Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Pelayanan Ministri Doa Gereja
MENGURUSKAN PERNIAGAAN TUHAN MENURUT UKURAN KURNIAAN TUHAN
Ministri Doa Gereja
2021-01-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Kehendak Tuhan umpama air sungai, dan doa kita laksana saliran air. Jika doa kita cukup besar, penyempurnaan doa kita juga besar. Jika doa kita terhad, maka penyempurnaan doa kita juga terhad. Kepulihbangkitan di Wales dari tahun 1903 hingga tahun 1904 merupakan kepulihbangkitan yang paling besar dalam sejarah gereja. Menerusi seorang pelombong batu arang yang bernama Evan Roberts, Tuhan telah melakukan kerja kepulihbangkitan yang besar. Dia seorang yang berpendidikan rendah tetapi doanya amat mendalam. Pada masa yang kemudian, dia tidak melakukan kerja secara awam selama lebih kurang tujuh atau lapan tahun. Pada suatu hari, seseorang dikbang bertembung dengannya dan bertanya, “Apakah yang telah kamu lakukan beberapa tahun ini?” Dia hanya menjawab dengan satu ayat ringkas, “Saya mendoakan doa kingdom.” Dikbang dan dikkak, tanpa doa, kingdom tidak akan datang. Jika saliran air tersumbat, air tidak dapat mengalir keluar. Semasa Tuan mengajar kita berdoa di sini, Dia menyatakan kehendak Tuhan dan tuntutan Tuhan ke atas kita. Bila-bila sahaja tekad anak-anak Tuhan berharmoni sepenuhnya dengan kehendak Tuhan, kingdom Tuhan benar-benar akan datang, dan kehendak Tuhan juga benar-benar akan terlaksana di bumi sebagaimana di syurga.

MENGURUSKAN PERNIAGAAN TUHAN MENURUT UKURAN KURNIAAN TUHAN
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)