Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (2)
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (1)
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (3)
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (2)
2020-10-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

        Sesetengah orang mengatakan bahawa kita tidak harus mempunyai terlalu banyak aktiviti tetapi kita harus belajar menikmati Kristus dengan menghadiri perhimpunan, berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan perhimpunan supaya orang lain dapat menikmati Kristus. Namun tanpa faktor kemajuan injil, kita tidak dapat menikmati Kristus dengan begitu banyak. Ada pula yang mengatakan bahawa kita harus kembali kepada hal menikmati Kristus, mengimplikasikan bahawa memberitakan injil bukan menikmati Kristus. Kenikmatan kita terhadap Kristus harus mempunyai satu faktor dan juga mempunyai satu hasil. Kemajuan injil ialah faktor bagi kenikmatan kita terhadap Kristus. Tambahan pula, semakin kita menikmati Kristus, semakin kita berbahagian dalam kemajuan injil. Oleh itu, kemajuan injil juga merupakan hasil daripada kenikmatan kita terhadap Kristus.

        Kenikmatan terhadap Kristus akan menyebabkan kamu melawat orang di rumah mereka dengan membawa injil. Kenikmatan terhadap Kristus tidak akan menyebabkan kamu mengantuk; sebaliknya ia akan membangkitkan kamu. Apabila kita menikmati Kristus sehingga tahap tertinggi, kita menjadi lupa diri. Semakin kita menikmati Kristus, semakin aktifnya kita. Apabila kita menikmati Kristus, kita tidak akan senyap atau berdiam diri.

        Paulus menikmati Kristus ke tahap sebegini sehingga dia dapat berkata, “Kerana bagi aku, hidup adalah Kristus dan mati adalah keuntungan” (ay. 21). "Keuntungan" di sini bermaksud hadirat Kristus. Hidup adalah Kristus, dan mati adalah menikmati hadirat Kristus. Paulus mungkin berkata, “Menurut perasaan saya, saya lebih suka mati, kerana mati bermakna saya bersama-sama Tuan. Tidak ada apa-apa di bumi yang dapat memuaskan saya lagi, tetapi sekiranya saya mati, saya akan ber- sama dengan Kristus. Ini adalah lebih baik untuk saya; tetapi demi kepentingan kamu, orang Filipi, saya memilih untuk kekal di sini supaya saya berhidupkan Kristus, menyalurkan Kristus, dan berkongsi Kristus dengan kamu.

Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (1)
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (3)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)