Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Tuhan Perbezaan antara Tuhan yang hidup dengan Tuhan kebangkitan
Mari Mengenali Gelaran Tuhan (3)—Yehova
Perbezaan antara Tuhan yang hidup dengan Tuhan kebangkitan
2019-10-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Tuhan yang hidup dan Tuhan kebangkitan mempunyai perbezaannya. Sebelum Tuhan melalui kematian dan kebangkitan, Dia hanyalah Tuhan yang hidup; dalam-Nya tidak ada elemen manusia. Pada waktu itu, manusia ialah manusia di bumi, dan Tuhan ialah Tuhan di syurga. Walau bagaimanapun, selepas Dia melalui maut dan bangkit daripada maut, berlakulah satu perkara yang penuh misteri. Perkara yang penuh misteri ini ialah Tuhan dan manusia berbaur sepenuhnya menjadi satu. Inkarnasi merupakan pembauran Tuhan dan manusia, namun inkarnasi adalah berkenaan Tuhan masuk ke dalam manusia. Pada masa itu, kita boleh mengatakan bahawa di bumi terdapat seorang manusia yang mempunyai Tuhan di dalam-Nya. Inkarnasi membawa Tuhan ke dalam manusia, dan membawa Tuhan kepada manusia.

Apabila Tuan bangkit daripada yang mati, Dia membawa manusia ke dalam Tuhan, dan membawa manusia kepada Tuhan. Oleh yang demikian, sejak Tuan mati dan bangkit, di syurga terdapat seorang manusia, dan manusia ini berada dalam Tuhan. Selepas Tuan bangkit, Dia memberitahu disipal-disipal, “Roh tidak mempunyai daging dan tulang, seperti yang kamu lihat ada pada-Ku” (Luk. 24:39). Ini membuktikan bahawa Tuan masih seorang manusia selepas kebangkitan-Nya. Oleh itu, melalui Tuan bangkit dan naik ke syurga, Dia membawa manusia ke dalam Tuhan.

Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan yang hidup tidak memiliki sifat manusia tetapi Tuhan kebangkitan memiliki sifat manusia. Tuhan yang hidup hanya memiliki elemen Tuhan, tetapi Tuhan kebangkitan memiliki elemen Tuhan dan juga elemen manusia. Oleh itu, Tuhan ialah Tuhan kebangkitan bukan sahaja kerana Dia telah melepasi ujian dan mengatasi maut, tetapi juga kerana elemen manusia telah ditambah kepada-Nya; Dia kini memiliki elemen Tuhan dan juga elemen manusia. Dalam Tuhan kebangkitan, manusia dan Tuhan, Tuhan dan manusia, telah berbaur sepenuhnya. Dalam Tuhan kebangkitan, manusia berada dalam Tuhan dan Tuhan juga berada dalam manusia; kedua-duanya berbaur sepenuh menjadi satu.

Tuhan yang hidup itu hidup di syurga dan dalam sekitaran manusia. Namun Tuhan kebangkitan mengambil langkah yang lebih lanjut: Dia hidup dalam manusia. Pada zaman dahulu, sewaktu orang Israel berada di gurun tandus, mereka mengalami Tuhan yang melakukan pelbagai mukjizat bagi mereka. Tuhan yang dialami mereka itu sekadar Tuhan yang hidup. Akan tetapi, hari ini Tuhan orang Kristian ialah Tuhan yang hidup dalam kita, maka Tuhan yang kita alami ialah Tuhan kebangkitan. Bagi banyak orang Kristian, asalkan Tuhan melakukan sesuatu bagi mereka dalam sekitaran dan membolehkan mereka mengalami Tuhan yang hidup, mereka sudah berpuas hati! Sebenarnya dalam penyelamatan Tuhan, Dia ingin lebih-lebih lagi huni dalam kita supaya kita dapat mengalami Dia sebagai Tuhan kebangkitan. Dia bukan sahaja dapat melakukan sesuatu untuk kita di luar, menyelesaikan masalah kita, malah Dia dapat berada dalam kita, hidup bersama dengan kita, untuk mengatasi maut dan segala faktor maut.

Mari Mengenali Gelaran Tuhan (3)—Yehova
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)