Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Soalan Injil Syarat untuk Dibaptis
Adakah Kamu sudah Diselamatkan?
Syarat untuk Dibaptis
2016-08-17 | 3 Komen
A- A+ Simpan

Apakah syarat untuk dibaptis? Bilakah seseorang itu boleh dibaptis?

Menurut wahi dan contoh dalam Bible, satu-satunya syarat untuk dibaptis ialah percaya. Markus 16:16 berkata, “Dia yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan….” Setelah percaya, seseorang itu boleh dibaptis. Baptisan itu boleh dijalankan di tempat yang ada air. Jika seseorang itu dibaptis tanpa percaya, itu sekadar upacara yang kosong. Sebaliknya, jika seseorang itu telah percaya, maka dia harus dibaptis dengan serta-merta, dan tidak harus bertangguh lagi.

Namun begitu, dalam sejarah dua ribu tahun ini, Kristianiti telah memperkenalkan pelbagai jenis ajaran, amalan, dan tradisi yang tidak menurut Bible. Contohnya, amalan baptisan bayi dalam agama Katolik dan dalam sesetengah agama Kristian Protestan. Jika bayi itu belum percaya, bagaimanakah dia boleh dibaptis? Baptisan itu sama sekali tidak bermakna. Baptisan bagi orang dewasa pula juga mempunyai banyak amalan yang berlainan. Bagi orang yang ingin dibaptis, sesetengah daripada mereka diminta untuk membaca Bible sekali, sesetengah yang lain pula diminta untuk menyertai latihan, mengikuti khusus yang tertentu, atau menghadiri kelas baptisan. Amalan ini mungkin bertujuan untuk membantu orang yang percaya itu memastikan kepercayaannya, padahal ini langsung tidak menurut Bible. Petikan Bible yang berikut memaparkan syarat dan masa untuk dibaptis.

Kisah Para Dutus 8, Filipus memberitakan injil kepada seorang sida-sida Etiopia yang dalam perjalanan pulang selepas menjalankan penyembahannya di Yerusalem. Dia duduk di dalam keretanya dan sedang membaca buku Yesaya. “Roh itu berkata kepada Filipus, Dekati dan sertailah kereta itu. Setelah berlari ke hadapan, Filipus terdengar dia sedang membaca buku penyabda Yesaya dan berkata, Adakah kamu benar-benar mengetahui hal-hal yang sedang kamu baca itu? Dia berkata, Bagaimanakah aku dapat tahu melainkan seseorang membimbingku? Maka dia merayu kepada Filipus agar naik dan duduk bersama dengannya. Sekarang petikan Kitab yang sedang dibacanya adalah sedemikian: “Bagaikan domba Dia dipimpin ke pembantaian, dan bagaikan anak domba yang membisu di hadapan pengetam bulunya, begitu juga Dia tidak membuka mulut-Nya. Dalam kerendahan diri-Nya, penghakiman-Nya diambil pergi. Siapakah yang akan mengisahkan generasi-Nya? Kerana hayat-Nya diambil dari bumi.” Sida-sida itu menjawab Filipus dan berkata, Aku memohon kepada kamu, Tentang siapakah yang dikatakan oleh penyabda? Tentang dirinya atau tentang orang lain? Maka Filipus membuka mulutnya, dan bermula dari Kitab ini dia menginjilkan Yesus kepadanya. Ketika mereka masih menyusur jalan itu, tibalah mereka di tempat yang ada air, dan sida-sida itu berkata, Tengok, air. Apakah yang menghalang aku daripada dibaptis? Filipus berkata, Jika kamu percaya daripada segenap hatimu, kamu akan diselamatkan. Dia menjawab dan berkata, Aku percaya bahawa Yesus Kristus ialah Anak Tuhan. Maka dia mengarahkan kereta itu berhenti, dan mereka berdua turun ke dalam air, Filipus dan sida-sida itu, lalu Filipus membaptisnya” (Kis. 8:29-38).

Dari ayat-ayat Bible di atas, kita dapat melihat bahawa syarat untuk dibaptis ialah percaya. Percaya bahawa Yesus Kristus ialah Anak Tuhan, menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat, merupakan satu-satunya syarat untuk dibaptis. Setelah percaya, seseorang itu boleh dibaptis dengan serta-merta. Di mana sahaja ada air, di situlah seseorang itu boleh dibaptis. Dibaptis tidak perlu melalui apa-apa prosedur atau proses. Dia yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan. Memandangkan seseorang itu telah percaya, maka dia harus dibaptis dengan serta-merta untuk beroleh penyelamatan lengkap Tuhan.

Adakah Kamu sudah Diselamatkan?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
3 Komen / Perkongsian
kristinamar pada 2020-04-21
aku mau di babtis tapi aku ga kegereja .dan aku pun malu untuk ke gereja karna sudah lama tdak gereja apakah bisa di baptis
injil eKebenaran pada 2020-04-22
Asalkan seseorang percaya dalam hati bahawa Tuan Yesus mati dan bangkit untuk menebusnya dan membebaskannya daripada dosa, dia layak dibaptis. Saudari tidak perlu berasa malu untuk pergi kepada gereja dan minta dibaptis. Berikut ialah petikan daripada buku “Mengaku dengan Mulut” (boleh didapati di sini): “Apa yang perlu kita rasa malu pada hari ini ialah jamuan mabuk liar, hambur liar yang tidak terkawal, kerja kegelapan, perbuatan dosa, dan kedurjanaan. Tuan telah menyelamatkan kita daripada semua ini. Kita sepatutnya berasa mulia. Bagaimanakah kita boleh mempunyai perasaan malu? Mengaku Tuan bukanlah satu perkara yang memalukan, tetapi satu perkara yang mulia dan girang! Kita adalah orang yang tidak akan binasa, yang tidak akan dikutuk atau dihukum Tuhan, dan juga tidak akan terpisah daripada muka Tuhan yang mulia. Kita mengikut Anak Domba ke mana sahaja Dia pergi dan akan selalu bersama dengan-Nya (Wahi 14:4).”
Dwi rahayu pada 2021-10-23
Kurang lebih satu tahunan saya belajar ijil.saya tertarik dengan kristen.dan saya ingin dibaptis untuk menerima jiwa Yang baru