Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Terima Kurniaan Tuhan Sekarang!
Penyelamatan Penuh untuk Kamu
Mendapat, bukan Mencapai
Terima Kurniaan Tuhan Sekarang!
2021-04-24 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

24 April 2021

Terima Kurniaan Tuhan Sekarang

Bacaan Bible: 

Roma 6:14: Dosa tidak akan mempertuani kamu, kerana kamu bukan di bawah hukum tetapi di bawah kurnia.

Petikan Bacaan:  

   Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang dikkak yang memberitahu saya bahawa dia telah cuba selama dua puluh tahun untuk mengatasi kesombongannya dan kemarahannya. Bukan sahaja usahanya gagal, bahkan keadaannya bertambah teruk. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Saya pun berkata kepadanya, “Jika kamu berharap hendak mengatasi kesombongan dan kemarahan kamu, selepas dua puluh tahun lagi kamu pun tidak akan berjaya. Hari ini jika kamu ingin dibebaskan daripada dosa, kamu hanya perlu menerima kurniaan Tuhan sekarang juga. Inilah kurniaan percuma Tuhan. Sebaik sahaja kamu menerima, semua ini akan menjadi milik kamu. Tuan Yesus Kristus ialah kemenangan. Apabila kamu menerima Dia sebagai kemenangan kamu, kamu akan jayeng.” Syukur dan puji kepada Tuhan! Sejak masa itu dikkak itu telah menerima kurniaan Tuhan ini! Hari ini kamu telah melihat kesia-siaan kerja kamu dan kegagalan hidup kamu. Namun jika kamu menerima Yesus Kristus, kamu akan jayeng. 

    Kita amat biasa dengan Roma 6:14: “Dosa tidak akan mempertuani kamu, kerana kamu bukan di bawah hukum tetapi di bawah kurnia.” Bagaimanakah dosa tidak akan mempertuani kamu? Hal ini hanya akan berlaku apabila kamu tidak berada di bawah hukum tetapi di bawah kurnia. Apakah ertinya berada di bawah hukum? Saya telah berkata banyak kali bahawa berada di bawah hukum bererti Tuhan menuntut manusia melakukan kerja untuk-Nya. Berada di bawah hukum bererti Tuhan menghendaki saya melakukan kerja untuk-Nya. Apakah ertinya berada di bawah kurnia? Berada di bawah kurnia bererti Tuhan melakukan kerja untuk manusia. Berada di bawah kurnia bererti Tuhan melakukan kerja untuk kita. Jika kita melakukan kerja untuk Tuhan, maka dosa pasti akan mempertuani kita. Upah bagi kerja kita ialah dosa mempertuani kita. Jika Tuhan yang melakukan kerja untuk kita, maka dosa tidak dapat mempertuani kita. Di bawah hukum, saya yang melakukan kerja. Di bawah kurnia, Tuhan yang melakukan kerja. Apabila Tuhan bekerja, dosa tidak dapat mempertuani kita. Apabila Tuhan bekerja, maka akan ada kemenangan. Segala-gala yang dilakukan dengan usaha kita pasti bukan kemenangan. Kemenangan ialah sesuatu yang diterima secara percuma.

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 43-44 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Penyelamatan Penuh untuk Kamu
Mendapat, bukan Mencapai
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)