Matius 24:14 …Injil kingdom ini akan diberitakan di seluruh bumi yang berhuni sebagai kesaksian bagi semua bangsa; kemudian keakhiran itu akan tiba.
Injil kingdom yang merangkumi injil kurnia (Kis. 20:24) bukan sahaja membawa orang ke dalam penyelamatan Tuhan tetapi juga ke dalam kingdom syurga-syurga (Wahi 1:9)…[dan] menekankan pemerintahan syurgawi Tuhan dan kuasa Tuan. Injil kingdom ini akan diberitakan di seluruh bumi sebagai kesaksian bagi semua bangsa sebelum akhir zaman ini. Oleh itu, pemberitaan yang dilambangkan oleh kuda putih daripada meterai pertama dalam Wahi 6:1-2 akan menjadi tanda kesudahan zaman ini. (Mat. 24:14, nota kaki 1)
Kearifan Tuhan adalah untuk menjadikan zaman ini, iaitu masa dari kenaikan Kristus ke syurga hingga perkembalian-Nya, sebagai zaman penyebaran injil. Segala-gala di bumi hari ini adalah untuk pemberitaan injil.…Ini merupakan zaman pemberitaan injil. Sejarah dunia sejak kenaikan Kristus ke syurga ialah sejarah pemberitaan injil.…Kita bukan memberitakan injil separa tetapi injil yang menyeluruh dan lengkap, injil yang penuh.…Injil penuh ini merangkumi segala-gala dari Matius hingga Wahi. Dalam hari-hari ini, kita memberitakan injil penuh, injil yang termasuk gereja hari ini, kingdom pada zaman yang akan datang, dan Yerusalem Baru dalam keabadian. Apa jua yang berlaku hari ini, bahkan termasuk penentangan terhadap kita, ialah bantuan untuk pemberitaan injil. Inilah visi empat meterai yang pertama.…Penunggang kuda pertama ialah…pemberitaan injil kemuliaan Kristus.…Tiga kuda yang lain pula membantu kuda ini dalam perlumbaan ini.…Kita berada bersama dengan penunggang kuda pertama. Kita mempunyai busur tanpa anak panah, kerana kita telah memperoleh kemenangan dan memberitakan injil damai sejahtera secara aman. Haleluya, pemberitaan injil yang mulia ini sedang mara di seluruh bumi. Puji Tuan kerana kita berada di atas kuda pertama!
Demi pemulihan dan restorasi Tuan, hari ini kita perlu menyebarluaskan kebenaran divin yang telah difahami.…Jika kita mempunyai beban untuk pergi ke Eropah, kita harus meluangkan masa siang dan malam untuk mengkaji kebenaran yang telah kita terbitkan. Kemudian kita akan mengetahui apa itu pemulihan Tuan, dan kita akan mempunyai beban yang sebenar untuk pergi ke Eropah untuk mengajar orang. Dalam Matius 28:19, Tuan mengarahkan kita untuk pergi dan disipalkan bangsa-bangsa. Sabda Tuan di sini menunjukkan kepada kita bahawa kita harus mempunyai beban untuk pergi dan mengajar semua bangsa.
Menerusi pembicaraan kita, sesetengah orang akan diselamatkan dengan kukuh.…Semoga Tuan memberi kita beban untuk mempelajari kebenaran divin dan menyebarluaskan kebenaran divin di merata tempat demi pemulihan dan restorasi-Nya.