Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian PEMULIHAN TUAN—MAKAN (Bahagian 2/2)
PEMULIHAN TUAN—MAKAN (Bahagian 1/2)
ORGAN UNTUK MENERIMA MAKANAN—ROH
PEMULIHAN TUAN—MAKAN (Bahagian 2/2)
2020-07-23 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (86)

Nota Editor:

“Pemulihan Tuan adalah untuk memulihkan apa yang ditetapkan-Nya pada mulanya. Tuhan menetapkan bahawa manusia harus memakan-Nya, dan inilah takdir manusia. Takdir kita bukanlah melakukan hal ini atau hal itu, tetapi makan Tuan. Selama empat puluh tahun di gurun tandus, orang Israel tidak berbuat apa-apa tetapi hanya mengumpul manna setiap hari. Makan ialah pekerjaan mereka. Begitu juga, pada hari ini Tuhan mengingini kita makan dan menikmati Kristus setiap hari; yang penting bukan berapa banyak yang kita lakukan untuk Tuhan tetapi berapa banyak kita makan Tuan. Inilah pemulihan Tuan.”

“Dalam Wahi 2 dan 3, Tuan memanggil pejayeng sebanyak tujuh kali dan terdapat tiga panggilan yang berkaitan dengan makan. Panggilan pertama berkaitan dengan makan pohon hayat, panggilan kedua berkaitan dengan makan manna yang tersembunyi, dan panggilan ketiga berkaitan dengan makan jamuan...Kristianiti hari ini telah kehilangan perkara ini, maka Tuan memanggil kita supaya kita jayeng dan dipulihkan kembali kepada permulaan. Apabila kamu makan Kristus dan dikenyangkan-Nya, kemarahan kamu lenyap, dan dunia juga hilang. Oleh itu, kita hanya perlu menjaga hal berkenaan makan Kristus.”

“Dalam Wahi bab dua dan tiga, hal makan disebut sebagai janji dari segi positif, manakala ajaran disebut beberapa kali dari segi negatif. Makan bertentangan dengan ajar...Doktrin hanya dapat membantu kita memahami dan mengetahui, tetapi doktrin tidak dapat membekali kita...Oleh itu, apabila kita membaca Bible, kita harus menyeru Tuan dan menyentuh Roh untuk menerima bekalan.”

PEMULIHAN TUAN—MAKAN
(Bahagian 2/2)

(Pemulihan Tuan—Makan, Bab 1)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Wahi 2:4 “Tetapi Aku hendak menegur kamu tentang satu perkara, yakni kamu telah meninggalkan kasihmu yang pertama.”

Wahi 2:7b “Kepada dia yang jayeng, kepadanya Aku akan memberi makan daripada pohon hayat yang berada di Firdaus Tuhan.”

Wahi 2:17b “Kepada dia yang jayeng, kepadanya Aku akan memberikan manna yang tersembunyi itu.”

Wahi 3:20b “Jika sesiapa mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk kepadanya dan makan bersama-samanya dan dia bersama-sama Aku.”

VI. TUAN MEMANGGIL PEJAYENG UNTUK JAYENG ATAS KRISTIANITI YANG JATUH

Buku Wahi tidak menginjil atau mengajar. Dalam buku Wahi, Tuan memanggil buat kali kedua, iaitu Dia memanggil pejayeng. Jayeng di sini bukanlah bererti jayeng atas kemarahan, dosa, dan dunia, tetapi jayeng atas Kristianiti yang jatuh. Panggilan Tuan diarahkan kepada keadaan Kristianiti yang jatuh. Gereja di Efesus memang baik, bersungguh hati, tekun, dan berjerih lelah untuk Tuan. Namun, Tuan mengatakan bahawa dia perlu bertaubat. Hal ini kerana walaupun gereja di Efesus berjerih lelah untuk Tuan, namun gereja itu tidak cukup mengasihi-Nya; gereja itu melakukan banyak kerja untuk Tuan, namun gereja itu tidak cukup menikmati-Nya. Pejayeng harus jayeng atas keadaan ini. Tuan mahu kita menikmati-Nya. Dia berkata, “Kepada dia yang jayeng, kepadanya akan Kuberi makan daripada pohon hayat yang berada di Firdaus Tuhan” (Wahi 2:7b). Makan daripada pohon hayat merupakan perkara pertama pada mulanya; tetapi sekarang perkara ini telah hilang. Tuan memanggil kita untuk menikmati perkara ini sekali lagi. 

Pemulihan Tuan adalah untuk memulihkan apa yang ditetapkan-Nya pada mulanya. Tuhan menetapkan bahawa manusia harus memakan-Nya, dan inilah takdir manusia. Takdir kita bukanlah melakukan hal ini atau hal itu, tetapi makan Tuan. Selama empat puluh tahun di gurun tandus, orang Israel tidak berbuat apa-apa tetapi hanya mengumpul manna setiap hari. Makan ialah pekerjaan mereka. Begitu juga, pada hari ini Tuhan mengingini kita makan dan menikmati Kristus setiap hari; yang penting bukan berapa banyak yang kita lakukan untuk Tuhan tetapi berapa banyak kita makan Tuan. Inilah pemulihan Tuan. 

Kristianiti ialah agama yang mempunyai aktiviti dan kerja. Akan tetapi, banyak orang Kristian yang berjerih lelah jarang-jarang menikmati Kristus dalam roh mereka dengan memakan-Nya. Seluruh gereja harus menikmati Kristus dengan sedemikian. Sehubungan itu, dalam Wahi 2 dan 3, Tuan memanggil pejayeng sebanyak tujuh kali dan terdapat tiga panggilan yang berkaitan dengan makan. Panggilan pertama berkaitan dengan makan pohon hayat, panggilan kedua berkaitan dengan makan manna yang tersembunyi, dan panggilan ketiga berkaitan dengan makan jamuan. Umat Tuhan dalam Wasiat Lama mempunyai tiga jenis pemakanan ini. Oleh itu, Wahi 2 dan 3 memulihkan hal makan dalam Wasiat Lama. Kristianiti hari ini telah kehilangan perkara ini, maka Tuan memanggil kita supaya kita jayeng dan dipulihkan kembali kepada permulaan. Apabila kamu makan Kristus dan dikenyangkan-Nya, kemarahan kamu lenyap, dan dunia juga hilang. Oleh itu, kita hanya perlu menjaga hal berkenaan makan Kristus. 

Tidak ada orang yang boleh berhenti daripada makan. Tiap-tiap hari, kita makan berulang kali. Jalan penyelesaian bagi suami yang menyusahkan, isteri yang memberi masalah, dan pekerjaan yang sukar ialah kita memakan Kristus. Semakin kamu memakan Kristus, semakin masalah kamu diselesaikan. Cara ini nampaknya mudah, tetapi sebaik sahaja kamu tahu menggunakan cara ini, kamu mendapati bahawa semakin kamu makan-Nya, semakin manis dan semakin banyak kekayaan yang kamu nikmati. 

Bible merupakan sebuah buku tentang makan. Orang Kristian seharusnya orang yang makan, dan gereja seharusnya gereja yang makan. Dikbang seharusnya dikbang yang makan dan dikkak juga seharusnya dikkak yang makan. Orang tua seharusnya orang tua yang makan dan orang muda juga seharusnya orang muda yang makan. Setiap orang harus makan! 

Pada akhir buku Wahi, terdapat ayat yang berkata, “Berberkatlah mereka yang membasuh jubah mereka supaya mereka dapat beroleh hak atas pohon hayat” (22:14). Berkat ini adalah untuk orang yang datang kepada pohon hayat. Oleh itu, takdir muktamad yang ditetapkan Tuhan untuk manusia ialah makan pohon hayat, iaitu makan Tuan. Manusia harus memakan Tuan hingga keabadian. 

Selepas seseorang kenyang, dia pasti akan bekerja. Kanak-kanak yang diberi makanan cukup menjadi sangat aktif. Oleh itu, kita harus mengenyangkan diri kita terlebih dahulu dan kemudian mengenyangkan orang lain. Apabila setiap orang diberi makan, gereja pasti menjadi hidup. Hal ini bukan soal kerja luaran tetapi soal menjadi hidup secara dalaman. Apabila kita dikenyangkan dengan makan Kristus, kita menjadi cergas. Hari ini, kita tidak memerlukan galakan luaran; kita hanya memerlukan bekalan dalaman. 

VII. BUKAN AJARAN TETAPI HAYAT

Dalam Wahi bab dua dan tiga, hal makan disebut sebagai janji dari segi positif, manakala ajaran disebut beberapa kali dari segi negatif. Makan bertentangan dengan ajar. Tuan benci akan ajaran. Mungkin kamu mengatakan bahawa Tuan tidak benci akan ajaran yang betul. Namun begitu, bagaimanakah kamu tahu sama ada sesuatu ajaran itu adalah betul atau tidak? Setiap ajaran adalah betul pada lahiriahnya. Wang palsu kelihatan sama seperti wang tulen; jika tidak, orang tidak akan terpedaya. Setiap orang yang mengajar doktrin yang salah akan mengajarnya seperti ajaran itu benar. Jika kamu tidak mahu menjadi mangsa kepada wang palsu, cara terbaik ialah kamu tidak menerima wang tetapi hanya menerima emas. Jangan dengar sebarang doktrin; tumpukan perhatian kepada Kristus. Doktrin hanya dapat membantu kita memahami dan mengetahui, tetapi doktrin tidak dapat membekali kita. 

Malah doktrin-doktrin yang menurut Bible, jika tidak ada Roh dan tidak ada Kristus sebagai realiti, doktrin-doktrin itu cuma ajaran sia-sia. Kita mengambil contoh suami mengasihi isteri. Suami mungkin mengetahui doktrin ini tetapi tidak berkeupayaan untuk mengasihi isteri. Namun begitu, jika suami menikmati Kristus yang hidup dengan mendoa-baca, dia akan mengasihi isterinya tanpa membuat apa-apa ketetapan. Kata-kata dalam Bible ialah roh dan ialah hayat. Oleh itu, apabila kita membaca Bible, kita harus menyeru Tuan dan menyentuh Roh untuk menerima bekalan. 

Dalam pemulihan Tuan, kita harus berlatih menyeru Tuan. Apabila kita menyeru Tuan, roh kita terbuka; apabila kita menghirup Roh sebagai udara, dalam kita terasa segar dan terang. Dalam Yerusalem Baru, hanya ada satu pohon hayat yang menghasilkan buah untuk kita makan; semua orang makan setiap hari. Gereja di Efesus jatuh kerana mengabaikan hal makan dan hanya mementingkan kerja. Tuan memberitahu Efesus supaya bertaubat. Para penatua dan rakan sekerja janganlah terlalu menitikberatkan kerja; mereka perlu menjadi orang pertama yang makan. Mari kita semua meraikan perayaan, menghadiri jamuan, dan makan bersama-sama. Apakah itu pemulihan Tuan? Makan! Apakah itu jalan Tuan? Makan! Apakah itu jayeng? Makan! Apakah itu menjadi rohani? Makan! Makan! Makan! Makan!

PEMULIHAN TUAN—MAKAN (Bahagian 1/2)
ORGAN UNTUK MENERIMA MAKANAN—ROH
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Kong T Yin pada 2021-03-29
amen