Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Soalan Injil Siapa itu Tuhan Orang Kristian
Adakah Kamu sudah Diselamatkan?
Dapatkah Manusia Diselamatkan dengan Berbuat Baik?
Siapa itu Tuhan Orang Kristian
2016-10-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Di sini, terdapat satu hakikat yang perlu dijelaskan terlebih dahulu, iaitu bukan semua agama mempunyai apa yang dipanggil “Tuhan”. Sesetengah agama berasaskan orang, dan tidak percaya kepada Tuhan. Contohnya, Konfusianisme, Taoisme, bahkan agama Buddha jugalah suatu falsafah dan bukan untuk penyembahan Tuhan. Namun disebabkan orang yang menganut agama-agama ini mempunyai keperluan di dalam roh mereka, maka mereka telah mencipta pelbagai jenis berhala untuk disembah. Pada hakikinya, berhala itu bukan Tuhan yang benar, bukan Tuhan yang dipercayai oleh orang Kristian. Dalam petikan ini, kita ingin melihat siapa itu Tuhan orang Kristian menurut beberapa ayat Bible.

Pencipta bagi Segala Sesuatu dalam Alam Semesta

Kisah Para Dutus 17:24-31 berkata, “Tuhan yang menjadikan dunia dan segala sesuatu di dalamnya, Dia ini Tuan kepada langit dan bumi, tidak tinggal di dalam bait yang dibuat dengan tangan, dan Dia tidak dilayan dengan tangan manusia seolah-olah Dia memerlukan sesuatu sebagai tambahan, memandangkan Dia sendiri memberi hayat, nafas, dan segala sesuatu kepada semua. Dia menjadikan setiap bangsa manusia daripada satu asal agar mereka tinggal di segenap muka bumi, dengan terlebih dahulu menentukan musim-musim yang sudah ditetapkan dan sempadan penghunian mereka, agar mereka dapat mencari Tuhan, mungkin mereka dapat meraba-raba dan menjumpai-Nya, meskipun Dia tidak jauh dari setiap orang daripada kita; kerana dalam-Nya kita hidup, bergerak, dan wujud, sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pemuisi dalam kalangan kamu, Sebenarnya kita juga bangsa-Nya. Jadi, memandangkan kita bangsa Tuhan, kita tidak patut menyangka bahawa apa yang divin adalah seperti emas, perak, atau batu, seperti suatu ukiran daripada kesenian dan pemikiran manusia. Oleh itu, tanpa melihat masa-masa kejahilan manusia, sekarang Tuhan mengarahkan semua manusia di mana-mana tempat agar bertaubat, kerana Dia telah menetapkan suatu hari; pada hari itu Dia akan menghakimi dunia dalam keadilbenaran melalui orang yang dilantik tentu-Nya setelah menunjukkan bukti kepada semua dengan membangkitkan-Nya daripada yang mati.” Tuhan yang dipercayai orang Kristian dan diwahikan dalam Bible ialah Tuhan yang unik, Tuhan yang hidup dan benar. Dia ialah pencipta bagi segala sesuatu dalam alam semesta dan Penentu mutlak dalam penciptaan dan pemerintahan alam semesta. Dialah Tuhan yang Maha Perkasa dan penuh kearifan. Dia sama sekali bukan Tuhan yang dicipta manusia, dan berhala yang dicipta manusia bukanlah Tuhan.

Tuhan ialah Hayat dan Roh

Tuhan ini ialah hayat, iaitu hayat yang swawujud dan kekal-wujud. Hayat-Nya tidak tercipta, tidak korup, dan tidak dapat dimusnahkan. Tuhan yang merupakan hayat ini ingin memberi hayat divin-Nya yang abadi kepada orang yang dicipta-Nya. Sebagai Tuhan yang swawujud dan kekal-wujud, Tuan Yesus adalah lengkap dari keabadian hingga keabadian. Namun, Dia perlu disempurnakan menerusi proses inkarnasi, berbahagian dalam sifat manusia, kehidupan insani, penyaliban, kebangkitan, dan kenaikan ke syurga supaya Dia layak menjadi Kristus Tuhan dan Penyelamat kita.

Bible juga mewahikan bahawa Tuhan ialah Roh. Dia bukan bersifat fizikal, Dia tidak dapat dilihat dengan mata, disentuh dengan tangan, namun Dia berada di merata tempat seperti udara, Dia maha hadir. Kita dapat menghubungi Dia di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Dia begitu sedia ada untuk kita. Jika kita ingin mengenali-Nya, menghubungi-Nya, kita perlu menggunakan roh manusia kita. Cara yang paling mudah untuk menghubungi Dia yang merupakan Tuhan Roh ialah menyeru nama-Nya, “O Tuan Yesus, O Tuan Yesus.”

Adakah Kamu sudah Diselamatkan?
Dapatkah Manusia Diselamatkan dengan Berbuat Baik?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)