Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (3)
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (2)
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 2, 3 dan 4
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (3)
2020-10-19 | 0 Komen
A- A+ Simpan

        Saya tidak berani membandingkan diri saya dengan Dutus Paulus, tetapi dalam pengalaman saya, saya mempunyai perasaan yang sama seperti yang diluahkannya dalam Filipi 1:21-24. Sebagai seorang yang lanjut usia, saya mempunyai banyak pengalaman di bumi ini. Saya telah hilang rasa terhadap segala-gala di bumi ini kecuali Kristus. Seorang pemuda mudah tertarik kepada hal-hal lain. Namun sebagai seorang yang tua, tanpa Tuan Yesus saya akan hilang minat untuk hidup. Hal ini kerana tidak ada apa-apa yang baik di bumi ini. Satu-satunya minat, rasa, dan kenikmatan saya semasa saya masih kekal hidup di bumi ialah membantu pendosa menerima Kristus, membantu kamu semua menikmati Kristus dengan lebih banyak lagi, dan membantu gereja dibina secara organik sebagai Tubuh Kristus yang hidup. Inilah apa yang benar-benar saya nikmati. 

        Sepanjang lima minggu latihan yang lepas ini, saya agak sibuk bekerja malah sampai larut malam. Namun setiap malam saya tidur dengan baik dan lena. Sekali-sekala, Syaitan musuh itu bangkit menentang dari arah yang berlainan, tetapi Tuan telah mengajar saya satu pelajaran, iaitu tidak disentuh atau dirangsang tidak kira apa jua yang berlaku. Saya boleh bersaksi bahawa tidak ada apa-apa di bumi ini yang boleh menghalang seorang yang menikmati Kristus. Inilah pengalaman Paulus. Paulus menulis suratnya kepada orang Filipi dari sebuah penjara di Rom ketika dia berada di bawah ancaman mati martir. Dia tahu bahawa dia mungkin akan dibunuh, tetapi dia tidak terganggu atau kecewa; sebaliknya dia berharap untuk memperbesar Kristus di dalam tubuhnya sama ada hidup atau mati. Dia berkata demikian ketika tubuhnya terbelenggu. Keprihatinannya bukan pada belenggunya tetapi bagaimana kenikmatan terhadap Kristus dalam kalangan orang Filipi dapat bertambah.

(Pengalaman dan Pertumbuhan Dalam Hayat, Mesej Sebelas)

Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (2)
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 2, 3 dan 4
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)