Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Tuhan Menghendaki Manusia Sedar Bahawa Dirinya Tidak Mampu
Percaya bahawa Kamu telah Menerimanya, maka Kamu akan Mendapatnya
Tuhan Menghendaki Manusia Sedar Bahawa Dirinya Tidak Mampu
2021-07-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Mengapakah Tuhan memberikan hukum kepada manusia? Kita tidak perlu mempertimbangkan semua hukum yang diberikan Tuhan sepanjang empat ribu tahun yang lalu. Kita hanya perlu mempertimbangkan Sepuluh Perintah yang diberikan Tuhan kepada orang Israel di atas Gunung Sinai. Apakah tujuan perintah ini? Tuhan memberikan Sepuluh Perintah kepada orang Israel bukan untuk dipatuhi orang Israel, tetapi untuk dilanggar orang Israel. Apakah maksud ini? Maksudnya ialah Tuhan tahu bahawa manusia tidak dapat mematuhi hukum; Tuhan tahu bahawa manusia semuanya pendosa. Namun begitu, manusia enggan akur kepada keputusan Tuhan. Manusia perlu tunggu sehingga dia mendapati diri betul-betul tidak dapat melaksanakan hukum, barulah dia akan berkata, "O Tuhan, aku seorang pendosa." Buku Roma memberitahu kita bahawa Tuhan memberikan hukum kepada manusia bukan untuk dipatuhi manusia tetapi untuk dilanggar manusia. Apabila seseorang tidak mampu patuh, barulah dia akur dan tunduk. Tuhan telah menggunakan empat ribu tahun untuk menyedarkan manusia berkenaan ketidakmampuan diri, kemudian Dia mengurniakan Kristus agar manusia menerima Kristus dan diselamatkan. 

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 110 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Percaya bahawa Kamu telah Menerimanya, maka Kamu akan Mendapatnya
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)