Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Tuhan Tuhan Kemuliaan
Tuhan ialah Cahaya
Tuhan Kemuliaan
2016-08-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Dalam rencana ini kita akan melihat persona Tuhan. Persona Tuhan ialah diri Tuhan. Butiran berkenaan persona Tuhan lebih banyak diwahikan dalam Wasiat Baru berbanding dengan Wasiat Lama. Pelbagai butir yang berkaitan dengan diri Tuhan bertaburan dalam seluruh Wasiat Baru. Oleh itu, dalam Injil Matius, Yohanes, dan semua bukan yang lain dalam Wasiat Baru kita menjumpai banyak butir berkenaan persona Tuhan. Butir-butir ini boleh disamakan dengan jigsaw puzzle yang perlu diletakkan bersama untuk membentuk satu gambar yang lengkap. Kita perlu mengumpulkan semua butir berkenaan persona Tuhan yang terdapat dalam Wasiat Baru dan meletakkannya bersama untuk melihat gambaran tentang siapanya Tuhan yang didispenkan ke dalam kita ini.

Dalam rencana ini, kita akan mula melihat salah satu aspek persona Tuhan, iaitu Tuhan kemuliaan.

Dalam Bible, kemuliaan bererti Tuhan diekspresikan. Apabila Tuhan diekspresikan, itulah kemuliaan. Akan tetapi, apabila Tuhan tersembunyi, terlindung, maka kemuliaan tidak diekspresikan. Apabila Tuhan dilihat, itulah kemuliaan. Kamu tidak dapat melihat Tuhan tanpa melihat kemuliaan-Nya. Tuhan yang tidak dapat dilihat ialah Tuhan, manakala Tuhan yang dapat dilihat ialah kemuliaan. Kemuliaan Tuhan dilihat semasa bani Israel menjelajah dari Mesir ke tanah permai (Kel. 13:21). Pada waktu siang, Tuhan dilihat sebagai awan, manakala pada waktu malam Dia dilihat sebagai tiang api—itulah kemuliaan. Dalam Injil Yohanes, kita membaca bahawa Sabda itu ialah Tuhan, bahawa Sabda itu telah menjadi tubuh daging dan huni dalam kalangan kita, dan bahawa kita semua pernah melihat kemuliaan-Nya (Yoh. 1:1, 14). Yohanes 1:18 berkata, “Tidak ada orang yang pernah melihat Tuhan; hanya Anak tunggal yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang telah menyatakan-Nya.” Kemuliaan ada dalam penyataan Bapa. Apabila kita melihat Tuhan, kita melihat kemuliaan.

Dalam Kisah Para Dutus 7:2, semasa Stefanus bersaksi di hadapan Sanhedrin, dia berkata, “Tuhan kemuliaan menampakkan diri kepada bapa leluhur kita Abraham…”. Kemuliaan di sini mungkin kemuliaan yang dapat dilihat, seperti awan dan api yang muncul kepada orang Israel (Kel. 16:10; 24:16-17; Im. 9:23; Bil. 14:10; 16:19; 20:6; Ul. 5:24) dan memenuhi tabernakal dan bait (Kel. 40:35; 1 Raj. 8:11). Tuhan kemuliaan yang sedemikianlah yang menampakkan diri kepada Abraham dan memanggilnya. Kemuliaan-Nya merupakan tarikan yang besar kepada Abraham. Kemuliaan itu mengasingkan, menguduskan dia daripada dunia kepada Tuhan (Kel. 29:43), dan kemuliaan itu merupakan galakan dan kekuatan yang besar yang membolehkan dia mengikut Tuhan (Kej. 12:1, 4).

Kata-kata Stefanus berkenaan kemuliaan Tuhan berpadanan dengan ekonomi Wasiat Baru Tuhan. Dalam Surat Petrus yang kedua, dia memberitahu kita bahawa Tuhan telah memanggil kita dengan kemuliaan-Nya dan kepada kemuliaan-Nya (2 Ptr. 1:3). Oleh sebab kita telah dipanggil dengan kemuliaan Tuhan Penyelamat kita (2 Ptr. 1:1), maka akhirnya kita akan menerima Tuan Yesus, dengan menyedari bahawa Dia lebih baik daripada segala-galanya dan daripada sesiapa pun.

Tuhan kemuliaan memanggil Abraham, dan Abraham tertarik lalu tertangkap oleh kemuliaan tersebut. Prinsipnya juga sama dengan kita hari ini. Kita semua tertangkap oleh Tuan dalam kemuliaan-Nya. kita tertawan oleh kemuliaan-Nya. Pada suatu hari Tuhan kemuliaan datang kepada kita menerusi pemberitaan injil, dan kita tertarik serta diyakinkan lalu mula menghargai-Nya. Pada masa itu, Tuhan kemuliaan menyalurkan elemen diri-Nya ke dalam kita, dan kita percaya kepada-Nya secara spontan. Tertarik oleh Tuhan kemuliaan bermaksud bahawa Tuhan menyalurkan diri-Nya ke dalam orang yang dipanggil-Nya tanpa disedari mereka. Hal ini boleh dibandingkan dengan rawatan radium dalam perubatan moden. Pesakit ditempatkan di bawah sinar X; dia tidak menyedari bahawa sinaran cahaya sedang menembusinya. Kita boleh mengatakan bahawa Tuhan ialah “radium” paling kuat. Jika kita bersama dengan-Nya untuk suatu jangka masa, Dia akan menyalurkan diri-Nya ke dalam kita. Penyaluran ini akan menyebabkan penerapan, penepuan, dan peresapan. Sebaik sahaja Tuhan menyalurkan diri-Nya ke dalam kita, kita tidak dapat lari; kita mesti percaya kepada-Nya.

Tuhan ialah Cahaya
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)