Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Pemberitaan Injil bukan suatu Kerja tetapi suatu Kehidupan
Hati—Pintu Seluruh Diri Manusia
Filipi 1:21
Pemberitaan Injil bukan suatu Kerja tetapi suatu Kehidupan
2020-02-24 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Untuk tujuan apa kita hidup di sini? Tujuan kita ialah menewaskan musuh dan membebaskan sukma daripada tangannya. Dalam Matius 12:29, Tuan berkata, “Atau bagaimana seseorang dapat masuk ke dalam rumah orang gagah dan merampas barangnya melainkan dia mengikat orang gagah itu dahulu? Kemudian dia akan merampas seluruh harta rumahnya.” Orang gagah ialah Syaitan, dan barangnya ialah orang hidup. Kita harus merampas rumahnya dan membebaskan barangnya; kita harus membebaskan sukma yang berharga daripada tangannya….Ini bukan suatu kerja semata-mata, tetapi suatu kehidupan. Kita hidup demi pemberitaan injil.

Wasiat Baru…menunjukkan kepada kita bahawa pemberitaan injil haruslah menjadi sejenis kehidupan. Inilah kehidupan kita. Kita hidup di sini untuk ini. Pemberitaan ialah hayat dan kehidupan kita. Mengapakah kamu hidup di sini? Jika kamu mengatakan kamu hidup untuk belajar di kolej, kamu sudah silap. Sebagai orang Kristian, kamu bukan hidup untuk belajar. Sebaliknya, kamu belajar untuk kehidupan memberitakan injil. Oleh itu, kamu harus menginjil di sekolah kamu, bukan melalui kata-kata kamu tetapi juga melalui gerak laku kamu, kehidupan kamu, dan kerja kamu.

Untuk menjadi seorang yang hidup yang memberitakan injil, kamu harus berberita dengan mulut, telinga, mata, hidung, dua tangan, dan dua kaki kamu. Kamu menulis dengan dua tangan kamu, dan kamu berjalan dengan dua kaki kamu. Kita harus menggunakan seluruh diri untuk berberita. Kita ialah pengkhutbah yang hidup, bukan pengkhutbah profesional. Jika kamu mengenali ekonomi Tuhan, maka kamu menyedari bahawa tujuan gereja berada di bumi ini ialah berberita. Pemberitaan ini bukan sekadar kerja menginjil. Ia merupakan kehidupan semua anggota Tubuh yang hidup. Seluruh Tubuh, bersama dengan semua anggota hidup ini hidup demi tujuan menundukkan musuh, membebaskan sukma, membawa mereka kepada Kristus, dan membina Tubuh dengan menggunakan semua orang ini sebagai bahan.

Setiap kali ada saranan untuk memberitakan injil, roh semua pekudus akan respons. Roh Kudus dalam roh para pekudus menghormati hal ini kerana hal ini ialah tujuan Tuhan pada zaman ini di bumi. Akan tetapi, gereja telah kehilangan penglihatan terhadap perkara ini, maka sekarang kita perlu memulihkan perkara ini. Kita harus melihat apa yang sedang kita lakukan di sini. Adakah kita di sini semata-mata untuk berhimpun dan mempunyai perhimpunan mesej yang menakjubkan pada Hari Tuan dan perhimpunan meja Tuan yang menakjubkan pada waktu petang? Adakah kita di sini untuk mengadakan perhimpunan yang menakjubkan pada hari Rabu dan perhimpunan pengkajian Bible pada hari Jumaat, kemudian melakukannya semula pada minggu berikutnya, bulan berikutnya, dan tahun berikutnya? Tidak perlu menunggu lima tahun berlalu; bahkan dalam tahun ini juga sekiranya kamu tidak membawa masuk lebih banyak orang, seseorang akhirnya akan mengatakan bahawa kita tidak perlu lagi datang bersama-sama. Maka dalam kalangan kita akan ada kekecewaan. (Preaching the Gospel in the Way of Life, bab 7)

Hati—Pintu Seluruh Diri Manusia
Filipi 1:21
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)