Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Yohanes 1:14
Roma 8:16
Yohanes 1:14
2020-12-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Yohanes 1:14 Sabda itu telah menjadi tubuh daging dan bertabernakal dalam kalangan kita (dan kita pernah melihat kemuliaan-Nya, iaitu kemuliaan Anak Tunggal yang datang daripada Bapa), penuh kurnia dan realiti.

Nota kaki bagi "sabda": 

Sabda yang merupakan Tuhan menjadi tubuh daging bererti Tuhan mempunyai hayat insani dan sifat insani.

Nota kaki bagi "tubuh daging": 

Roma 8:3 menunjukkan bahawa tubuh daging ini ialah tubuh daging dosa, tetapi hanya mempunyai rupa bentuk tubuh daging dosa dan tidak mempunyai dosa tubuh daging. Yang menjadi tubuh daging sedemikian ialah Sabda dan Sabda ini ialah Tuhan, iaitu Tuhan Tritunggal yang lengkap (ay. 1). Sabda menjadi tubuh daging bermakna Tuhan Tritunggal menjadi manusia tubuh daging dalam rupa bentuk manusia yang berdosa. Dengan berbuat demikian,Tuhan masuk ke dalam manusia yang berdosa dan menjadi satu dengan manusia yang berdosa. Namun begitu, Dia hanya mempunyai rupa bentuk manusia berdosa dan bukan dosa kepunyaan manusia berdosa. Oleh itu, Dia ialah Tuhan-manusia yang tidak ada dosa, Tuhan yang lengkap dan manusia yang sempurna, mempunyai dua sifat, iaitu sifat divin dan sifat insani. Walaupun kedua-dua sifat-Nya berbaur untuk menghasilkan seorangTuhan-manusia ciri tersendiri kedua-dua sifat ini tetap berbeza, iaitu kedua-duanya tidak bercampur aduk sehingga membentuk sifat ketiga. Sebaliknya, sifat divin wujud dalam sifat insani dan diekspresikan menerusi sifat insani, penuh kurnia, iaitu Tuhan dinikmati manusia, dan penuh realiti, iaitu Tuhan diperoleh manusia. Dengan cara ini, Tuhan yang tidak dapat dilihat itu diekspresikan agar manusia dapat beroleh-Nya dan menikmati Dia sebagai hayat mereka untuk penggenapan ekonomi Wasiat Baru-Nya....

Nota kaki bagi "kurnia" dan "realiti":

Kurnia ialah Tuhan dalam Anak sebagai kenikmatan kita; realiti ialah Tuhan yang kita realisasikan dalam Anak...

Roma 8:16
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)