Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Tidak Menghasilkan Buah Menyebabkan Kita Diputuskan daripada Kenikmatan terhadap Hayat Pohon Anggur
Mencari Peluang untuk Menyelamatkan Orang
Pemberitaan Injil Berkaitan dengan Hayat dalam Kita
Tidak Menghasilkan Buah Menyebabkan Kita Diputuskan daripada Kenikmatan terhadap Hayat Pohon Anggur
2020-02-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Banyak daripada kita tidak mempunyai perasaan bahawa jika kita tidak membawa orang kepada Tuan, kita sudah bersalah. Kita masih dapat makan dengan aman dan tidur dengan lena, dengan menyangka bahawa kita ini normal. Keadaan ini adalah menurut konsep salah yang kita terima daripada latar belakang kita. Jika kita naik marah terhadap pasangan kita, dengan serta-merta kita berasa kita bersalah dan berasa terkutuk, tetapi jika kita tidak menghasilkan buah selama banyak tahun, kita mungkin tidak berasa terkutuk. Kita mungkin berasa bahawa sama ada kita menghasilkan buah atau tidak itu tidak mengapa, asalkan kita tidak bersalah dalam perkara lain. Namun begitu, ranting yang tidak menghasilkan buah untuk masa yang lama tentu ada masalah yang serius. Dalam Yohanes 15:2, Tuan Yesus berkata, “Setiap ranting dalam-Ku yang tidak menghasilkan buah, Dia memotongnya, dan setiap ranting yang menghasilkan buah, Dia mencantasnya agar ranting itu dapat menghasilkan lebih banyak buah.” Bapa memotong ranting yang tidak menghasilkan buah. Ini tidak bermakna bahawa ranting itu telah hilang. Diselamatkan atau hilang bukanlah pemikiran dalam Yohanes 15. Sebaliknya, bab ini menunjukkan bahawa ketika kita menikmati kekayaan pohon anggur, kita menghasilkan buah sebagai limpahan daripada hayat dalaman. Oleh itu, dipotong dari pohon anggur bererti diketepikan daripada kenikmatan terhadap kekayaan pohon anggur. Hal ini bukan bermakna diputuskan daripada penyelamatan Kristus, tetapi diputuskan daripada kenikmatan terhadap kekayaan hayat Kristus. Inilah sebabnya banyak dikbang dan dikkak tidak banyak menikmati kekayaan Kristus. Mereka berada dalam kehidupan gereja, dan mereka datang berhimpun, tetapi mereka mempunyai sedikit sahaja kenikmatan terhadap hayat Kristus kerana mereka tidak menghasilkan buah.

Cara untuk kita menikmati kekayaan hayat Kristus ialah menghasilkan buah. Semakin kita menghasilkan buah, semakin kita memerlukan bekalan hayat dan semakin banyak bekalan hayat akan masuk ke dalam kita untuk memenuhi segala keperluan kita. Jika kamu memberitahu saya, “Saya tidak berasa bahawa saya amat menikmati Tuan,” saya akan membalas, “Pergi dan hasilkan buah! Kemudian kekayaan Kristus akan bangkit dalam kamu.” Tidak kira berapa banyak kita mencari Tuan, prinsip rohani ialah jika kita tidak menghasilkan buah, kita diputuskan daripada kenikmatan Kristus, bekalan dan kekayaan pohon anggur. Sebanyak mana kita menikmati kekayaan pohon anggur bergantung pada sebanyak mana buah yang kita hasilkan….Kita perlu menyerap jus-hayat daripada pohon anggur supaya kita mempunyai aliran hayat yang kaya. Namun begitu, untuk mempunyai aliran hayat yang kaya, kita perlu membuka diri kita, membiarkan hayat mengalir daripada kita, dan menghasilkan buah.

Mencari Peluang untuk Menyelamatkan Orang
Pemberitaan Injil Berkaitan dengan Hayat dalam Kita
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)