah dalam tirai, dalam Tempat Maha Kudus (6:19-20),…sebagai Hentar Agung kita (4:14; 7:26), sebagai Minister di syurga (8:2), dan sebagai Perantara waadah baru (8:6; 9:15; 12:24). Sebagai Hentar Agung kita, Dia berada di situ untuk berdoa-pinta bagi kita dan meministerkan segala kekayaan Tuhan ke dalam kita. Sebagai Minister di syurga, Dia sedang melaksanakan ministri-Nya yang unggul untuk kita, dan sebagai Perantara waadah baru, Dia sedang melaksanakan segala isi kandungan waadah baru demi kenikmatan kita.

Setelah menunjukkan kepada kita Kristus di syurga yang berada di sebelah dalam tirai, buku Ibrani menggalakkan kita untuk masuk ke sebelah dalam tirai,…memalingkan tumpuan kepada-Nya, dan…memerhatikan-Nya (10:19-20, 22; 12:2-3; 3:1)…untuk menerima transfusi dan infusi-Nya. Sudah pasti, kita hanya dapat berbuat demikian dengan melatih roh kita.…Roh kita digabungkan dengan Tempat Maha Kudus di syurga. Apabila kita berpaling kepada roh kita dan melatih roh kita, kita masuk ke sebelah dalam tirai. Di sini kita berbahagian dalam ministri di syurga kepunyaan Kristus di syurga. Di sini kita ditepui dan diresapi segala kekayaan divin yang menjadikan kita reproduksi korporat bagi Anak sulung Tuhan demi ekspresi-Nya. Di sini kita menerima kurnia dan diperkuat untuk keluar dari khemah dan mengikut-Nya di jalan salib.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 8, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (207)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (209)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)