Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Penyelamatan Penuh untuk Kamu
Kurniaan, Bukan Ganjaran
Terima Kurniaan Tuhan Sekarang!
Penyelamatan Penuh untuk Kamu
2021-04-21 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

21 April 2021

Penyelamatan Penuh untuk Kamu

Bacaan Bible:

Ibrani 7:25a  Oleh itu juga, Dia berupaya menyelamatkan ke tahap sempurna mereka yang datang ke hadapan kepada Tuhan menerusi-Nya...

Petikan Bacaan: 

    Kamu mungkin sedang mencari jalan untuk mengatasi cubaan. Kamu mungkin sedang memikirkan bagaimana kamu dapat mengatasi sifat pemarah kamu. Kamu mungkin sedang mencari jalan untuk mengatasi kesombongan kamu. Kamu mungkin sedang memikirkan bagaimana kamu dapat mengatasi kecemburuan kamu. Kamu telah banyak berusaha namun setiap kali kamu putus asa. Saya mempunyai injil buat kamu, iaitu: Kelembuthalusan Tuan Yesus adalah percuma untuk kamu. Kekudusan Tuan Yesus adalah percuma buat kamu. Doa Tuan Yesus adalah percuma buat kamu. Segala-gala kepunyaan Tuan Yesus adalah percuma untuk kamu. Sebaik sahaja kamu menerima Tuan Yesus, segala-gala yang dimiliki Tuan Yesus juga menjadi milik kamu. Haleluya! Bukankah ini injil? Kamu mungkin berfikir bahawa kamu perlu banyak berusaha supaya dapat berdoa tanpa henti. Kamu mungkin menyangka bahawa kamu perlu gigih berusaha untuk memiliki persekutuan yang tidak terhalang dengan Tuhan. Selain itu, dari segi negatif, kamu mungkin menyangka bahawa kamu perlu giat berusaha supaya tidak berbuat dosa. Kamu mungkin berfikir kamu perlu banyak berusaha agar kamu tidak melepaskan kemarahan. Kamu dapat mengaku dosa, namun kamu tidak dapat tidak berbuat dosa. Kamu mungkin selalu berbohong. Walaupun telah banyak mencuba hendak mengubahnya, namun kamu masih berbohong. Saya telah bertemu dengan banyak dikbang dan dikkak yang mengatakan mereka sememangnya tidak mahu berbohong namun mereka tidak dapat mengubah tabiat itu. Sebaik sahaja mereka bercakap, kata-kata bohong keluar daripada mulut mereka. Hari ini saya ada injil untuk kamu! Tuhan telah mengurniakan kekudusan Tuan Yesus, kesabartahanan Tuan Yesus, kesempurnaan Tuan Yesus, kasih Tuan Yesus, dan kesetiaan Tuan Yesus kepada kamu secara percuma. Kepada sesiapa yang menghendakinya, Tuhan akan memberikan secara percuma. Tuhan menghadiahkan kepada kamu persekutuan intim yang dinikmati Kristus dengan Tuhan, kehidupan kudus Kristus, dan keindahan kesempurnaan-Nya. Inilah kurniaan. Jika kamu ingin jayeng melalui diri kamu, kamu tidak akan berubah biarpun kamu mencuba selama dua puluh tahun. Sifat pemarah kamu tidak akan bertambah baik, dan kesombongan kamu masih akan ada pada kamu. Kamu masih akan kekal sama selepas dua puluh tahun. Walau bagaimanapun, Tuhan telah menyediakan penyelamatan penuh untuk kamu. Penyelamatan ini menjadikan kesabartahanan Kristus kesabartahanan kamu, kekudusan Kristus kekudusan kamu, dan persekutuan Kristus dengan Tuhan sebagai persekutuan kamu dengan Tuhan. Penyelamatan ini menjadikan semua virtu Kristus sebagai virtu kamu. Haleluya! Inilah penyelamatan yang disediakan Tuhan! Inilah kurniaan Tuhan kepada kita secara percuma!

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 41-42 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Kurniaan, Bukan Ganjaran
Terima Kurniaan Tuhan Sekarang!
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)