Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Persembahan Diri Merupakan Permulaan Segala Pengalaman
Tuhan yang Hidup Meneguhkan Kita dalam Penderitaan
Menjadi Pencinta Yesus yang Gila
Persembahan Diri Merupakan Permulaan Segala Pengalaman
2017-01-27 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Selepas seseorang diselamatkan, jika dia ingin mempunyai pengalaman yang kaya terhadap Tuan, dia perlu mempersembahkan diri. Jika seseorang itu tidak menyerahkan dirinya kepada Tuan selepas diselamatkan, dia tidak dapat mengambil jalan Tuan. Jika kita ingin doa kita termakbul, iktikad amat penting; namun orang yang tidak pernah menyerahkan diri kepada Tuan sukar hendak mempunyai iktikad. Hanya orang yang benar-benar mempersembahkan diri kepada Tuan itu mempunyai iktikad yang sebenar. Selepas kita mempersembahkan diri kepada Tuan secara mutlak, barulah iktikad akan datang. Iktikad datang daripada persembahan diri. Selain itu, jika seseorang ingin dimiliki Tuan sepenuhnya, dia perlu mempersembahkan diri kepada Tuan dengan sepenuhnya. Tidak ada orang yang dapat menjadi kudus, jayeng, dan melihat cahaya tanpa mempersembahkan diri kepada Tuan. Sejauh mana kita berjalan di hadapan Tuhan sama sekali bergantung pada persembahan diri kita. Hati manusia selalunya cenderung kepada dunia; hanya apabila hati manusia berpaling kepada Tuhan barulah Tuhan menyinarinya dengan cahaya-Nya.

Katakan di belakang saya ada cahaya. Jika saya tidak berpusing, saya tidak dapat menerima penyinarannya kerana cahaya bersinar dari arah tertentu. Apabila hati manusia cenderung kepada benda-benda lain selain daripada Tuhan, maka mustahil Tuhan dapat menyinarinya. Sesetengah orang berdoa agar Tuhan menyinari mereka, namun mereka masih tidak menerima cahaya. Bahkan sesetengah orang mungkin tertanya-tanya mengapa orang lain selalu menerima cahaya tetapi mereka pula tidak pernah menerima cahaya. Hal ini kerana mereka membelakangi Tuhan. Apabila mereka berpaling balik, cahaya Tuhan akan dapat menyinari mereka. “Apabila hati mereka berpaling kepada Tuan, selubung itu diambil pergi.” (2 Kor. 3:16). Jika seseorang Kristian tidak mempunyai cahaya dalam­nya, ini menunjukkan bahawa secara dalaman dia masih membelakangi Tuhan. Oleh sebab dia membelakangi Tuhan, maka dia perlu berpusing balik. Apakah yang dimaksudkan dengan persembahan diri? Persembahan diri bermaksud seluruh diri kita berpusing balik. Apabila hati kita berada di dunia, secara spontan kita menghadap ke dunia; oleh itu, kita perlu berpaling. Apabila hati kita menghadap kepada Tuan yang berada dalam kita, dengan serta-merta diri dalaman kita dicahayai, dan kita akan mengetahui apa itu kehendak Tuhan dan apa yang bukan kehendak Tuhan.

Selain itu, seseorang Kristian yang ingin menjadi rohani juga harus mempersembahkan diri kepada Tuan. Andai kata sebiji cawan diletakkan di luar selama setengah hari sewaktu hujan lebat, namun di dalam cawan itu tidak ada setitis air pun. Mengapakah begitu? Sebabnya cawan itu ditelungkupkan. Biarpun hujan mencurah, namun cawan itu tidak ada setitis air pun. Ada sesetengah orang yang sering meminta pemenuhan Roh Kudus namun mereka tidak pernah menerimanya. Apakah sebabnya? Jika kita menterbalikkan cawan itu, lantas cawan itu akan dipenuhi air. Jika kita tidak rela memalingkan hati kita untuk menghadap kepada Tuhan, sebaliknya selalu menghadap “ke bawah”, menghadap ke dunia, maka mustahil kita dipenuhi Roh Kudus.

Mustahil seseorang yang hatinya sama sekali menghadap ke dunia itu dipenuhi Roh Kudus dan menerima kurnia Tuhan. Namun begitu, jika dia memalingkan hatinya kepada Tuhan, dengan segera dia akan dipenuhi Roh Kudus. Bukan itu sahaja, jika seseorang ingin bersekutu dengan Tuhan dan sentiasa mempunyai hadirat-Nya, maka dia haruslah menjadi seorang yang mempersembahkan diri. Barang siapa yang tidak mempersembahkan diri tidak dapat bersekutu dengan Tuhan dan tidak mempunyai hadirat Tuhan. Oleh itu, jika kita hendak menikmati persekutuan dan hadirat Tuhan, kita haruslah menjadi seorang yang mempersembahkan diri.

Tuhan yang Hidup Meneguhkan Kita dalam Penderitaan
Menjadi Pencinta Yesus yang Gila
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Jason pada 2017-02-11
Mengalami Tuhan ialah sesuatu yang saintifik. Mustahil cawan yg menghadap ke arah ‘bawah’ dapat menerima air hujan yg mencurah dari atas. Mustahil juga seseorang yg menghadap ke dunia dapat dipenuhi Roh Kudus. Begitu juga hanya orang yang mempersembahkan diri, yakni memalingkan diri kepada Tuhan dapat mengalami-Nya yg kaya itu.