Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Tidak Mampu, Tidak Berikhtiar untuk Menjadi Mampu
Betulkah kamu tidak mampu?
Bermegah dalam Kelemahan Sendiri
Tidak Mampu, Tidak Berikhtiar untuk Menjadi Mampu
2021-06-19 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat


Tidak Mampu, Tidak Berikhtiar Untuk Mampu


        Díkbang dan dikkak, sila ingat bahawa syarat untuk jayeng ialah kita mengaku bahawa kita tidak mampu, dan halangan terbesar untuk jayeng ialah berikhtiar untuk menjadi mampu. Kemenangan itu diberikan oleh Kristus, kemenangan itu bererti Kristus hidup untuk kita. Hayat yang jayeng menuntut kamu berdiri di atas satu kedudukan dan berkata kepada Tuan, "O Tuan, aku tidak mampu dan aku juga tidak berikhtiar untuk menjadi mampu. Engkau jadilah mampu bagiku. Aku tidak mahu berpura-pura jayeng." Jika kita berbuat begitu, kita akan jayeng. Tuhan tidak dapat bekerja pada orang yang selalu berikhtiar untuk menjadi mampu. Tuhan langsung tidak ada jalan atas orang sebegini. Jika kamu cuba untuk menjadi mampu dan berikhtiar untuk menjadi mampu, Tuhan akan berhenti bekerja sebaik sahaja kamu mula melakukan sesuatu. Kristus yang hidup dalam kamu ingin mengekspresikan hayat-Nya, tetapi masalahnya kamu ingin melakukan kerja sendiri secara menyeluruh. Kamu harus sama sekali menolak kerja sendiri, barulah Kristus dapat mengekspresikan hayat-Nya. Jika kamu cuba membantu dan membawa masuk perbuatan manusia, kurnia Tuhan akan keluar. Kalau bukan Kristus yang jayeng bagi kamu, maka kemenangan kamu itu berasal daripada diri kamu. Kudrat Kristus bukan digunakan untuk mengisi kekurangan kamu. Hayat Kristus bukan untuk menampal kekurangan hayat kamu. Dia ingin hidup untuk kamu. Jika kamu mahu Kristus hidup untuk kamu, maka kamu tidak harus hidup. Oleh itu, kita harus sedar bahawa kita tidak mampu, barulah Tuhan mempunyai jalan dalam kamu. Tambahan pula, jangan suka melawan; sebaik sahaja kamu mula melawan, kamu akan gagal. Kamu berharap kamu akan mampu; kamu berfikir bahawa alangkah baiknya jika kamu mampu. Ketika kamu bergelut, Kristus tidak dapat hidup dalam kamu.


(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 72-73 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Betulkah kamu tidak mampu?
Bermegah dalam Kelemahan Sendiri
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)