Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (1)
Visi Hayat Dalam Roma 8
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (2)
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (1)
2020-10-12 | 0 Komen
A- A+ Simpan

        Pengalaman Kristus yang disingkapkan dalam buku Filipi merangkumi beberapa perkara. Dalam bab satu, Kristus ialah hayat dan kehidupan kita. Mengambil Kristus sebagai hayat dalaman kita dan kehidupan luaran kita bererti berhidupkan Kristus (ay. 21a). Bab ini juga mewahikan bahawa sebab kita berhidupkan Kristus, mengambil Kristus sebagai hayat kita, dan kehidupan kita, adalah untuk kemajuan injil (ay. 5, 12). Pengalaman terhadap Kristus sebagai hayat dan kehidupan kita datang daripada kemajuan injil. Semakin kita mempunyai persekutuan dalam injil, dalam koordinasi dengan dutus, semakin kita berhidupkan Kristus. Faktor untuk berhidupkan Kristus ialah kemajuan injil yang dilaksanakan secara korporat.

        Sesetengah orang memisahkan pemberitaan injil daripada pengalaman terhadap Kristus. Konsep ini salah. Kita mengalami Kristus, kita berhidupkan Kristus, haruslah mempunyai kemajuan injil sebagai faktor. Tanpa faktor ini, kata-kata kita tentang berhidupkan Kristus adalah sia-sia. Paulus dan orang Filipi berhidupkan Kristus, mengambil Kristus sebagai hayat dalaman mereka dan kehidupan luaran mereka, kerana mereka semua berada dalam persekutuan injil yang korporat. Dutus mempunyai beban untuk kemajuan injil, dan orang Filipi berkoordinasi dengannya. Paulus dan orang Filipi bergembira dalam kemajuan injil, dan mereka semua menikmati Kristus sebagai hayat dalaman mereka dan kehidupan luaran mereka. Filipi 1 mewahikan bukan sahaja faktor tetapi juga hasil. Faktor ialah kemajuan injil bersama dengan dutus, dan hasil ialah kenikmatan terhadap Kristus, pengalaman terhadap Kristus, sebagai hayat dalaman kita dan kehidupan luaran kita. Apabila kamu keluar demi injil, kamu menikmati Kristus bukan dari segi doktrin tetapi dari segi pengalaman. 

Visi Hayat Dalam Roma 8
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)