Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Rendah Diri di Bawah Tangan Tuhan yang Perkasa...Menyerahkan Segala Kekhuatiranmu Kepada-Nya
Adakah kamu berjalan di jalan yang sesak?
Datanglah kepada-Ku, semua yang berjerih dan berbeban berat; Aku akan memberi kamu rehat
Rendah Diri di Bawah Tangan Tuhan yang Perkasa...Menyerahkan Segala Kekhuatiranmu Kepada-Nya
2020-07-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Perkataan rendah diri dalam 1 Petrus 5:6 berbentuk pasif menunjukkan dijadikan rendah diri oleh Tuhan, kebanyakannya melalui penderitaan daripada penindasan (ay. 10). Namun, ini memerlukan kita bekerjasama dengan operasi Tuhan. Kita mesti rela dijadikan rendah diri, rendah hati di bawah tangan Tuhan yang perkasa. Oleh itu, hendaklah kamu rendah diri. Kita mungkin mengatakan bahawa rendah diri adalah pasif, tetapi hendaklah adalah aktif. Semasa Tuhan bertindak untuk bekerja atas kita, kita perlu mengambil inisiatif untuk membenarkan Dia bekerja atas kita. Mengambil inisiatif adalah aktif; membenarkan Dia bekerja adalah pasif. Ertinya, kita rela berada di bawah tangan Tuhan yang perkasa yang melakukan segala sesuatu bagi kita. (Life-study of 1 Peter, m.s. 299)

Penindasan mungkin digunakan Tuhan untuk merendahkan kita. Sebenarnya, apa jua penderitaan mungkin digunakan Tuhan untuk tujuan ini. Apabila perkara baik berlaku pada kita, kita mungkin menjadi sombong. Namun penderitaan atau penindasan mungkin akan membantu kita menjadi rendah diri. Contohnya, seorang dikbang mungkin dijadikan rendah diri disebabkan kehilangan kerjanya. Seorang pelajar mungkin dijadikan rendah diri kerana mendapat markah yang lebih rendah daripada apa yang dijangkakannya. Jika pelajar ini mendapat markah yang tinggi, dia mungkin akan menjadi sombong. Namun jika dia mendapat markah yang lebih rendah, dia mungkin akan dijadikan rendah diri.

Kita mungkin juga ada pengalaman dijadikan rendah diri dalam kehidupan keluarga. Jika anak dikbang dan dikkak tertentu amat cemerlang, mereka sebagai ibu bapa mungkin akan menjadi sombong. Namun, jika anak menimbulkan masalah atau kesusahan kepada mereka, ini akan membuat ibu bapa itu rendah diri. Begitu juga, jika bapa seorang dikbang muda mempunyai pangkat yang amat tinggi dalam kerjanya, dia mungkin akan menjadi sombong. Andai kata bapanya seorang presiden sebuah syarikat atau seorang canselor sebuah universiti yang terkenal. Pastinya dia akan berasa bangga terhadap pangkat bapanya. Namun, katakan bapanya seorang pengawal pintu yang tidak berpendidikan tinggi. Dengan menyedari kedudukan bapanya yang begitu rendah, ini mungkin akan menyebabkan dia rendah diri. Dia dijadikan rendah diri oleh hakikat bahawa bapanya tidak mempunyai kedudukan yang tinggi.

Perkataan menyerahkan dalam 1 Petrus 5:7 bermaksud “melemparkan ke atas”, iaitu mengamanatkan kepada, melepaskan kepada. Kata kerja ini menunjukkan perbuatan yang sekali buat selama-lamanya. Ungkapan segala kekhuatiranmu menunjukkan bahawa semua kekhuatiran dalam seumur hidup kita, seluruh kehidupan dengan segala kekhuatirannya, harus diserahkan kepada Tuan. Kita perlu belajar cara melemparkan beban kekhuatiran kita kepada Tuhan. Beban itu sekarang mungkin ada pada bahu kita sendiri, tetapi kita harus menyerahkannya daripada bahu kita kepada Tuhan.

Walaupun kata kerja menyerahkan menunjukkan perbuatan yang sekali buat selama-lamanya, namun disebabkan kita lemah, kita mungkin perlu menyerahkan kekhuatiran kita kepada Tuhan berkali-kali. Kadangkala, kita menyerahkan kekhuatiran kita kepada-Nya tetapi sejurus kemudian, kita mengambil kekhuatiran itu balik secara senyap-senyap. Inilah pengalaman saya. Saya mungkin menyerahkan kekhuatiran saya kepada Tuan. Namun beberapa hari kemudian, saya mungkin mendapati saya telah mengambil balik kekhuatiran ini pada diri saya; oleh itu, saya perlu berdoa, “O Tuan, ampunilah aku kerana mengambil balik kekhuatiran ini daripada-Mu. Sekali lagi, aku ingin menyerahkan kekhuatiranku kepada-Mu.”

Kadangkala, saya berkata kepada Tuan, “Tuan, aku bukan sahaja menyerahkan kekhuatiran hari ini kepada Engkau, malah semua kekhuatiran yang aku jangka akan menimpa pada masa akan datang. Tuan, aku menjangka banyak kekhuatiran akan menimpa, tetapi semua ini aku serahkan kepada-Mu sekarang.”

Perkataan Yunani bagi kekhuatiran juga bererti “kerisauan” atau “kerunsingan”. Penderitaan yang dialami percayawan dalam penindasan membuat mereka risau dan khuatir. Mereka bukan sahaja perlu menjadi rendah diri, direndahkan daripada kesombongan, keangkuhan mereka, malah perlu melemparkan kehidupan mereka berserta kerunsingannya kepada Tuhan; kerana Dia bukan sahaja perkasa dan adil, malah penuh kasih sayang dan setia terhadap mereka.

Sebab kita dapat menyerahkan semua kekhuatiran kita kepada Tuan ialah “Dia mengambil berat” tentang kita. Ungkapan Dia mengambil berat tentang kamu juga boleh diterjemahkan sebagai “Dia prihatin terhadap kamu”. Tuhan yang mendisiplin dan menghakim itu mengambil berat tentang percayawan dengan penuh kasih sayang, terutamanya mereka yang ditindas. Dia menjaga mereka dengan setia. Mereka boleh menyerahkan kerunsingan kepada-Nya, terutamanya semasa mereka ditindas. (Life-study of 1 Peter, m.s. 299-302)

Adakah kamu berjalan di jalan yang sesak?
Datanglah kepada-Ku, semua yang berjerih dan berbeban berat; Aku akan memberi kamu rehat
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)