Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 5/5)
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 4/5)
PERASAAN HAYAT (Bahagian 1/3)
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 5/5)
2020-08-20 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (114)

Nota Editor:

“Dengan huni dalam kita hari ini, Kristus dari satu segi ialah hayat kita dan dari segi yang lain, Dia ialah harapan kemuliaan kita (Kol. 3:4; 1:27). Hari ini Dia huni dalam kita sebagai hayat bermaksud bahawa menerusi hayat Tuhan yang berada dalam-Nya, Dia menyebabkan kita bertumbuh menjadi serupa dengan Tuhan, bertumbuh sehingga dikonform kepada imej Tuhan, dan akhirnya bertumbuh ke dalam kemuliaan Tuhan.”

“Apabila Bible menyebut tentang Roh Kudus huni dalam kita, penekanannya ialah pengurapan-Nya dalam kita (1 Yoh. 2:27). Apabila Bible menyebut tentang Kristus huni dalam kita, penekanannya ialah Dia hidup dalam kita sebagai hayat kita (Gal. 2:20). Apabila Bible menyebut tentang Tuhan huni dalam kita, penekanannya ialah Dia beroperasi dalam kita (Flp. 2:13; Ibr. 13:21). Bible memberi perbezaan yang amat ketara tentang ketiga-tiga perkara ini.”

“Apa yang kita peroleh menerusi kelahiruan adalah begitu hebat, begitu tinggi, begitu kaya, dan begitu mulia...Kesemua ini betul-betul memadai bagi kita—memadai untuk menjadikan kita kudus dan rohani, memadai untuk menjadikan kita jayeng dan melangkau, dan memadai untuk membuat kita bertumbuh dan matang dalam hayat.”

PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN
(Bahagian 5/5)

(Pengetahuan Hayat, Bab 4)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Kol. 1:27b “Kristus dalam kamu, harapan kemuliaan.”

Kol. 3:4 “Apabila Kristus hayat kita termanifestasi, maka kamu juga akan dimanifestasikan bersama dengan-Nya dalam kemuliaan.”

Flp. 2:13 “Kerana Tuhanlah yang beroperasi dalam kamu supaya kamu berazam dan bekerja untuk kegirangan-Nya.”

VI. KRISTUS

Roma 8:9-10 menunjukkan kepada kita bahawa Roh Tuhan huni dalam kita bererti Roh Kristus huni dalam kita, dan Roh Kristus huni dalam kita bererti Kristus huni dalam kita. Ini menunjukkan kepada kita bahawa Roh Tuhan yang berada dalam kita itu ialah perjasadan Kristus. Oleh sebab kelahiruan membolehkan kita mendapat Roh Tuhan dalam kita, maka kelahiruan juga membolehkan kita mendapat Kristus dalam kita.

Sewaktu kita percaya, Tuhan mewahikan Kristus dalam kita menerusi Roh-Nya (Gal. 1:16). Oleh itu, sebaik sahaja kita menerima Kristus sebagai Penyelamat, Dia pun huni dalam kita sebagai Roh Tuhan (2 Kor. 13:5).

Apakah tujuan Kristus huni dalam kita? Tujuannya ialah menjadi hayat kita. Walaupun tujuan Kristus huni dalam kita adalah untuk menjadi segala-galanya bagi kita, namun sebab utama Dia huni dalam kita ialah menjadi hayat kita. 

Dalam penyelamatan-Nya, Tuhan melahirukan kita supaya kita menerima hayat-Nya, memiliki sifat-Nya, dan dengan itu menjadi benar-benar serupa dengan-Nya. Dia meletakkan hayat-Nya dalam Kristus untuk kita terima (Yoh. 1:4; 1 Yoh. 5:11, 12). Dengan kata lain, Dia mahu Kristus menjadi hayat kita (Yoh. 14:6; Kol. 3:4). Walaupun Roh-Nya yang meletakkan hayat-Nya dalam kita, dan walaupun Roh-Nya yang membolehkan kita mengenali, mengalami, dan menghidup keluar hayat-Nya, namun hayat-Nya ialah Kristus. Sungguhpun Dia membolehkan kita menerima, mengenali, dan mengalami hayat-Nya menerusi Roh-Nya, namun Dia menjadikan Kristus sebagai hayat kita. Menerusi Roh-Nya, Tuhan mewahikan Kristus dalam kita dengan tujuan hendak menjadikan Kristus sebagai hayat kita. Kristus huni dalam kita bermaksud Dia hidup dalam kita sebagai hayat kita (Gal. 2:20) dan Dia ingin menghidup keluar hayat-Nya daripada kita (2 Kor. 4:10-11). Dengan berbuat demikian, Dia mahu kita bertumbuh menjadi imej-Nya dan menjadi serupa dengan-Nya dalam hayat-Nya (2 Kor. 3:18). Apabila kita bertumbuh menjadi imej-Nya dan menjadi serupa dengan-Nya dalam hayat-Nya, kita bertumbuh menjadi imej Tuhan dan menjadi serupa dengan Tuhan kerana Dia ialah imej Tuhan (Kol. 1:15).

Sebelum ini, kita telah melihat bahawa hayat Tuhan ialah segala apanya Tuhan. Oleh itu, apabila Tuhan meletakkan hayat-Nya dalam Kristus, Dia meletakkan segala apanya Dia dalam Kristus. Kristus ialah inkarnasi Tuhan, perjasadan Tuhan. Segala apanya Tuhan dan segala kepenuhan Ketuhanan huni secara jasadi dalam Kristus (Kol. 2:9). Oleh itu, Kristus huni dalam kita membolehkan kita dipenuhi segala kepenuhan Tuhan (Ef. 3:17-19).

Kristus huni dalam kita sebagai hayat kita bukan sahaja membolehkan kita menikmati segala kepenuhan Tuhan pada hari ini, tetapi juga membolehkan kita masuk ke dalam kemuliaan Tuhan pada masa hadapan (Roma 8:17; Ibr. 2:10). Oleh yang demikian, dengan huni dalam kita hari ini, Kristus dari satu segi ialah hayat kita dan dari segi yang lain, Dia ialah harapan kemuliaan kita (Kol. 3:4; 1:27). Hari ini Dia huni dalam kita sebagai hayat bermaksud bahawa menerusi hayat Tuhan yang berada dalam-Nya, Dia menyebabkan kita bertumbuh menjadi serupa dengan Tuhan, bertumbuh sehingga dikonform kepada imej Tuhan, dan akhirnya bertumbuh ke dalam kemuliaan Tuhan.

VII. TUHAN

Kristus ialah perjasadan Tuhan. Oleh itu, memandangkan kelahiruan menyebabkan kita memperoleh Kristus, maka kelahiruan juga menyebabkan kita memperoleh Tuhan. Tambahan pula, Kristus ialah perjasadan Tuhan, dan Roh Kudus ialah realiti Kristus. Tuhan berada dalam Kristus, dan Kristus berada dalam Roh Kudus. Oleh itu, apabila kelahiruan menyebabkan kita memperoleh Roh Kudus, ini bukan sahaja menyebabkan kita memperoleh Kristus, tetapi juga menyebabkan kita memperoleh Tuhan.

Bermula dari masa Tuhan melahirukan kita, Dia huni dalam kita dalam Kristus menerusi Roh-Nya (Ef. 2:22). Dutus Yohanes mengatakan bahawa kita mengetahui Tuhan tinggal dalam kita melalui Roh Kudus yang diberi-Nya kepada kita (1 Yoh. 3:24; 4:13). Tuan Yesus juga mengatakan bahawa Dia dan Tuhan tinggal bersama-sama dalam kita (Yoh. 14:23). Oleh yang demikian, sama ada Roh Kudus atau Kristus yang huni dalam kita, Tuhanlah yang huni dalam kita. Tuhan berada dalam Kristus, dan Kristus berada dalam Roh Kudus. Dengan itu, Roh Kudus huni dalam kita bererti Kristus huni dalam kita, dan Kristus huni dalam kita bererti Tuhan huni dalam kita. Tuhan dalam Kristus huni dalam kita, dan Kristus dalam Roh Kudus huni dalam kita. Oleh itu, asalkan kita mempunyai Roh Kudus huni dalam kita, kita mempunyai Kristus dan Tuhan huni dalam kita. Roh Kudus, Kristus, dan Tuhan, ketiga-tiganya huni dalam kita sebagai satu. Ini bermaksud Tuhan Tritunggal huni dalam kita.

Akan tetapi, apabila Bible menyebut tentang Roh Kudus huni dalam kita, penekanannya ialah pengurapan-Nya dalam kita (1 Yoh. 2:27). Apabila Bible menyebut tentang Kristus huni dalam kita, penekanannya ialah Dia hidup dalam kita sebagai hayat kita (Gal. 2:20). Apabila Bible menyebut tentang Tuhan huni dalam kita, penekanannya ialah Dia beroperasi dalam kita (Flp. 2:13; Ibr. 13:21). Bible memberi perbezaan yang amat ketara tentang ketiga-tiga perkara ini. Berkenaan Roh Kudus huni dalam kita, Bible mengatakan “mengurap”; berkenaan Kristus huni dalam kita, Bible mengatakan “hidup”; dan berkenaan Tuhan huni dalam kita, Bible mengatakan “beroperasi”. Bible tidak pernah mengatakan bahawa Kristus atau Tuhan mengurapi kita, Roh Kudus atau Tuhan hidup dalam kita, mahupun Roh Kudus atau Kristus beroperasi dalam kita. Bible hanya mengatakan bahawa Roh Kudus mengurapi kita, Kristus hidup dalam kita, dan Tuhan beroperasi dalam kita. Ketiga-tiga pernyataan ini tidak boleh ditukar ganti. “Mengurap” berkaitan dengan Roh Kudus sebagai minyak urapan dalam kita, “hidup” berkaitan dengan Kristus sebagai hayat dalam kita, dan “beroperasi” berkaitan dengan Tuhan bekerja dalam kita.

Roh Kudus huni dalam kita sebagai minyak urapan, maka apa yang dilakukan-Nya dalam kita ialah mengurap. Kristus huni dalam kita sebagai hayat, maka apa yang dilakukan-Nya dalam kita ialah hidup. Tuhan huni dalam kita adalah untuk bekerja, maka apa yang dilakukan-Nya dalam kita ialah beroperasi. Dengan mengurapi kita, Roh Kudus mengurapkan elemen Tuhan ke dalam kita. Dengan hidup dalam kita, Kristus menghidup keluar hayat Tuhan dalam kita dan daripada kita. Dengan beroperasi dalam kita, Tuhan menggarapkan kehendak-Nya ke dalam kita supaya kehendak-Nya dapat disempurnakan pada diri kita. 

Oleh itu, kita harus melihat bahawa apa yang kita peroleh menerusi kelahiruan adalah begitu hebat, begitu tinggi, begitu kaya, dan begitu mulia. Menerusi kelahiruan, kita memperoleh hayat Tuhan dan hukum hayat ini. Menerusi kelahiruan, kita mendapat hati baru dan roh baru. Menerusi kelahiruan, kita lebih-lebih lagi beroleh Roh Kudus, Kristus, dan Tuhan sendiri. Kesemua ini betul-betul memadai bagi kita—memadai untuk menjadikan kita kudus dan rohani, memadai untuk menjadikan kita jayeng dan melangkau, dan memadai untuk membuat kita bertumbuh dan matang dalam hayat.

PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 4/5)
PERASAAN HAYAT (Bahagian 1/3)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Nikos Ling pada 2020-08-20
Tuan Yesus, bukalah mata hati kita agar kami mengetahui apa yang kami peroleh menerusi kelahiruan adalah begitu hebat, begitu tinggi, begitu kaya, dan begitu mulia. Hayat-Mu membolehkan kami menjalani kehidupan kudus, rohani dan jayeng. Engkau adalah harapan kemuliaan kami.