Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Visi Hayat Dalam Roma 8
Penerapan Penyelamatan Tuhan
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (1)
Visi Hayat Dalam Roma 8
2020-10-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

        Kita perlu sedar bahawa Kristus ialah Roh itu dalam roh kita dan Kristus ini ialah Roh terkonsumasi. Apabila Dia di sini, hayat di sini. Sekarang kita perlu hidup menurut hayat ini. Sekadar mengetahui sebanyak ini akan membuka suis. Masalah kita ialah kita tidak kekal berada di sini. Kita perlu kembali dan berdoa. Dalam doa kita, lebih baik kita tidak bercakap terlalu banyak. Kita hanya perlu mengeluh. Tidak lama kemudian suis akan dibuka semula, dan kita juga girang semula.

        Roma 8 menunjukkan kepada kita satu visi syurgawi dengan pemandangan demi pemandangan. Hampir setiap ayat merupakan satu pemandangan. Ayat 2 ialah satu pemandangan yang menunjukkan kepada kamu bagaimana Tuhan Tritunggal yang terkonsumasi hari ini ialah hayat kepada kamu, dan hayat ini ialah satu hukum. Ayat 10 menunjukkan satu lagi pemandangan tentang Tuhan Tritunggal yang terkonsumasi sebagai Kristus dalam roh kamu. Sekarang roh kamu ialah hayat. Ayat 6 membentangkan satu lagi pemandangan tentang minda yang ada pada roh. Kemudian ayat 11 membentangkan pemandangan bahawa Roh hayat sebagai Tuhan Tritunggal yang terproses huni dalam kamu untuk memberi hayat kepada tubuh kamu. Dengan demikian kamu menjadi orang hayat. Kamu ialah hayat dalam roh kamu, kamu ialah hayat dalam minda kamu, sukma kamu, dan kamu ialah hayat dalam tubuh kamu. Sebaik sahaja kamu melihat semua pemandangan ini, kamu kemudiannya perlu menerapkannya. Sama ada kamu akan mati atau hidup bergantung pada sama ada kamu hidup menurut tubuh daging atau menurut roh. Kita harus belajar tidak hidup menurut manusia lama, tubuh daging, tetapi hidup menurut roh, manusia baru.

(Pengalaman dan Pertumbuhan dalam Hayat, Mesej Sembilan)


Penerapan Penyelamatan Tuhan
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)