Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian ORANG KRISTIAN—Percayawan yang Merupakan Anak-anak Tuhan
Asal Perkataan “Kristian”
Apa itu Kurnia?
ORANG KRISTIAN—Percayawan yang Merupakan Anak-anak Tuhan
2016-09-25 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kali ini kita akan melihat orang Kristian dari aspek mereka ialah anak-anak Tuhan.

Satu Yohanes 3:1 berkata, “Lihatlah betapa agungnya kasih yang diberi Bapa kepada kita, supaya kita dapat dipanggil anak-anak Tuhan; sesungguhnya kita ialah anak-anak-Nya.” “Anak-anak Tuhan” di sini sejajar dengan “diperanakkan daripada-Nya” dalam 2:29. Kita telah diperanakkan daripada Bapa, yakni sumber hayat, untuk menjadi anak-anak Tuhan. Sudah pasti inilah keajaiban teragung dalam alam semesta, iaitu manusia dapat diperanakkan daripada Tuhan dan pendosa dapat dijadikan anak-anak Tuhan. Menerusi kelahiran divin yang menakjubkan ini, kita telah menerima hayat divin, hayat abadi. Hayat ini, yang diperoleh daripada Tuhan menerusi kelahiruan, membolehkan kita menjadi anak-anak Tuhan. Hayat ini ialah kuasa untuk kita menjadi anak-anak Tuhan (Yoh. 1:12-13). Roh itu bersaksi bersama dengan roh kita bahawa kita yang dahulunya anak-anak Iblis kini telah menjadi anak-anak Tuhan (Roma 8:16). Bahkan pada masa kita lemah atau berundur, kita masih mempunyai kesedaran yang mendalam bahawa kita anak-anak Tuhan, kerana sejurus selepas kita dilahirkan daripada Tuhan, kita ialah anak-anak-Nya buat selama-lamanya.

Yohanes 1:12 dan 13 berkata, “Sebanyak mana yang menerima-Nya, Dia memberi kuasa kepada mereka untuk menjadi anak-anak Tuhan, kepada mereka yang percaya ke dalam nama-Nya, yang diperanakkan bukan daripada darah, bukan daripada kehendak tubuh daging, dan bukan daripada kehendak manusia, tetapi daripada Tuhan.” Di sini, kita melihat bahawa anak-anak Tuhan dilahirkan daripada Tuhan, bukan daripada darah, dan bukan daripada kehendak tubuh daging, dan bukan juga daripada kehendak manusia. “Darah” di sini menandakan hayat fizikal; kehendak tubuh daging merujuk kepada kehendak manusia yang jatuh selepas manusia menjadi tubuh daging; dan kehendak manusia merujuk kepada kehendak manusia yang dicipta Tuhan. Apabila kita menjadi anak-anak Tuhan, kita bukan dilahirkan daripada hayat fizikal kita, hayat kita yang jatuh, atau hayat kita yang tercipta—kita dilahirkan daripada Tuhan, yakni hayat yang tidak tercipta. Manusia menjadi anak-anak Tuhan bererti mereka dilahirukan daripada Tuhan untuk memiliki hayat dan sifat divin. Disebabkan kelahiruan menjadikan kita dilahirkan daripada Tuhan, maka ia secara automatik menyebabkan kita menjadi anak-anak Tuhan dan menjalin hubungan hayat dengan Tuhan.

Percayawan menjadi anak-anak Tuhan menerusi mereka menerima Anak Tuhan dengan percaya kepada nama-Nya. Yohanes 1:12 berbicara tentang menerima Tuan dan juga percaya kepada nama-Nya. Percaya kepada Tuan Yesus bersamaan dengan menerima-Nya. Asalkan kita dapat berkata, “Tuan Yesus”, daripada lubuk hati kita, ini membuktikan bahawa kita percaya kepada-Nya. Selain itu, jika kita percaya kepada-Nya dengan menyeru nama-Nya, ini membuktikan bahawa kita telah menerima-Nya, dan memandangkan kita telah menerima-Nya, kita menerima kuasa untuk menjadi anak-anak Tuhan. Kuasa menjadi anak-anak Tuhan ialah Kristus sendiri yang menjadi hayat kita. Setelah menerima Tuan Yesus dengan percaya kepada-Nya, kita dilahirkan daripada Tuhan dan kini ialah anak-anak Tuhan.

Sebagai percayawan kita telah dilahirkan daripada Tuhan untuk memiliki hayat abadi—hayat Tuhan berserta hayat divin (Yoh. 3:15-16; 2 Ptr. 1:4). Hayat Tuhan ialah isi kandungan Tuhan dan Tuhan sendiri. Segala apa yang terdapat dalam Tuhan dan segala apanya Tuhan berada dalam hayat Tuhan. Segala kepenuhan Ketuhanan tersembunyi dalam hayat Tuhan. Sifat Tuhan juga terkandung dalam hayat Tuhan. Segala apanya Dia—baik kebenaran, kekudusan, cahaya, atau kasih—terhasil daripada hayat-Nya. Disebabkan hayat Tuhan ialah isi kandungan Tuhan, maka dalamnya tersembunyinya kepenuhan Tuhan, dan dalamnya terkandungnya sifat Tuhan sendiri. Oleh itu, apabila kita menerima hayat Tuhan, kita menerima kepenuhan Tuhan, dan kita mempunyai sifat Tuhan. Sekarang sebagai percayawan, kita ialah anak-anak Tuhan yang memiliki hayat dan sifat divin.

Asal Perkataan “Kristian”
Apa itu Kurnia?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)