Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian PERASAAN HAYAT (Bahagian 1/3)
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 5/5)
PERASAAN HAYAT (Bahagian 2/3)
PERASAAN HAYAT (Bahagian 1/3)
2020-08-21 | 2 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (115)

Nota Editor:

“Bagi kita, perasaan hayat sangat subjektif, peribadi, dan praktikal. Oleh itu, jika kita ingin mempunyai pengejaran dalam hayat, maka kita perlu memberi perhatian kepada perasaan hayat ini dan betul-betul mengenalinya. Semua orang yang mempunyai pengalaman hayat mengetahui bahawa perasaan hayat dan pengalaman hayat mempunyai hubungan yang dalam. Oleh itu, sekiranya kita ingin melihat subjek tentang pengetahuan hayat, maka kita harus melihat perkara tentang perasaan hayat.”

“Perasaan maut menyebabkan kita merasakan unsur kematian. Unsur kematian ialah kelemahan, kekosongan, kemurungan, kegelapan, dan kesengsaraan. Maut merangkumi sekurang-kurangnya lima unsur ini. Apabila lima jenis unsur ini dicampurkan, semua ini hampir bersamaan dengan maut...Bila-bila masa kita meletakkan minda pada tubuh daging, dengan serta-merta kita akan mempunyai perasaan maut.”

“Perasaan hayat betul-betul bertentangan dengan perasaan maut. Perasaan maut menyebabkan kita berasa lemah dan kosong, manakala perasaan hayat menyebabkan kita berasa kuat dan puas. Perasaan maut menyebabkan kita berasa murung, gelap, dan sengsara; perasaan hayat pula menyebabkan kita berasa cergas, terang, dan selesa. Oleh sebab perasaan hayat menyebabkan kita berasa kuat, puas, cergas, terang, dan selesa, maka perasaan hayat juga menyebabkan kita mempunyai perasaan damai sejahtera, iaitu berasa tenang dan senang hati.”

PERASAAN HAYAT
(Bahagian 1/3)

(Pengetahuan Hayat, Bab 5)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Roma 8:6 “Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah maut, tetapi minda diletakkan pada roh ialah hayat dan damai sejahtera.”

Kita telah melihat apa itu hayat dan apa itu pengalaman hayat. Kita juga telah melihat pengalaman hayat yang pertama, iaitu kelahiruan, dan pelbagai butir yang diperoleh menerusi kelahiruan. Setelah kita melihat semua ini, sekarang kita boleh datang kepada hal berkenaan perasaan hayat.

Bagi kita, perasaan hayat sangat subjektif, peribadi, dan praktikal. Oleh itu, jika kita ingin mempunyai pengejaran dalam hayat, maka kita perlu memberi perhatian kepada perasaan hayat ini dan betul-betul mengenalinya. Semua orang yang mempunyai pengalaman hayat mengetahui bahawa perasaan hayat dan pengalaman hayat mempunyai hubungan yang dalam. Oleh itu, sekiranya kita ingin melihat subjek tentang pengetahuan hayat, maka kita harus melihat perkara tentang perasaan hayat.

I. ASAS BIBLE

Walaupun Bible tidak menyebut tentang perasaan hayat secara terang-terang, namun sebenarnya Bible berbicara tentang perkara ini. Roma 8:6 berkata, “Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah maut, tetapi minda diletakkan pada roh ialah hayat dan damai sejahtera.” Ayat ini berbicara dengan jelas sekali tentang perasaan hayat kerana “damai sejahtera” yang disebut di sini jelas merupakan perkara perasaan. “Damai sejahtera” ini bukan merujuk kepada persekitaran luaran tetapi merujuk kepada keadaan dalaman, maka sama sekali merupakan perkara perasaan. Memandangkan “damai sejahtera” yang disebut di sini merupakan perkara perasaan, maka “maut” dan “hayat” yang disebut di sini juga merupakan perkara perasaan.

Perasaan maut menyebabkan kita merasakan unsur kematian. Unsur kematian ialah kelemahan, kekosongan, kemurungan, kegelapan, dan kesengsaraan. Maut merangkumi sekurang-kurangnya lima unsur ini. Apabila lima jenis unsur ini dicampurkan, semua ini hampir bersamaan dengan maut. Maut menyebabkan manusia menjadi lemah; apabila manusia menjadi lemah sehingga tahap penghujung, mereka mati. Maut menyebabkan manusia berasa kosong kerana maut menamatkan segala-galanya. Maut menyebabkan manusia berasa murung dan bersedih hati; orang yang paling murung dan diam ialah orang mati. Maut juga menyebabkan manusia berasa gelap; orang yang paling gelap ialah orang yang telah masuk ke dalam maut. Pada masa yang sama, maut turut menyebabkan manusia berasa sengsara; orang yang paling sengsara ialah orang yang jatuh ke dalam maut. Semua ini unsur kematian, maka merasakan semua ini bererti merasakan maut.

Perasaan maut ini adalah disebabkan minda diletakkan pada tubuh daging. Bila-bila masa kita meletakkan minda pada tubuh daging, dengan serta-merta kita akan mempunyai perasaan maut. Sebagai contoh, pada Hari Tuan, jika kamu meletakkan minda pada tubuh daging buat seketika pada waktu tengah hari, maka apabila kamu datang ke perhimpunan pemecahan roti pada waktu petang, kamu akan berasa lemah di dalam dan tidak dapat bangkit. Pada masa yang sama, kamu juga berasa kosong, murung, dan mungkin berasa gelap dan sengsara. Semua perasaan ini perasaan maut. Kadangkala kamu berasa bahawa perasaan ini lebih berat, kadangkala perasaan itu lebih berat, dan kadangkala beberapa jenis perasaan itu sama-sama berat. Walau bagaimanapun, kita merasakan maut kerana kita meletakkan minda pada tubuh daging.

Perasaan hayat betul-betul bertentangan dengan perasaan maut. Perasaan maut menyebabkan kita berasa lemah dan kosong, manakala perasaan hayat menyebabkan kita berasa kuat dan puas. Perasaan maut menyebabkan kita berasa murung, gelap, dan sengsara; perasaan hayat pula menyebabkan kita berasa cergas, terang, dan selesa. Oleh sebab perasaan hayat menyebabkan kita berasa kuat, puas, cergas, terang, dan selesa, maka perasaan hayat juga menyebabkan kita mempunyai perasaan damai sejahtera, iaitu berasa tenang dan senang hati.

Kita harus menyedari bahawa hal-hal yang disebut dalam Roma 8:6 bertentangan dengan satu sama lain. Tubuh daging bertentangan dengan roh, dan maut bertentangan dengan hayat dan damai sejahtera. Maut bukan sahaja bertentangan dengan hayat, tetapi juga bertentangan dengan damai sejahtera. Oleh itu, maut bukan sahaja termasuk kelemahan, kekosongan, kemurungan, dan kegelapan, tetapi juga termasuk kesengsaraan. Kelemahan, kekosongan, kemurungan, dan kegelapan bertentangan dengan hayat, manakala kesengsaraan pula bertentangan dengan damai sejahtera.

Perasaan maut terhasil daripada minda diletakkan pada tubuh daging, manakala perasaan hayat dan damai sejahtera terhasil daripada minda diletakkan pada roh. Apabila kita hidup dalam roh, menurut roh, dan meletakkan minda pada roh, kita berasa kuat dan puas di dalam. Pada masa yang sama, kita juga berasa cergas, terang, selesa, dan tenang. Sebagai contoh, kalau Roh Kudus memberi kamu suatu perasaan dan kamu mengendahkannya dan mematuhinya, maka kamu tentu berasa kuat dan puas di dalam. Pada masa yang sama, kamu tentu juga berasa cergas, terang, selesa, dan tenang. Dengan demikian, kamu akan mempunyai perasaan hayat dan damai sejahtera kerana kamu meletakkan minda pada roh.

Roma 8:6 menyebut tentang perasaan hayat kerana ayat-ayat sebelumnya menyebut tentang tiga perkara: Roh, hayat, dan hukum hayat. Roh berada dalam kita dan menjadi satu roh dengan roh kita; hayat terangkum dalam Roh sebagai isi kandungan Roh; dan hukum ialah kebolehan dan fungsi sejadi bagi hayat. Ketiga-tiga ini bergabung bersama menjadi hukum Roh hayat yang bertanggungjawab atas semua perkara hayat dalam kita, dengan memberi perasaan kepada kita pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Jika kita meletakkan minda pada roh dan bergerak-hidup menurut roh, hukum ini akan memberi kita perasaan hayat dan damai sejahtera. Merasakan hayat bererti berasa kuat, puas, cergas, terang, dan segar. Merasakan damai sejahtera bererti berasa selesa, tenang, sentosa, dan senang hati. Jika kita meletakkan minda pada tubuh daging dan bergerak-hidup menurut tubuh daging, maka hukum ini akan memberi kita perasaan maut, yakni kita akan berasa lemah, kosong, murung, gelap, dan sengsara.

Oleh itu, apa yang disebut dalam Roma 8:6 sama sekali ialah perkara perasaan. Perasaan ini diberikan kepada kita oleh hukum Roh hayat. Memandangkan hukum Roh hayat ini kepunyaan hayat, maka perasaan yang diberinya juga kepunyaan hayat. Oleh itu, memandangkan perasaan yang disebut dalam Roma 8:6 diberikan kepada kita oleh hukum ini, maka perasaan ini kepunyaan perasaan hayat. (bersambung...)

PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 5/5)
PERASAAN HAYAT (Bahagian 2/3)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
2 Komen / Perkongsian
Nikos Ling pada 2020-08-21
Semoga kita sentiasa melatih meletakan minda kita pada roh dalam setiap aspect dalam kehidupan kita agar kita mempunyai perasaan damai sejahtera, iaitu berasa tenang dan senang hati.
Dades,Mary Ann Yepez pada 2020-10-02
Amen..Puji Tuan