Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 2/5)
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 1/5)
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 3/5)
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 2/5)
2020-08-17 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (111)

Nota Editor:

“Memandangkan kelahiruan memberi kita hayat Tuhan, maka kelahiruan juga memberi kita hukum hayat. Oleh sebab hayat Tuhan masuk ke dalam kita, maka hukum hayat yang terkandung dalam hayat ini juga dibawa ke dalam kita.”

“Setiap jenis hayat mempunyai keupayaannya yang semula jadi, iaitu fungsi sejadinya. Fungsi sejadi bagi setiap jenis hayat ialah hukum sejadinya atau hukum hayatnya...Begitu juga, hayat Tuhan mempunyai keupayaan divinnya, iaitu fungsi sejadinya yang divin. Dan fungsi sejadi bagi hayat Tuhan ialah hukum sejadi bagi hayat Tuhan atau hukum hayat.”

“Hukum hayat yang dibawa oleh hayat Tuhan ke dalam kita ialah hukum-hukum yang disebut dalam Ibrani 8:10, iaitu hukum-hukum yang diletakkan Tuhan ke dalam minda kita dan ditulis-Nya pada hati kita...Hukum yang tertulis pada loh hati kita ialah hukum dalaman, hukum hayat, hukum hidup, dan hukum yang berkudrat. Hukum-hukum ini bukan sahaja membolehkan kita mengenali hasrat hati Tuhan dan mematuhi kehendak-Nya, tetapi juga membolehkan kita mengenali Tuhan sendiri dan menghidup keluar Tuhan sendiri.”

Yehezkiel 36:26 memberitahu kita bahawa semasa Tuhan menyucikan kita, iaitu menyelamatkan kita atau melahirukan kita, Dia memberi kita hati baru. Sehubungan itu, menurut ajaran Bible, kelahiruan juga memberi kita hati baru...Hati baru bererti hati lama telah menjadi baru; hati baru terhasil daripada hati lama kita yang diperbarui. Tuhan memberi kita hati baru bermaksud Tuhan memperbarui hati lama kita.”

“Hati kita ialah organ kita yang cenderung kepada sesuatu dan mengasihi sesuatu; hati kita mewakili diri kita dalam aspek kecenderungan, kasih, kesukaan, dan keinginan kita terhadap sesuatu...Oleh itu, ketika Tuhan melahirukan kita, Dia memperbarui hati kita dan menjadikan hati kita satu hati baru yang mempunyai kecenderungan baru, kasih baru, kesukaan baru, dan keinginan baru. Dengan demikian, sebaik sahaja kita dilahirukan dan diselamatkan, hati kita cenderung kepada Tuhan, mengasihi Tuhan, dan mengingini Tuhan; terhadap hal-hal Tuhan, hal-hal rohani, dan hal-hal syurgawi, hati kita juga menyukainya dan mengingininya. Setiap kali hal-hal ini disebut, hati kita bergirang, ada respons, dan penuh keinginan.”

PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN
(Bahagian 2/5)

(Pengetahuan Hayat, Bab 4)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Roma 8:2 “Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.”

Yeh. 36:26 “Aku juga akan memberi kamu hati baru, dan Aku akan meletakkan roh baru dalammu; Aku akan menyingkirkan hati batu daripada tubuh dagingmu, dan Aku akan memberi kamu hati daging.”

Ibr. 8:10 “Kerana inilah waadah yang akan Kuwaadkan dengan kaum Israel selepas hari-hari itu, sabda Tuan: Aku akan menaruh hukum-hukum-Ku ke dalam minda mereka, dan akan menulis hukum-hukum ini pada hati mereka; Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.”

II. HUKUM HAYAT

Memandangkan kelahiruan memberi kita hayat Tuhan, maka kelahiruan juga memberi kita hukum hayat. Oleh sebab hayat Tuhan masuk ke dalam kita, maka hukum hayat yang terkandung dalam hayat ini juga dibawa ke dalam kita.

Setiap jenis hayat mempunyai keupayaannya yang semula jadi, iaitu fungsi sejadinya. Fungsi sejadi bagi setiap jenis hayat ialah hukum sejadinya atau hukum hayatnya. Apabila suatu hayat masuk ke dalam sejenis makhluk, hayat ini menyebabkan makhluk tersebut memiliki hukum sejadinya atau hukum hayatnya. Begitu juga, hayat Tuhan mempunyai keupayaan divinnya, iaitu fungsi sejadinya yang divin. Dan fungsi sejadi bagi hayat Tuhan ialah hukum sejadi bagi hayat Tuhan atau hukum hayat. Apabila hayat Tuhan masuk ke dalam kita, hayat ini membawa hukum sejadi yang terkandung dalamnya itu ke dalam kita, dan hukum ini menjadi hukum hayat dalam kita. Oleh yang demikian, sebaik sahaja hayat Tuhan masuk ke dalam kita, hukum hayat yang terkandung dalam hayat ini juga masuk ke dalam kita. Memandangkan hayat Tuhan ialah sesuatu yang kita peroleh menerusi kelahiruan, maka hukum hayat yang dibawa bersama dengannya juga sesuatu yang kita peroleh menerusi kelahiruan.

Kita telah melihat dalam bab satu bahawa dalam hayat Tuhan terkandungnya sifat Tuhan dan tersembunyinya kepenuhan Tuhan. Oleh itu, hukum yang terkandung dalam hayat Tuhan ini ialah hukum yang serasi dengan Tuhan sendiri, dengan apanya Tuhan, dan dengan sifat Tuhan. Oleh yang demikian, hukum ini hukum Tuhan sendiri. Apabila hayat Tuhan membawa hukumnya ke dalam kita, ini juga bermaksud bahawa hayat Tuhan membawa hukum Tuhan ke dalam kita.

Hukum hayat yang dibawa oleh hayat Tuhan ke dalam kita ialah hukum-hukum yang disebut dalam Ibrani 8:10, iaitu hukum-hukum yang diletakkan Tuhan ke dalam minda kita dan ditulis-Nya pada hati kita. Hukum-hukum ini berbeza daripada hukum Wasiat Lama. Hukum Wasiat Lama ialah hukum Tuhan yang ditulis Tuhan dengan huruf pada loh batu di luar manusia (Kel. 34:1, 28). Hukum hayat pula ialah hukum Tuhan yang ditulis Tuhan dengan hayat-Nya pada loh hati dalam kita. Hukum yang tertulis pada loh batu ialah hukum luaran, hukum huruf, hukum mati, dan hukum yang tidak mempunyai kudrat; hukum-hukum ini tidak dapat menyempurnakan apa-apa atas manusia (Roma 8:3; Ibr. 7:18-19). Hukum yang tertulis pada loh hati kita ialah hukum dalaman, hukum hayat, hukum hidup, dan hukum yang berkudrat. Hukum-hukum ini bukan sahaja membolehkan kita mengenali hasrat hati Tuhan dan mematuhi kehendak-Nya, tetapi juga membolehkan kita mengenali Tuhan sendiri dan menghidup keluar Tuhan sendiri.

Hukum sejadi yang terkandung dalam apa jua jenis hayat biasanya membolehkan makhluk itu tahu secara spontan bagaimana hidup dan bagaimana bertindak; oleh itu, hukum ini menjadi hukum hidup dalam makhluk tersebut. Mari kita ambil contoh seekor ayam betina: Cara ayam betina ini hidup dan bertelur ialah hukum sejadi yang terkandung dalam hayat ayam betina; hukum ini membolehkan ayam betina mengetahui hal-hal ini secara spontan lalu menghidup keluar hal-hal ini. Manusia tidak perlu memberi sebarang hukum luaran kepada ayam betina itu. Hukum sejadi yang terkandung dalam hayatnya ialah hukum hidup yang terdapat dalamnya. Hukum ini secara spontan membuat ayam betina tahu bahawa ia harus hidup secara ini dan membolehkan ia hidup secara ini.

Begitu juga, hukum sejadi yang terkandung dalam hayat Tuhan di dalam kita, iaitu keupayaan sejadinya, juga membolehkan kita mengetahui dengan spontan bagaimana Tuhan hendak kita bertindak dan berperilaku, bagaimana kita dapat diperkenan-Nya, dan bagaimana kita dapat menghidup keluar diri-Nya. Sama ada sesuatu itu berpadanan dengan sifat Tuhan atau bertentangan dengan sifat Tuhan, sama ada sesuatu itu apa yang diingini Tuhan atau tidak diingini Tuhan untuk kita lakukan, keupayaan sejadi atau hukum sejadi bagi hayat Tuhan membolehkan kita mengetahuinya, iaitu memberi kita perasaan terhadap hal-hal ini. Dengan demikian, keupayaan sejadi atau hukum sejadi bagi hayat Tuhan ini menjadi hukum dalaman kita. 

Oleh sebab hukum yang tertulis dalam kita ini ialah keupayaan sejadi dan hukum sejadi bagi hayat Tuhan, maka Bible memanggil hukum ini sebagai “hukum”. “Hukum Roh hayat” yang disebut dalam Roma 8:2 ialah hukum hayat yang ada dalam kita. Oleh sebab hukum ini berasal daripada hayat Tuhan, dan hayat Tuhan pula berasaskan Roh Tuhan dan tidak dapat diasingkan daripada Roh Tuhan, maka Roma 8 memanggil hukum ini sebagai “hukum Roh hayat”. Hayat Tuhan ada dalam Roh Tuhan dan bergabung dengan Roh Tuhan; Roh Tuhan mengandungi hayat Tuhan dan merupakan Roh hayat Tuhan. Memandangkan hukum ini berasal daripada hayat Tuhan, maka hukum ini berasal daripada Roh hayat Tuhan. Oleh sebab hukum ini ialah hukum hayat Tuhan, maka hukum ini juga hukum Roh hayat Tuhan.

Hayat Tuhan berkudrat, dan Roh Tuhan juga berkudrat. Memandangkan hukum Roh hayat ini berasal daripada hayat Tuhan yang berkudrat dan Roh Tuhan yang berkudrat, maka hukum Roh hayat ini juga berkudrat. Kita boleh mengatakan bahawa hayat Tuhan dalam kita ialah sumber hukum ini, dan Roh Tuhan dalam kita ialah pelaksana hukum ini. Oleh yang demikian, hukum dalam kita ini terutamanya kuat dan perkasa; hukum ini bukan sahaja membolehkan kita mempunyai pengetahuan divin, tetapi juga membolehkan kita mempunyai kudrat divin. Sebaik sahaja kita dilahirukan dan mempunyai hayat Tuhan, Tuhan mahu kita menjadi umat-Nya dan hidup dalam-Nya menurut hukum yang terutamanya kuat dan perkasa ini, iaitu hukum yang berkudrat ini. Selepas kita diselamatkan, Tuhan mahu kita hidup dalam hayat-Nya dan juga menghidup keluar hayat-Nya menurut hukum yang terdapat dalam kita ini, yakni hukum hayat ini, hukum yang hidup ini.

III. HATI BARU

Yehezkiel 36:26 memberitahu kita bahawa semasa Tuhan menyucikan kita, iaitu menyelamatkan kita atau melahirukan kita, Dia memberi kita hati baru. Sehubungan itu, menurut ajaran Bible, kelahiruan juga memberi kita hati baru.

Apakah itu hati baru? Hati baru bererti hati lama telah menjadi baru; hati baru terhasil daripada hati lama kita yang diperbarui. Tuhan memberi kita hati baru bermaksud Tuhan memperbarui hati lama kita. Selepas Yehezkiel 36:26 mengatakan bahawa Tuhan memberi kita hati baru, ayat ini seterusnya mengatakan bahawa Dia menyingkirkan hati batu kita dan memberi kita hati daging. Daripada ayat ini, kita dapat melihat bahawa Tuhan memberi kita hati baru dengan memperbarui hati lama kita.

Pada asalnya, hati kita menentang Tuhan, tidak mahu Tuhan, dan keras seperti batu terhadap Tuhan; lantaran itu, hati kita menjadi “hati batu”. Semasa Roh Kudus melahirukan kita, Dia menyebabkan hati kita bertaubat atas dosa dan menjadi lembut terhadap Tuhan. Dengan demikian, selepas kita dilahirukan, hati batu kita menjadi “hati daging”. Hati batu yang keras itu ialah hati lama yang kita miliki; hati daging yang lembut ini ialah hati baru yang diberikan Tuhan kepada kita. Ini bermaksud bahawa ketika kita dilahirukan, Tuhan memperbarui hati lama kita dan menjadikannya lembut.

Hati kita ialah organ kita yang cenderung kepada sesuatu dan mengasihi sesuatu; hati kita mewakili diri kita dalam aspek kecenderungan, kasih, kesukaan, dan keinginan kita terhadap sesuatu. Segala kecenderungan, kasih, kesukaan dan keinginan kita ialah fungsi hati kita. Sebelum kita dilahirukan, hati kita cenderung kepada dosa, mengasihi dunia, dan menghasratkan hal-hal yang bernafsu; namun terhadap Tuhan, hati kita dingin dan keras serta tidak cenderung kepada-Nya dan tidak mengasihi-Nya; terhadap hal-hal Tuhan dan hal-hal rohani pula, hati kita tidak menyukainya, malah tidak mengingininya. Oleh itu, ketika Tuhan melahirukan kita, Dia memperbarui hati kita dan menjadikan hati kita satu hati baru yang mempunyai kecenderungan baru, kasih baru, kesukaan baru, dan keinginan baru. Dengan demikian, sebaik sahaja kita dilahirukan dan diselamatkan, hati kita cenderung kepada Tuhan, mengasihi Tuhan, dan mengingini Tuhan; terhadap hal-hal Tuhan, hal-hal rohani, dan hal-hal syurgawi, hati kita juga menyukainya dan mengingininya. Setiap kali hal-hal ini disebut, hati kita bergirang, ada respons, dan penuh keinginan. 

Dikbang dan dikkak sekalian, adakah kamu melihat ini? Tuhan memperbarui hati kita dan memberi kita hati baru sewaktu kita dilahirukan kerana Dia mahu kita cenderung kepada-Nya, mendambakan-Nya, mengingini-Nya, dan mengasihi-Nya. Sebelum ini, kita tidak mengasihi-Nya dan tidak dapat mengasihi-Nya kerana hati kita itu lama dan keras. Sekarang, Dia telah memperbarui, melembutkan, dan memalingkan hati kita, dengan itu kita dapat dan sudi mengasihi-Nya. Memandangkan hati kita telah diperbarui dan menjadi hati baru, maka hati kita mempunyai fungsi baru. Fungsi baru ini ialah hati kita dapat cenderung kepada Tuhan serta mengasihi Tuhan dan hal-hal Tuhan.

Oleh sebab kelahiruan memberi kita hati baru, maka kelahiruan membolehkan kita mempunyai kecenderungan dan kasih baru, kesukaan dan keinginan baru. Kecenderungan, kasih, kesukaan, dan keinginan baru ini ditujukan kepada Tuhan dan hal-hal Tuhan. Inilah fungsi hati baru; inilah juga tujuan Tuhan memberi kita hati baru. (bersambung...)

PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 1/5)
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 3/5)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Nikos Ling pada 2020-08-17
Puji Tuan! Melalui kelahiruan, kita mempunyai satu hati baru yang mempunyai kecenderungan baru, kasih baru, kesukaan baru, dan keinginan baru. Semoga Tuan melindungi hati kita sentiasa mengasihi-Nya, mengingini-Nya, dan setiap kali hal-hal syurgawi disebut, hati kita bergirang, ada respons, dan penuh keinginan terhadapnya.