Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Siapakah yang Dapat Memisahkan Kita daripada Kasih Kristus?
Adakah Kamu "Tidak Berdaya"?
Menikmati Penyelamatan Penuh Tuhan
Siapakah yang Dapat Memisahkan Kita daripada Kasih Kristus?
2021-03-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

25 Mac 2021

Hayat yang Mengatasi Segala Sekitaran

Bacaan Bible:

Roma 8:35-37 Siapakah yang dapat memisahkan kita daripada kasih Kristus? Kesengsaraan atau seksaan atau penindasan atau kebuluran atau ketelanjangan atau bahaya atau pedang?...Namun dalam segala hal ini kita lebih daripada jayeng menerusi Dia yang mengasihi kita.

Petikan Bacaan: 

    Oh, menerusi Tuan yang mengasihi kita, kita lebih daripada jayeng dalam segala hal ini! Inilah pengalaman yang sepatutnya bagi orang Kristian. Namun dalam pengalaman kita, kita tidak memerlukan kesengsaraan atau pedang; apabila seseorang memberi kita pandangan yang kurang mesra, dengan serta-merta kita tidak lagi merasai kasih Kristus. Namun Paulus mengatakan bahawa dalam segala hal ini kita lebih daripada jayeng. Ini seharusnya pengalaman yang biasa bagi orang Kristian. Kemenangan seharusnya pengalaman yang normal bagi orang Kristian; kegagalan barulah pengalaman yang tidak normal. Menurut penetapan Tuhan, setiap orang Kristian harus lebih daripada jayeng. Tidak kira kita berdepan dengan kesengsaraan, seksaan, penindasan, kebuluran, ketelanjangan, bahaya, atau pedang, kita bukan sahaja jayeng, malah lebih daripada jayeng! Masalah yang lebih banyak juga tidak akan menjadi masalah bagi kita. Orang luar mungkin menyangka kita orang Kristian sudah gila. Haleluya! Kita memang gila. Menerusi kasih Kristus, kita tidak lagi peduli akan hal-hal ini, kita lebih daripada jayeng. Syukur dan puji kepada Tuhan! Inilah pengalaman orang Kristian, inilah pengalaman yang ditetapkan Tuhan. Akan tetapi, apakah pengalaman kita yang sebenarnya? Bible bukannya tidak mempunyai pengalaman ini, tetapi kita tidak dapat mencari jalan untuk menjalani kehidupan begini. Belum lagi kita mengalami kesengsaraan yang teruk, kita sudah meraung, “Saya perlu bersabar! Saya sedang menderita!” Jika kita dapat mencari jalan untuk menjalani kehidupan ini, kita akan lebih daripada jayeng dalam segala hal ini.
    Dua Korintus 2:14 berkata, “Tetapi syukur kepada Tuhan yang selalu memimpin kami dalam kemenangan gemilang dalam Kristus itu dan menerusi kami mengeluarkan bau-bauan atas pengetahuan terhadap-Nya di serata tempat.” Dikbang dan dikkak sekalian, biar saya beritahu kamu, kehidupan orang Kristian bukan kadangkala jayeng dan kadangkala gagal; kehidupan orang Kristian bukan gagal pada waktu pagi dan jayeng pada waktu petang. Kehidupan orang Kristian senantiasa jayeng. Hari ini jika kamu menghadapi suatu cubaan dan telah jayeng, kamu tidak harus girang sampai tidak dapat tidur malam ini. Sebaliknya, jika kamu tidak jayeng, barulah kamu harus berasa pelik. Berjayeng seharusnya hal yang biasa dan lumrah.

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 25-26 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Adakah Kamu "Tidak Berdaya"?
Menikmati Penyelamatan Penuh Tuhan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)