Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Syarat Utama Untuk Kemajuan Rohani (Bahagian 1/2)
Satu Perbuatan Yang Luhur (Bahagian 2/2)
Syarat Utama Untuk Kemajuan Rohani (Bahagian 2/2)
Syarat Utama Untuk Kemajuan Rohani (Bahagian 1/2)
2020-06-01 | 141 Baca | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (34)

Nota Editor:

“Tuhan mengutus Kristus agar kita beroleh hayat abadi—hal ini digenapkan sekali buat selama-lamanya. Namun selepas seseorang diselamatkan, sekiranya dia tetap sama selepas satu bulan atau satu tahun, dia tidak akan banyak berguna dalam tangan Tuhan. Jika seseorang datang berhimpun hari ini dengan cara yang sama seperti dahulu, orang ini juga tidak banyak berguna. Mengapakah sesetengah orang Kristian boleh maju, tetapi kebanyakan yang lain kekal sama?...Jika seseorang Kristian ingin maju secara rohani, dia harus dahaga di dalam dan sentiasa mencari.”

“Syarat utama untuk kemajuan rohani orang Kristian ialah kelaparan...Seseorang boleh mengalami kurnia secara kebetulan, namun kemajuan rohani tidak berlaku secara kebetulan, dan bukan ditemui di tengah-tengah jalan...Untuk memperoleh kudrat Roh Kudus, untuk menjalani kehidupan yang kudus, untuk mengenali kudrat Tuhan dengan lebih mendalam, dan untuk mengalami hayat yang jayeng, semuanya tidak diperoleh secara kebetulan. Semua ini hanya akan diberi Tuhan kepada orang yang mencari dan mendahagainya.”

“Jika kamu melihat seseorang Kristian mempunyai kemajuan rohani, kamu akan tahu bahawa dia telah membayar harga. Malam ini saya ingin mengemukakan satu soalan: Apakah yang kamu inginkan di hadapan Tuhan? Adakah kamu membayar harga untuk memperoleh lebih banyak lagi?”

SYARAT UTAMA UNTUK KEMAJUAN ROHANI
(Bahagian 1/2)

Tarikh: 14 Oktober 1936, waktu malam
Tempat: Xiamen

(CWWN SET 2, JIL 42, BAB 33)

**Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Luk. 1:53 “Yang lapar dikenyangkan-Nya dengan benda baik, dan yang kaya disuruh-Nya pergi dalam kekosongan.”

Luk. 11:9-10 “Aku berkata kepada kamu lagi, Mintalah, maka ia akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan menemui; ketuklah, maka ia akan dibuka kepadamu. Kerana sesiapa yang meminta itu menerima, dan dia yang mencari itu menemui, dan kepada dia yang mengetuk itu ia akan dibuka.”

KELAPARAN

Sebelum kita diselamatkan, kita tidak mencari Tuhan. Bible mengatakan bahawa Tuhan yang mencari manusia. Setelah kita diselamatkan, kita perlu mencari Tuan. Tuhan mengutus Kristus agar kita beroleh hayat abadi—hal ini digenapkan sekali buat selama-lamanya. Namun selepas seseorang diselamatkan, sekiranya dia tetap sama selepas satu bulan atau satu tahun, dia tidak akan banyak berguna dalam tangan Tuhan. Jika seseorang datang berhimpun hari ini dengan cara yang sama seperti dahulu, orang ini juga tidak banyak berguna. Mengapakah sesetengah orang Kristian boleh maju, tetapi kebanyakan yang lain kekal sama? Kita harus menyedari bahawa semua kemajuan rohani bergantung pada kelaparan manusia. Dalam Lukas 1:53, Tuhan mengenyangkan yang lapar dengan benda baik. Tuan juga berkata, “Carilah, maka kamu akan menemui” (11:9); Tuhan Bapa akan memberi Roh Kudus kepada orang yang meminta. Jika seseorang Kristian ingin maju secara rohani, dia harus dahaga di dalam dan sentiasa mencari.

Syarat utama untuk kemajuan rohani orang Kristian ialah kelaparan. Saya telah mengutarakan kata-kata ini pada tahun lalu di Chuenchow, tetapi hari ini saya akan mengulangi kata yang sama. Kita harus melihat prinsip Tuhan, iaitu: Yang lapar akan dikenyangkan dengan benda baik manakala yang kaya akan pergi dengan kekosongan. Hari ini kamu telah datang ke hadapan Tuan. Jika kamu pergi dengan kekosongan, maka terbukti bahawa kamu terlalu kaya dan terlalu kenyang. Malam ini terdapat banyak rakan sekerja yang datang dari tempat jauh. Biar saya sekali lagi bertanyakan soalan yang saya kemukakan di Chuenchow: “Kamu datang ke sini untuk apa?” Seseorang boleh mengalami kurnia secara kebetulan, namun kemajuan rohani tidak berlaku secara kebetulan, dan bukan ditemui di tengah-tengah jalan. Penyelamatan mungkin dijumpai secara kebetulan, tetapi untuk memperoleh kudrat Roh Kudus, untuk menjalani kehidupan yang kudus, untuk mengenali kudrat Tuhan dengan lebih mendalam, dan untuk mengalami hayat yang jayeng, semuanya tidak diperoleh secara kebetulan. Semua ini hanya akan diberi Tuhan kepada orang yang mencari dan mendahagainya.   

MEMBAYAR HARGA

Saya bertemu dengan banyak orang di pelbagai tempat yang menangani hal-hal rohani dengan sikap yang sama seperti sikap mereka terhadap penyelamatan. Mereka menyangka bahawa hanya dengan mendengar tentang hal-hal rohani, mereka sudah mengetahuinya. Sebenarnya penyelamatan dan kemajuan rohani mempunyai perbezaan yang besar. Sepuluh perawan dalam Matius 25 tidak perlu membeli minyak di dalam pelita, tetapi mereka perlu membeli minyak di dalam wadah, yang tidak sama dengan pelita. Kelahiruan adalah percuma, tetapi kemajuan rohani menuntut pembayaran harga. Dalam buku Wahi, Tuan memberitahu gereja di Laodikia agar membeli jubah putih dan salap mata daripada-Nya (3:18). Kita perlu membayar harga untuk membeli pakaian putih dan salap mata. Kehidupan yang kudus perlu dibeli, bukan diberi secara percuma. Iktikad yang teruji bukti juga perlu dibeli dengan harga. Keupayaan untuk menyelidiki hal-hal Tuhan dan mengenali kebenaran tidak datang secara kebetulan; semuanya diperoleh orang yang sanggup membayar harga. Jika kamu melihat seseorang Kristian mempunyai kemajuan rohani, kamu akan tahu bahawa dia telah membayar harga. Malam ini saya ingin mengemukakan satu soalan: Apakah yang kamu inginkan di hadapan Tuhan? Adakah kamu membayar harga untuk memperoleh lebih banyak lagi? Kita perlu membayar harga yang tinggi, barulah kita dapat hidup dalam Kristus, barulah kita dapat menerima kemakbulan doa daripada Tuhan, barulah kita dapat yakin kepada Tuhan dalam kehidupan, barulah kita mempunyai pandangan rohani, dan barulah kita berupaya melihat apa yang tidak dapat dilihat orang!

Apakah maksud yang lapar dikenyangkan? Ertinya kekayaan itu adalah dikhususkan kepada orang yang berkemahuan. Bayangkan saya menghadiahi kamu sebuah buku kidung. Kamu mungkin tidak mengambil kisah. Kamu menerima sahaja tidak kira sama ada kamu mahu atau tidak. Namun berbeza situasinya jika saya memberi kamu sejumlah wang. Kamu akan mengambil dengan cepat-cepat. Apakah maksud lapar? Lapar bererti perut kosong. Disebabkan perut kamu kosong, kamu kempunan akan sesuatu. Saya tidak bimbang orang berbuat dosa. Saya tidak bimbang akan rakan sekerja tidak berupaya menyelamatkan sukma, mudah naik marah, atau mempunyai pembawaan yang sangat menyusahkan. Saya hanya takut apabila orang berasa puas, berasa cukup, dan berpuas dengan hal-hal lampau. Ketika kamu berasa tidak mampu bertahan lagi, atau apabila kamu menghadapi kesulitan yang besar, ketika itulah kamu akan mengalami perubahan besar. Itulah masanya kamu ada kemajuan rohani. Saya tidak menemui banyak orang yang betul-betul dahaga. Biar saya bertanya kepada kamu: Sejak bulan Januari tahun ini sehingga hari ini, berapakah kali doa kamu dijawab Tuan? Barangkali kamu berasa susah untuk menjawab. Jika seseorang dengan ikhlasnya memohon dan meminta daripada Tuhan, namun doanya tidak dijawab sepanjang tahun, sudah tentu orang ini bermasalah atau ada sesuatu yang tidak kena padanya.

Jika seseorang dikbang adalah panas baran, tetapi dia rela berurusan dengan Tuhan dengan sedaya upaya, akhirnya Tuhan menaruh kurnia dan bekerja padanya sehinggakan dia dapat menghidup keluar hayat Tuan. Seseorang mungkin sedar bahawa dia mempunyai masalah tertentu, tetapi selagi dia tidak rela datang ke hadapan Tuhan untuk meminta dengan hati yang lapar berkeinginan, dia pasti tidak akan mengatasi masalah itu. Untuk mempunyai kemajuan secara berpanjangan di hadapan Tuhan, kita harus lapar secara berterusan. Tahap kelaparan kita menentukan jumlah yang kita makan. Beginilah pengalaman kita makan: Semakin laparnya kita, semakin banyaklah kita makan. Prinsip yang sama terpakai dalam alam rohani; seseorang tidak akan makan ketika dia kenyang. Biar saya bertanya kepada kamu: Apakah yang kamu ingini hari ini? Adakah kamu lapar? Jika kita lapar dan mencari, Tuhan akan mengenyangkan kelaparan kita.

MENGEJAR HAL-HAL BERHARGA

Selain itu, kamu harus mengejar hal-hal berharga. Jika kamu bersikap ingin tahu tentang persoalan seperti siapa itu anak-anak Tuhan dalam Kejadian 6, siapanya isteri Kain, ke mana orang pergi selepas mati, maka kamu hanya berhibur-hibur dengan hal-hal rohani. Ada orang yang hanya berminat akan persoalan yang pelik. Mereka tidak berminat tentang bagaimana Tuan menjadi hayat kita dan bagaimana kita dapat jayeng atas dosa. Pertanyaan yang timbul daripada perasaan ingin tahu adalah tidak bernilai. Dahulu saya menerima banyak soalan seumpama ini. Saya selalu mengetepikan surat-surat sedemikian dan mengeluh untuk mereka yang hanya memberi perhatian kepada soalan-soalan yang pelik ini. Dari satu segi, kita harus sangat lapar untuk makan hal-hal rohani; dari segi lain, kita juga perlu menyingkirkan sifat ingin tahu. Kita harus mengejar hal-hal rohani yang berharga. Jika kita masih bersikap dingin terhadap Tuhan seperti hari ini, kita tidak akan menjadi berguna di hadapan-Nya. (bersambung...)

Satu Perbuatan Yang Luhur (Bahagian 2/2)
Syarat Utama Untuk Kemajuan Rohani (Bahagian 2/2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Sing yuan pada 2020-06-02
Syarat utama untuk kemajuan rohani orang Kristian ialah kelaparan. Tanpa kelaparan kita tidak dapat dikenyangkan oleh kekayaanNya. Tuan dapatkan saya menjadi kosong supaya saya boleh dikenyangkan oleh sabdaMu.
Kiriman yang disyorkan
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Kata-kata-Persekutuan_2_08060610.png
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (1) KATA-KATA PERSEKUTUAN DALAM KASIH DAN PENTING PADA SAAT-SAAT GENTING  Nota Editor: Dengan bermulanya siaran satu siri rencana secara berturutan... Terus Baca
Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
peluang_3_08060613.png
(Koleksi Watchman Nee, Set 3, Jil. 55: Ministri & Pintu Terbuka,  Terbitan No. 21—15 September 1950) MEREBUT PELUANG— CATATAN BICARA DENGAN RAKAN SEKERJA (Samb.) Perasaan... Terus Baca
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
photo1_01060614.jpg
Masalahnya hari ini bukan Tuan tidak memberi kita peluang, tetapi kita melepaskan peluang. Kita semua harus bangkit. Dikbang-dikbang yang bertanggungjawab dalam gereja harus bangkit. Kita... Terus Baca
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
img45_03060619.jpg
Banyak orang sering tertanya-tertanya apakah makna kehidupan manusia dan mereka ingin tahu jawapannya. Manusia meluangkan seumur hayat hidup di bumi, jika dia tidak tahu dari... Terus Baca
Syarat untuk Dibaptis
img44_03060633.jpg
Apakah syarat untuk dibaptis? Bilakah seseorang itu boleh dibaptis? Menurut wahi dan contoh dalam Bible, satu-satunya syarat untuk dibaptis ialah percaya. Markus 16:16 berkata, “Dia... Terus Baca
Makna Doa
img52_03060627.jpg
Perkataan doa memang biasa bagi seorang Kristian. Akan tetapi, apakah sebenarnya makna doa ialah pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan melihat aspek tertentu... Terus Baca
Kategori
Cari Kami di Facebook