Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat YANG LAPAR DIKENYANGKAN-NYA DENGAN BENDA BAIK
APAKAH ITU HAYAT (2)
Menghitung Hari Kita
YANG LAPAR DIKENYANGKAN-NYA DENGAN BENDA BAIK
2016-10-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Bible: Luk. 1:53; Mat. 5:6; 2 Raj. 4:1-6

Apakah prasyarat yang diperlukan untuk mengalami kekayaan Tuan? Prasyaratnya ialah “menjadi kosong” di hadapan Tuhan. Jika kita ingin dipenuhi dengan kekayaan Tuan secara berterusan, kita perlu mengosongkan diri secara berterusan. Pengalaman mengosongkan diri adalah pengalaman yang kian mendalam. Oleh itu, kita tidak boleh mengatakan bahawa kita telah menjadi kosong sepenuhnya atau kita tidak dapat dikosongkan lagi. Kita perlu mengosongkan diri hari demi hari, bulan demi bulan, dan tahun demi tahun. Kita mungkin kosong sekarang, tetapi selepas seketika, kita masih perlu mengosongkan diri dengan lebih lanjut. Kita tidak harus berfikir bahawa sekali kita menjadi kosong, kita kosong buat selama-lamanya. Kita juga tidak harus berfikir bahawa sekali kita dipenuhi, kita dipenuhi buat selama-lamanya. Pengenalan terhadap diri kita haruslah kian mendalam, dan pengenalan terhadap kekayaan Tuan juga harus kian mendalam.

Lukas 1:53 berkata, “Yang lapar dikenyangkan-Nya dengan benda baik, dan yang kaya disuruh-Nya pergi dalam kekosongan.” Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa kurnia Tuhan hanya disediakan untuk sejenis orang—orang yang lapar. Jika seseorang pergi ke suatu perhimpunan hanya bertujuan untuk melihat dan mendengar, dia pasti tidak dapat melihat apa-apa atau mendengar apa-apa. Jika apa yang diingini seseorang hanyalah sedikit pengetahuan Bible, maka masalah kerohaniannya yang sebenar tidak dapat diselesaikan. Hanya orang yang mempunyai keperluan yang terdesak di dalam dan orang yang berazam untuk bertemu dengan Tuhan akan diberkati Tuhan. Kita harus sedar bahawa semua kemajuan rohani adalah berdasarkan kelaparan dan kehausan kita. Matius 5:6 berkata, “Berberkatlah orang yang lapar dan haus akan keadilbenaran kerana mereka akan dipuaskan.” Orang yang lapar dan haus adalah orang yang akan dipuaskan; mereka adalah orang yang berberkat.

Kita harus menyedari bahawa Tuhan ingin mengosongkan kita. Kita juga harus menyedari bahawa Tuhan sendiri ingin memenuhi apa yang telah dikosongkan-Nya. Tuhan tidak akan membiarkan kita kekosongan buat selama-lamanya; sebaliknya Dia hendak memenuhi kita. Memandangkan Tuhan ingin mengosongkan kita, Dia pasti akan memenuhi kita. Jika Dia tidak mahu memenuhi kita, Dia tidak akan mengosongkan kita. Pengosongan hanyalah sarana; pemenuhan adalah matlamat. Oleh itu, Tuhan tidak pernah mengosongkan seseorang tanpa memenuhinya semula. Jika kedambaan itu ada dalam kita, ini membuktikan bahawa kita sudah berada di bawah kuasa operasi Roh Kudus. Roh Kudus tidak pernah melakukan kerja yang tidak berhasil. Satu-satunya persoalan ialah sama ada halangan wujud dalam kita atau tidak. Jika kita benar-benar menginginkan sesuatu, kita pasti akan mendapat apa yang kita inginkan. Sila ingat serta mempunyai tanggapan yang mendalam terhadap perkara ini, iaitu setelah Roh Kudus memulakan kerja-Nya, Dia pasti akan menyempurnakan kerja tersebut. Dia akan bekerja hingga kerja itu disempurnakan. Oleh itu, kita yakin bahawa jika kita menjadi kosong, Dia pasti akan memenuhi kita.

Tuhan ingin mengenyangkan yang lapar dengan benda baik. Jika Tuhan telah mencipta satu hati yang damba dalam kita, dan jika Dia sedang menggali dan mengosongkan kita, maka kita harus percaya bahawa Dia tentu akan memenuhi kita. Tuhan hanya akan menyuruh orang yang menganggap diri mereka kaya pergi dalam kekosongan.

APAKAH ITU HAYAT (2)
Menghitung Hari Kita
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)