Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Berdoa Prinsip Berdoa Tiga Kali
Doa yang Terbaik
Apa itu Doa?
Prinsip Berdoa Tiga Kali
2016-10-05 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Doa mempunyai satu rahsia, yakni berdoa “tiga kali” kepada Tuan. “Tiga” ini bukan angka tiga tetapi bermaksud banyak kali. Semasa di Getsemani, Tuan Yesus merayu kepada Tuhan sebanyak tiga kali. Apabila Tuhan memakbulkan doa-Nya, Dia berhenti berdoa. Paulus juga pernah tiga kali berseru kepada Tuhan. Apabila Tuhan menjawabnya, dia berhenti berdoa. Oleh itu, segala doa harus mementingkan prinsip tiga kali. Ini bukan bermaksud berdoa sebanyak sekali, dua kali, tiga kali lalu berhenti, tetapi bermaksud berdoa secara tuntas sehinggalah Tuhan mendengarnya barulah kita berhenti.

Prinsip berdoa tiga kali ini amat penting. Dalam perhimpunan doa, jika kita berharap doa kita dapat melaksanakan ministri gereja, dapat menyempurnakan apa yang Tuhan ingin kita sempurnakan, maka kita harus berpegang erat pada prinsip ini.

Prinsip berdoa tiga kali bermaksud berdoa secara tuntas. Kita harus berdoa sehinggalah kita lalu, sehinggalah kita jelas tentang kehendak Tuhan, sehinggalah kita menerima jawapan daripada Tuhan. Dalam perhimpunan doa, janganlah sekali-kali ingat bahawa apabila ada seorang dikbang yang berdoa untuk perkara yang dibangkitkan, maka saya tidak perlu lagi berdoa berkenaannya. Contohnya: Seorang dikkak telah jatuh sakit dan kita ingin berdoa untuknya. Apabila seorang dikbang berdoa untuknya, ini tidak bermaksud saya tidak perlu berdoa untuknya lagi. Bukan begitu. Setelah dikbang itu berdoa untuknya, saya boleh berdoa lagi dan orang lain juga boleh berdoa lagi. Namun begitu, ini bukan bermaksud bahawa setiap perkara doa harus didoakan oleh tiga orang, tetapi bermaksud kita berdoa menurut beban. Ada kalanya kita boleh juga berdoa sebanyak lima kali, sepuluh kali. Yang penting ialah kita berdoa sehingga beban kita dilepaskan. Inilah prinsip berdoa tiga kali, inilah rahsia untuk berjaya dalam perhimpunan doa.

Ketika berdoa, kita tidak harus seperti belalang yang melompat-lompat. Apabila perkara tertentu belum didoakan secara tuntas, kita sudah melompat ke perkara yang satu lagi; apabila perkara ini belum didoakan secara tuntas, kita sudah melompat balik ke perkara tadi. Berdoa secara melompat-lompat ini tidak dapat melepaskan beban; maka sukar untuk Tuhan memakbulkan doa kita. Doa sebegini tidak ada apa-apa gunanya dan tidak dapat melaksanakan ministri doa.

Oleh yang demikian, jika kita ingin melaksanakan ministri doa, kita harus mempunyai beban untuk berdoa di hadapan Tuhan. Kita harus mengenali satu perkara: Beban ialah rahsia berdoa. Jika seseorang tidak berasa berbeban dalamnya untuk berdoa bagi perkara tertentu, doanya tidak akan berjaya. Dalam perhimpunan doa, ada dikbang atau dikkak yang membangkitkan banyak perkara untuk didoakan. Namun begitu, jika kamu tidak tersentuh oleh perkara-perkara tersebut, kamu tidak dapat berdoa. Oleh itu, setiap dikbang yang datang ke perhimpunan doa harus mempunyai beban untuk berdoa, barulah dia dapat berdoa. Selain itu, kamu bukan sahaja harus memerhatikan beban kamu sendiri, kamu harus juga memerhatikan beban dikbang dan dikkak yang lain dalam perhimpunan. Misalannya: Ada seorang dikkak yang diseksa oleh suaminya dan seorang dikbang lagi jatuh sakit. Dalam perhimpunan doa tersebut, seorang dikbang memohon kepada Tuhan agar menyelamatkan suami dikkak itu, kemudian seorang dikbang pula memohon kepada Tuhan agar menyembuhkan penyakit dikbang itu, dan seorang lagi dikbang memohon untuk perkara lain. Doa-doa sebegini ialah doa yang berasingan, yang tidak menurut prinsip berdoa tiga kali. Mereka tidak mendoakan satu perkara secara tuntas, kemudian baru berdoa untuk perkara kedua. Dalam perhimpunan doa, kita harus memerhatikan sama ada beban sesuatu doa sudah dilepaskan atau belum. Jika beban semua orang untuk berdoa bagi dikkak itu sudah dilepaskan, maka bolehlah disusuli dengan doa untuk dikbang yang sakit itu. Jika beban doa untuk perkara pertama itu belum dilepaskan, maka kita tidak boleh melompat untuk berdoa bagi perkara kedua atau ketiga. Jika beban seluruh perhimpunan terhadap perkara tertentu belum dilepaskan, maka kamu tidak boleh menyelitkan doa lain menurut perasaan kamu sendiri. Kamu seharusnya menyentuh roh seluruh perhimpunan, dan masuk ke dalam perasaan seluruh perhimpunan. Sesetengah perkara hanya memerlukan sekali doa; sesetengah perkara pula mungkin memerlukan dua kali doa; dan ada perkara yang mungkin memerlukan tiga atau lima kali doa, barulah beban dapat dilepaskan. Tidak kira berapa kali berdoa, kita harus memastikan beban kita dilepaskan, kemudian barulah kita berhenti berdoa. Prinsip berdoa tiga kali hanya mementingkan satu perkara, yakni berdoa sehingga beban dilepaskan.

Kidung #562

  1. Kidungkan iktikad!
    Walau malam gelap;
    Saat puji, Tuan pun kerja,
    Iktikad ternyata.
  2. Kidungkan iktikad!
    Jiwa harus sorak;
    Kidung iktikad Tuan kenan,
    S’panjang malam gelap.
Doa yang Terbaik
Apa itu Doa?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)