Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Syarat Utama Untuk Kemajuan Rohani (Bahagian 2/2)
Syarat Utama Untuk Kemajuan Rohani (Bahagian 1/2)
BAGAIMANA MENGENALI KEHENDAK TUHAN (Bahagian 1/2)
Syarat Utama Untuk Kemajuan Rohani (Bahagian 2/2)
2020-06-02 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (35)

Nota Editor:

“Bible mengatakan bahawa mulut kita harus terbuka lebar-lebar, dan Tuhan akan memenuhinya (Mzm. 81:10). Kita harus membiarkan mulut kita terbuka lebar-lebar agar Tuhan dapat memenuhi kita secara berlimpah-limpah. Sesetengah orang membuka mulut tetapi tidak cukup lebar. Kita harus membuka mulut dengan lebar-lebar barulah Tuhan akan memenuhinya.”

“Seseorang tidak dapat maju dari segi kerohanian kerana dia bersikap acuh tak acuh terhadap kekurangan rohani sendiri.”

“Kerap kali kita mendengar orang berkata bahawa mereka tidak lapar. Mengapakah mereka tidak berasa lapar? Mereka tidak berasa lapar kerana kekurangan daya tarikan...Sekiranya kita sebagai pekerja Tuan tidak mempunyai daya tarikan dan hanya tahu mengajar doktrin, kita tidak banyak berguna kepada Tuan. Andaikan ada orang yang mengagumi dan menyukai kita, tetapi kita harus bertanya sama ada mereka mendambakan kehidupan kita di hadapan Tuhan atau tidak.”

SYARAT UTAMA UNTUK KEMAJUAN ROHANI
(Bahagian 2/2)

Tarikh: 14 Oktober 1936, waktu malam
Tempat: Xiamen

(CWWN SET 2, JIL 42, BAB 33)

**Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Mzm. 81:10b “Bukalah mulutmu lebar-lebar, dan Aku akan memenuhinya.”

Flp. 3:7-8 “Tetapi apa-apa yang dahulunya menjadi keuntungan bagi aku, semua ini telah aku kira sebagai kerugian kerana Kristus. Tambahan pula, aku juga mengira segala sesuatu sebagai kerugian kerana keunggulan pengetahuan terhadap Kristus Yesus Tuan aku; kerana-Nya aku telah menderitai kerugian segala sesuatu, dan mengiranya sebagai sampah supaya aku dapat beroleh Kristus.”

TELADAN

Beberapa bulan sebelum Cik Barber meninggal dunia, saya pergi melawatnya dan berbual-bual agak lama dengannya. Saya berasa hairan mengapa dikkak ini mempunyai pengalaman rohani yang begitu tinggi. Apakah sebabnya? Saya bertanya kepadanya, “Mengapakah Tuan begitu menaruh kurnia kepada kamu?” Dia menjawab, “Saya tidak tahu. Saya hanya tahu bahawa saya sentiasa rasa lapar dan ingin makan. Sejak umur sembilan tahun, saya sentiasa lapar; saya tidak pernah puas di hadapan Tuan selama berpuluh-puluh tahun ini. Selepas menerima kurnia dan wahi kelmarin, hari ini saya berkata kepada Tuhan, ‘Engkau mempunyai lebih banyak lagi, dan aku ingin lebih banyak lagi. Aku sentiasa ingin lebih banyak lagi.’ Inilah sikap saya: sentiasa lapar namun pada masa yang sama sentiasa dipuaskan.” Tahap kedalaman kerohaniannya memang tidak terduga oleh kebanyakan orang.

Tahun lepas saya berkenalan dengan seorang dikkak dalam usia tiga puluhan. Dia perempuan biasa tetapi pengalamannya di hadapan Tuan sama sekali istimewa. Pengalamannya tidak dialami banyak orang. Pernah sekali dia memberitahu saya bahawa dia membenci seseorang, maka dia berdoa dan meminta sehingga kebencian itu hilang. Namun dia sedar bahawa perasaan tidak benci berbeza dengan perasaan kasih. Dia berasa dirinya masih tidak dapat mengasihi orang itu, maka dia terus-menerus berdoa. Sering kali kita berpuas hati setakat menerima sesuatu. Namun dikkak ini berkata, “O Tuan, apa yang Engkau sediakan dalam injil bukan sekadar begini, aku mahu memperoleh kesemuanya. O Tuan, aku mahu memperoleh segala-gala yang telah Engkau sediakan dalam injil untukku.” “Kedahukan” rohani seperti ini, atau “kecemburuan” yang dikatakan Paulus dalam 2 Korintus 11, akan memuaskan seseorang. Sesetengah orang mungkin memerhatikan bahawa orang lain pandai menginjil untuk menyelamatkan orang, sentiasa menerima jawapan doa daripada Tuan, dan mempunyai pembawaan baik, sedangkan mereka mendapati diri sendiri sama sekali terbalik dan tidak memiliki semua kelebihan ini. Akan tetapi, mereka tidak berasa terdesak tentang keadaan ini, maka mereka ini pasti tidak akan maju. Seseorang tidak dapat maju dari segi kerohanian kerana dia bersikap acuh tak acuh terhadap kekurangan rohani sendiri.

Banyak dikbang dan dikkak mengenali sepasang suami isteri yang banyak membantu saya. Pasangan suami isteri ini sentiasa lapar. Saya sudah lama mengenali mereka, dan saya nampak mereka hari ini jauh lebih maju daripada masa dahulu. Ketika saya berjumpa dengan mereka dua tahun lepas, mereka masih sangat kurang jelas tentang banyak perkara. (Saya bukan bermaksud mereka tidak baik, tetapi mereka masih kurang jelas dari segi rohani). Namun hari ini mereka asyik mahu, mengejar, meminta, dan mencari dari satu tempat ke tempat yang lain. Ada beberapa dikbang dan dikkak yang mengkritik mereka dengan berkata, “Tidak perlulah mengembara ke sana sini. Jika kamu ada Kristus, kamu sudah ada segala-galanya.” Memang betul apabila kita mempunyai Kristus, kita mempunyai segala-galanya. Akan tetapi masih terdapat aspek pengalaman. Semasa kita belajar geografi, kita mengetahui nama kota-kota termasuk Kuling dan Tsingtao. Namun kita sendiri perlu berkunjung ke Kuling dan Tsingtao, barulah kita tahu bagaimana sebenarnya kota-kota ini. Dalam prinsip yang sama, dalam Kristus kamu sememangnya mempunyai segala-gala, tetapi dari segi pengalaman, kamu masih perlu mengejar. Saya selalu berdoa kepada Tuhan agar saya sentiasa lapar seperti pasangan suami isteri ini. Kita ialah pengemis di hadapan Tuhan. Lazarus mengemis sepanjang hidupnya sehingga dia sampai ke pangkuan Abraham. Kita tidak harus mengubah pekerjaan kita dalam hal ini.

Dari segi doa, kita haruslah seperti George Müller; dari segi menyelamatkan orang, kita haruslah seperti Charles Finney. Kita tidak harus berasa puas selepas memperoleh sesuatu. Bible mengatakan bahawa mulut kita harus terbuka lebar-lebar, dan Tuhan akan memenuhinya (Mzm. 81:10). Kita harus membiarkan mulut kita terbuka lebar-lebar agar Tuhan dapat memenuhi kita secara berlimpah-limpah. Sesetengah orang membuka mulut tetapi tidak cukup lebar. Kita harus membuka mulut dengan lebar-lebar barulah Tuhan akan memenuhinya. Tuhan sedang menunggu kita membuka mulut. Bila-bila sahaja kamu berkeinginan dengan penuh kelaparan, pada masa itulah Tuhan datang menjawab. Pada saat kamu mendambakan pemenuhan Roh Kudus, saat itulah kamu mula dipenuhi. 

TUHAN MENARIK HATI ORANG AGAR MENDAMBAKAN-NYA MELALUI ORANG KRISTIAN

Kerap kali kita mendengar orang berkata bahawa mereka tidak lapar. Mengapakah mereka tidak berasa lapar? Mereka tidak berasa lapar kerana kekurangan daya tarikan. Kidung Agung berkata, “Pikatlah aku; kami akan lari mengikutmu” (1:4). Bagaimanakah Tuan memikat orang pada hari ini? Dia memikat orang menerusi orang lain. Dia memikat orang menerusi kita. Jika kamu seorang yang berpengalaman dan menerima kemakbulan doa daripada Tuhan, maka Tuhan akan menggunakan kamu untuk memikat orang lain. Memikat bererti merangsang orang agar mempunyai kedambaan untuk mengingini apa yang kita ingini.

Setiap kali saya memperoleh lebih sedikit lagi pengalaman rohani, saya memperolehnya kerana saya melihat apa yang telah diperoleh orang lain, dan saya juga mendambakannya, bukan kerana saya menemui sesuatu secara tiba-tiba semasa membaca Bible atau berdoa. Ada orang yang telah mengalami hayat yang jayeng, maka saya turut berhasrat untuk mengalami hayat yang jayeng. Ada orang yang telah menerima pencurahan Roh Kudus, saya turut mendambakan pencurahan Roh. Saya menerima pengalaman hayat yang jayeng dan pencurahan Roh Kudus menerusi pengalaman orang lain. Mereka menarik hati saya lalu saya mengejar Tuan. Hari ini sangat sedikit orang yang mempunyai daya tarikan ini. Sekiranya kita sebagai pekerja Tuan tidak mempunyai daya tarikan dan hanya tahu mengajar doktrin, kita tidak banyak berguna kepada Tuan. Andaikan ada orang yang mengagumi dan menyukai kita, tetapi kita harus bertanya sama ada mereka mendambakan kehidupan kita di hadapan Tuhan atau tidak. Hari ini banyak orang yang mengagumi kita; namun dapatkah kita memikat orang ini ke dalam hadirat Tuhan? Hari ini Tuhan membantu orang menerusi orang Kristian. Apabila kita terdengar pengalaman sesetengah pekudus di Tientsin atau Chefoo, dan kita mendambakannya, maka ini akan melahirkan kelaparan dalam kita dan merangsang kita untuk mencari pengalaman yang sama.

MENGIRA SEGALA-GALA SEBAGAI SAMPAH DAN MERENTANGKAN DIRI KE ARAH KRISTUS

Apakah tanda-tanda luaran bagi seorang yang mengejar? Kita boleh mendapati beberapa ciri seorang yang mengejar daripada Filipi 3. Paulus berkata bahawa dia menderitai kerugian segala sesuatu, dan mengiranya sebagai sampah supaya dia dapat memperoleh Kristus. Dia memberitahu kita bahawa dia mempunyai matlamat di hadapan. Maka dia melupakan hal-hal yang ada di belakang dan merentangkan diri ke arah hal-hal yang ada di hadapan, serta mengejar ke arah matlamat itu. Saya suka beberapa ungkapan: “menderitai kerugian”, “mengiranya sebagai sampah”, dan “mengejar”. Jika kita mahu mengejar, kita harus membereskan banyak perkara; kita harus menderitai kerugian segala sesuatu dan mengiranya sebagai sampah. Sampah ialah kotoran yang dibuang. Pernahkah kamu membuang sampah? Bible Wasiat Baru saya mungkin agak murah, tetapi saya tidak sanggup membuangnya kerana saya amat menghargainya. Akan tetapi, mudah sahaja untuk saya membuang sampah. Seseorang tidak akan rasa sakit hati atau menangis apabila dia membuang sampah. Sebaliknya dia berasa lega untuk membuang sampah secepat mungkin. Semasa kita mempersembahkan wang, kita akan memastikan jumlah wang sebelum memasukkannya ke dalam peti persembahan. Kita berbuat demikian kerana kita menghargai wang. Bagi kita, hal-hal dunia ini hanyalah kain lama, tetapi bagi seorang pemungut sampah, kain lama adalah berharga. Bagi kita itu sampah, namun bagi mereka itu harta yang bernilai. Tuhan memberitahu kita bahawa hal-hal dunia ialah kain lama, namun banyak orang mengatakan hal-hal dunia ialah kenikmatan, hak, dan harapan mereka. Jika kita melihat Kristus, kita akan melihat bahawa segala perkara dan benda di dunia cumalah sampah sarap.

Saya berasa ragu-ragu tentang berapa banyak orang daripada kita yang benar-benar mengetahui apa itu dosa. Kamu mungkin menganggap banyak perkara dalam kehidupan kamu adalah betul. Namun setelah mengenali apa itu dosa, kamu akan menyedari bahawa semua perkara yang betul itu salah. Banyak suami tidak pernah menganggap dirinya bersalah terhadap isteri. Banyak anak tidak pernah menganggap dirinya bersalah terhadap ibu bapa, dan banyak orang tidak pernah menganggap mereka salah dalam hubungan kekeluargaan. Namun jika kamu mempertimbangkan secara teliti, kamu akan sedar bahawa kamu bersalah dalam banyak hubungan kamu dengan orang lain. Jika kamu tidak prihatin akan hal ini, kamu tidak akan menanggulanginya, dan masalah ini tidak akan selesai. Akibatnya, kamu sukar mempunyai kemajuan rohani. Untuk memperoleh apa-apa dari segi rohani, kita harus membayar harga. Jika kamu rela membayar harga, mencari Tuan dalam segala-gala, dan menanggulangi masalah secara serius tanpa kelalaian, kamu akan memperoleh kepulihbangkitan yang sejati. Jika kamu teragak-agak, tidak sanggup melepaskan banyak perkara dalam tangan, kamu tidak akan memperoleh Tuhan, dan tidak banyak yang akan berlaku pada kamu. Contohnya, jika kamu mempunyai terlalu banyak wang, kamu harus membuangnya. Dalam Wasiat Lama, buku hukum telah hilang selepas bait dicemari. Selepas buku hukum ditemui semula dan dibacakan, hentar-hentar masuk ke dalam bait untuk menyingkirkan segala kecemaran (bd. 2 Raja 22:8—23:25). Selepas itu, kemuliaan Tuhan memenuhi bait. Moga-moga kita rela menanggulangi segala kecemaran dan kekotoran supaya hayat Tuan dapat memenuhi kita.

Alangkah agung, kaya, dan penuhnya perbekalan yang disediakan Tuhan untuk kita dalam Kristus! Banyak orang hanya mengenali Tuan sebagai Penyelamat. Mereka tidak tahu betapa banyak lagi yang dapat dilakukan Tuan untuk mereka. Doa kita terlalu sedikit. Apa yang dapat diberikan Tuhan kepada kita jauh melangkaui segala-gala yang kita minta atau fikir. Hari ini adakah sesiapa yang membuka mulutnya lebar-lebar untuk menerima segala kekayaan Tuan? Kekayaan Tuan adalah tidak kehabisan, “bukalah mulutmu lebar-lebar, dan Aku akan memenuhinya” (Mzm. 81:10). 

Syarat Utama Untuk Kemajuan Rohani (Bahagian 1/2)
BAGAIMANA MENGENALI KEHENDAK TUHAN (Bahagian 1/2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)