Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Sorotan Berkenaan Kejadian 1:28
Dua Kejadian Petrus Menangkap Ikan
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 1: ANGIN
Sorotan Berkenaan Kejadian 1:28
2016-10-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Tuhan pertama-tamanya mencipta seorang manusia, tetapi Dia berhasrat untuk memperoleh banyak manusia untuk tujuan-Nya. Oleh itu, Tuhan bersabda, “Berkembang subur dan berlipat gandalah, dan penuhilah bumi” (Kej. 1:28). Menurut ayat ini, tanggungjawab utama yang dipikul oleh Adam ialah membiak. Demikian juga, kita orang Kristian diarahkan untuk menghasilkan buah. Segala perkara lain dalam kehidupan orang Kristian adalah untuk ini. Kita membaca Bible kerana kita perlu menghasilkan buah, kita berdoa kerana kita perlu menghasilkan buah, dan kita menang serta jayeng kerana kita perlu menghasilkan buah. Penghasilan buah bukan untuk Bible atau untuk doa. Sebaliknya, segala-gala adalah untuk penghasilan buah. Kita mempunyai banyak perkara hari ini, termasuk pembacaan Bible, pengkajian Bible, dan doa, tetapi seperkara yang kita kurang ialah penghasilan buah. Sesebuah kebun adalah untuk penghasilan buah, bukan untuk membuat pameran. Tidaklah bermakna untuk menjaga sebuah kebun dengan bersih dan teratur namun tidak ada buah. Lebih baik untuk memiliki sebuah kebun yang tidak teratur dan kotor namun penuh dengan buah. Jika kita tidak mempunyai penghasilan buah, kita tidak mempunyai pertambahan, dan jika kita tidak mempunyai pertambahan, kita tidak dapat membina Tubuh Kristus (Ef. 4:12).

Sabda Tuhan berdiri teguh di syurga buat selama-lamanya (Mzm. 119:89); hakikat ini sama sekali tidak dapat dipertikaikan. Tidak ada buku lain di dunia ini yang memberitahu kita bahawa manusia harus berkembang subur dan berlipat ganda dan memenuhi bumi; hanya Sabda Tuhan yang memberitahu kita ini. Selepas Dia mencipta manusia, Dia bersabda, “Berkembang subur dan berlipat gandalah, dan penuhilah bumi” (Kej. 1:28). Kata-kata ini menghuraikan sejarah manusia selama enam ribu tahun….Tuhan mengatakan bahawa manusia harus berkembang subur dan berlipat ganda dan memenuhi bumi; tidak ada orang yang dapat mengubah sabda Tuhan.

Segala-gala dalam ciptaan lama merupakan tamsil bagi ciptaan baru. Sebagaimana pengembangluasan Adam ialah berkembang subur dan memenuhi bumi, demikian juga pengembangluasan Kristus haruslah berkembang subur dan memenuhi bumi melalui pertambahan dan penyebarluasan ke setiap tempat. Ada kalanya orang Kristian mengeluh ketika mereka membandingkan bilangan orang di dunia dengan bilangan percayawan, tetapi kita tidak harus kecewa. Akhirnya percayawan Tuan akan menjadi berpengaruh. Pada masa yang akan datang Tuan pasti akan membuka Amerika Syarikat dan Brazil, dan akhirnya Dia sendiri akan datang untuk mengambil alih dunia. Dia akan menghakimi orang yang harus dihakimi. Pada masa itu bumi akan menjadi milik-Nya, dan pengembangluasan-Nya akan memenuhi bumi.

Pengembangluasan Kristus bermula di Yerusalem, yang juga tempat pertembungan Eropah, Asia, dan Afrika. Dalam Kisah Para Dutus 1:8, Tuan berkata kepada para disipal, “Kamu akan menerima kudrat apabila Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-saksi Aku di Yerusalem, di seluruh Yudea, dan Samaria serta sampai ke bahagian hujung bumi.” Saksi-saksi Tuan ialah pengembangluasan-Nya. Setiap percayawan Kristus ialah saksi Kristus, dan setiap saksi ialah pengembangluasan Kristus, sama seperti setiap biji gandum ialah pengembangluasan bagi biji yang asal. Berbicara dari segi rohani, setiap percayawan harus merupakan saksi, dengan mempunyai roh seorang yang martir, tidak mengasihi dunia, dan rela mengorbankan nyawanya untuk Tuan. Sekiranya kita sanggup mati untuk Kristus, meninggalkan dunia, dan tidak mementingkan apa-apa pun, kita akan menjadi saksi Tuan dan pengembangluasan-Nya. Dengan demikian, Kristus akan bertambah.

Sungguhpun begitu, tidaklah mencukupi sekadar untuk Kristus bertambah; Dia perlu menyebar luas. Tuan menghendaki para disipal bertambah di Yerusalem, tetapi Dia juga menghendaki mereka menyebar luas ke Yudea, ke Samaria, dan ke bahagian hujung bumi. Paulus menyebut bahawa dia bukan sahaja hendak pergi ke Rom tetapi juga ke Sepanyol (Roma 15:28-29). Pada masa itu, Sepanyol bersamaan dengan “bahagian hujung bumi”. Selepas Columbus menjumpai benua baru, bahagian hujung bumi di sebelah barat bukan Sepanyol tetapi pantai barat Amerika Syarikat. Walaupun Tuan tidak memberitahu disipal-disipal bahawa bumi adalah bulat, namun Dia dengan arifnya mengarahkan mereka menyebar luas ke “bahagian hujung bumi”, yang bermaksud bahawa injil harus diberitakan ke seluruh bumi.

Sepanjang generasi yang berikutnya orang Kristian telah mengelilingi bumi banyak kali untuk melaksanakan amanat Tuan berkenaan “sampai ke bahagian hujung bumi”. Dalam cahaya suruhan Tuan untuk bertambah dan menyebar luas, kita cuai dalam hal menyahut amanat-Nya disebabkan kita begitu menetap dan kejat.

Dua Kejadian Petrus Menangkap Ikan
Melihat Sejarah Rohani Orang Kristian daripada Yehezkiel 1:4—BAHAGIAN 1: ANGIN
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)