Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Tuhan Tuhan Ialah Hayat
Tuhan ialah Cahaya
Tuhan Ialah Hayat
2016-08-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Hayat divin boleh dianggap sebagai atribut Tuhan yang pertama dan asas. Walaupun perkataan “hayat” digunakan banyak kali dalam Wasiat Baru, namun frasa “hayat Tuhan” hanya ditemui sekali. Efesus 4:18 ialah satu-satunya ayat yang berbicara tentang hayat Tuhan: “Dengan digelapkan dalam kefahaman mereka, terasing daripada hayat Tuhan disebabkan kejahilan yang ada dalam mereka, disebabkan kekerasan hati mereka.” Hayat Tuhan adalah abadi dan tidak tercipta. Manusia tidak menerima hayat ini ketika dicipta. Selepas dicipta, manusia yang mempunyai hayat manusia yang tercipta itu diletakkan di hadapan pohon hayat (Kej. 2:8-9) untuk menerima hayat divin yang tidak tercipta. Akan tetapi, manusia jatuh ke dalam kesia-siaan mindanya dan menjadi gelap dalam kefahamannya. Dalam keadaan jatuh yang begini, manusia tidak dapat menyentuh hayat Tuhan sehinggalah dia bertaubat (mindanya berpaling kepada Tuhan) dan percaya kepada Tuan Yesus untuk menerima hayat abadi Tuhan (Kis. 11:18; Yoh. 3:16).

Sebenarnya, dalam seluruh alam semesta hanya hayat Tuhan yang boleh diambil kira sebagai hayat. Yohanes 5:12 berkata, “Orang yang mempunyai Anak mempunyai hayat; orang yang tidak mempunyai Anak Tuhan tidak mempunyai hayat.” Ayat ini menunjukkan bahawa melainkan kita mempunyai hayat Tuhan, kita tidak mempunyai hayat. Di mata Tuhan, hanya hayat-Nya yang merupakan hayat. Oleh itu, apabila hayat Tuhan disebut dalam Wasiat Baru, ia dianggap sebagai hayat yang unik (Yoh. 1:4; 10:10; 11:25; 14:6).

Hayat Tuhan adalah divin dan abadi. Perkataan “divin” bermaksud kepunyaan Tuhan, memiliki sifat Tuhan. Perkataan “abadi” pula bermaksud tidak tercipta, tanpa permulaan atau pengakhiran, wujud sendiri, dan kekal tidak berubah buat selama-lamanya. Hayat Tuhan adalah tidak tercipta, tanpa permulaan atau pengakhiran, swawujud, kekal-wujud, dan tidak pernah berubah.

Hayat Tuhan, adalah divin dan abadi, tidak fana dan tidak dapat diubah; ia kekal sama dan terus hidup bahkan melalui sebarang jenis pukulan atau pemusnahan. Semua jenis hayat yang lain dalam alam semesta—hayat malaikat, hayat manusia, hayat binatang, dan hayat tumbuhan—adalah fana dan boleh ubah. Hanya hayat Tuhan adalah divin dan abadi, tidak fana dan tidak dapat diubah. Tidak kira apa pukulan atau pemusnahan yang dilaluinya, ia kekal tidak berubah dan kekal sama selama-lamanya. Oleh itu, dari sudut keabadian, hanya hayat Tuhan ialah hayat. Menurut sifat hayat Tuhan yang divin dan abadi, hayat Tuhan ialah hayat yang unik. Oleh sebab hayat Tuhan ialah hayat yang unik, maka bila-bila sahaja Wasiat Baru dalam bahasa Yunani berbicara tentang hayat ini, ia menggunakan perkataan zoe, yang merujuk kepada hayat yang tertinggi (Yoh. 1:4; 1 Yoh. 1:2; 5:12).

Hasrat Tuhan dalam mencipta manusia ialah manusia memakan buah daripada pohon hayat dan dengan itu menerima hayat abadi Tuhan. Akan tetapi, dalam kejatuhan, sifat jahat Syaitan telah disuntikkan ke dalam manusia. Akibatnya, manusia dihalang daripada mendekati pohon hayat. Menurut Kejadian 3:24, Tuan “mengusir manusia itu, dan di sebelah timur Taman Eden Dia menempatkan kerubim dan pedang bernyala yang berpusing ke setiap arah untuk mengawal jalan ke pohon hayat.” Dengan demikian, manusia dijauhkan daripada hayat Tuhan. Kerubim, nyala api, dan pedang menandakan kemuliaan, kekudusan, dan keadilbenaran Tuhan. Ketiga-tiga benda ini menghalang manusia daripada menerima hayat abadi Tuhan. Ketika Tuan Yesus mati di atas salib, Dia memenuhi segala tuntutan kemuliaan, kekudusan, dan keadilbenaran Tuhan. Oleh itu, menerusi penebusan Tuan Yesus, jalan telah dibuka semula untuk kita menghubungi Tuhan yang merupakan pohon hayat. Inilah sebabnya Ibrani 10:19 mengatakan bahawa kita beroleh “keberanian kerana darah Yesus untuk memasuki Tempat Maha Kudus.” Pohon hayat berada dalam Tempat Maha Kudus. Sebagai percayawan dalam Kristus, kita telah dibawa kembali kepada pohon hayat, dan hayat divin dalam Tempat Maha Kudus kini dapat menjadi kenikmatan kita setiap hari. Akan tetapi, orang yang tidak percaya masih berjauhan daripada hayat Tuhan.

Tuhan ialah Cahaya
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)