Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Tuhan yang Hidup Meneguhkan Kita dalam Penderitaan
Pernahkah Anda Menerima Panggilan Tuhan?
Persembahan Diri Merupakan Permulaan Segala Pengalaman
Tuhan yang Hidup Meneguhkan Kita dalam Penderitaan
2017-01-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kehidupan manusia penuh dengan cubaan dan penderitaan. Sesetengah orang mungkin mengalami penderitaan dan kerugian, malah tamparan yang hebat, sehinggakan seolah-olah tidak dapat terus hidup lagi. Tahap kesusahan yang kita alami masing-masing adalah berbeza. Ada yang teruk, ada pula yang lebih ringan; walau bagaimanapun kita tidak akan terlepas daripadanya. Namun demikian, Paulus berkata kita menaruh harapan kita pada Tuhan yang hidup (1 Tim. 4:10).

Menurut diri alamiah, setiap manusia adalah kuat dalam sukmanya; dan sukma merupakan bahagian yang utama untuk menghadapi cubaan dan penderitaan. Sebelum cubaan datang, kita menyangka diri kita sangat kuat dan berupaya menahan cubaan dengan menggunakan tekad kita yang kukuh dan minda kita yang waras. Namun, sebaik sahaja cubaan menimpa, segala-galanya berubah. Tekad yang biasanya kuat itu menjadi lemah, minda yang waras menjadi keliru, kebolehan kita lesap, seolah-olah segala-galanya sudah hilang, bahkan iktikad kita juga lenyap. Akan tetapi pada saat kita berasa diri sendiri tidak mampu percaya, diri dalaman kita masih terus percaya. Iktikad pada saat begini bukanlah menurut tekad, minda, atau kebolehan kita; iktikad ini ialah Tuhan yang hidup.

Semasa mengalami cubaan, Tuhan bukan sahaja mengizinkan tamparan dalam sekitaran, malah perkara yang paling bernilai bagi kita—hadirat-Nya — juga diambil daripada kita. Dalam keadaan ini, semakin kita berdoa, seolah-olah langit semakin tertutup kepada kita. Semakin kita mencari Tuan, semakin kita tidak menemui jalan keluar. Pada saat sebegini kita harus berwaspada terhadap serangan dan tipu muslihat Syaitan. Kita harus ingat bahawa segala kesusahan dan sekitaran kita adalah palsu. Palsu bermakna tidak benar. Segala yang tidak kekal selama-lamanya adalah palsu. Tuhan boleh mengubah sekitaran kita bila-bila masa. Oleh itu ketika kita berada dalam sekitaran yang paling susah, mata kita tidak harus memandang sekitaran, tetapi harus menatap Tuhan. Hati kita harus tertuju kepada-Nya kerana kita menaruh harapan pada Tuhan yang hidup. Adakah kamu tidak dapat berdoa? Sungguhpun kamu tidak dapat berdoa, kamu masih perlu berdoa kepada-Nya. Ketika kita berasa paling tidak dapat berdoa, ketika itulah doa yang didoakan dengan suara yang lemah ialah doa yang paling diperkenan Tuhan; doa sedemikian paling manis di telinga Tuhan.

Walaupun begitu, Tuhan kita yang hidup tidak mengingini kita mempercayai-Nya secara tahayul. Kadang-kadang Tuhan menyebabkan kita menderita kerana kita telah berbuat salah. Jika kita terus degil dalam kesalahan kita dan tidak rela dicahayai dan ditanggulangi, kita tidak boleh mendakwa bahawa kita menaruh iktikad pada Tuhan yang hidup. Iktikad sedemikian ialah tahayul dan tidak akan berkesan. Tuhan kita yang hidup ialah cahaya, dalam-Nya tidak ada kegelapan sama sekali (1 Yoh. 1:5). Tuhan kita yang hidup juga adilbenar; keadilbenaran ialah asas takhta-Nya (Mzm. 89:14). Tuhan kita yang hidup juga sama sekali kudus; Dia mengingini orang yang kepunyaan-Nya juga kudus (Ibr. 2:11; 1 Ptr. 1:16). Oleh itu, Dia ingin mencahayai kita dan menegur kita supaya kita menerima penghakiman, penanggulangan, dan pembetulan daripada-Nya, dengan demikian kita dapat bergerak-hidup dengan-Nya dalam cahaya. Iktikad yang diperoleh selepas pengalaman sedemikian bukanlah tahayul.

Dalam Wasiat Lama, semasa Daniel dibuang ke dalam gua singa, dia berkata kepada Raja Darius bahawa Tuhannya telah mengutus malaikat-Nya dan menutup mulut singa, dan singa-singa tidak akan mencederakannya. Daniel mempunyai iktikad yang hidup terhadap Tuhan yang hidup kerana dia dikawal oleh Tuhan dan tidak ada kesalahan di hadapan Tuhan atau manusia. Begitu juga, setiap kali kita jatuh ke dalam cubaan yang menyusahkan atau menyeksa, perkara pertama yang harus kita cari bukanlah penyelamatan tetapi pencahayaan. Kita harus berkata kepada Tuhan, “O Tuhan, aku bersujud di depan-Mu dan memandang kepada penyinaran-Mu.” Setelah kita dicahayai, ditanggulangi, dan tunduk di bawah tangan Tuhan, barulah iktikad kita terhadap Tuhan yang hidup menjadi iktikad yang sejati, bukannya tahayul. Iktikad sedemikian membolehkan kita mengalami Tuhan yang hidup dalam kesusahan.

Pernahkah Anda Menerima Panggilan Tuhan?
Persembahan Diri Merupakan Permulaan Segala Pengalaman
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)