Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Kejadian MESEJ TIGA: PEMBAIKPULIHAN DAN PENCIPTAAN TUHAN YANG SELANJUTNYA (1) PROSES – 2
MESEJ TIGA: PEMBAIKPULIHAN DAN PENCIPTAAN TUHAN YANG SELANJUTNYA (1) PROSES – 1
MESEJ TIGA: PEMBAIKPULIHAN DAN PENCIPTAAN TUHAN YANG SELANJUTNYA (1) PROSES – 3
MESEJ TIGA: PEMBAIKPULIHAN DAN PENCIPTAAN TUHAN YANG SELANJUTNYA (1) PROSES – 2
2017-09-22 | 0 Komen
A- A+ Simpan

a. Proses

1) Roh Datang—1:2b

Akibat pemberontakan Syaitan, penciptaan asal Tuhan dirosakkan dan kemudian Tuhan sendiri menghakiminya. Selepas penghakiman Tuhan, tidak ada apa-apa yang tinggal melainkan kegelapan di atas permukaan air dalam. Ini menandakan keadaan maut. Dalam keadaan maut ini, tiba-tiba Bible berkata, “Dan Roh Tuhan mengerami permukaan air.” Bukankah ini ajaib? Roh mengeram. Haleluya! “Roh mengeram” sebagaimana induk ayam mengerami telur untuk melahirkan anak ayam. Apabila Bible menyebut sesuatu tentang Roh buat kali pertama, Bible tidak mengatakan “kudrat Roh”, “keperkasaan Roh”, tetapi “Roh Tuhan mengerami permukaan air”. Ini bermaksud bahawa Dia bersedia hendak menjanakan hayat. Kita perlu melihat bahawa catatan dalam Kejadian 1 merupakan sesuatu yang berkaitan dengan hayat, injil Tuhan, dan hal-hal rohani. 2 Korintus 4:6 merupakan bukti yang kukuh bagi perkara ini. Paulus berkata, “Kerana Tuhan yang bersabda, Daripada kegelapan cahaya akan bersinar, ialah Dia yang bersinar dalam hati kami untuk mencahayai pengetahuan terhadap kemuliaan Tuhan di muka Yesus Kristus.” Ayat ini semestinya merujuk kepada Kejadian bab satu. Melalui ayat ini, kita sedar bahawa segala-gala yang tercatat dalam Kejadian 1 semestinya berkaitan dengan hayat, penyinaran Tuhan, dan injil Tuhan. Berdasarkan ayat ini, kita perlu mentafsirkan segala-galanya menurut hayat.

Kita perlu mengimbas kembali keadaan kita sebelum kita diselamatkan. Kita tandus dan kekosongan, hidup kita langsung tidak bermakna, dan kita diselubungi kegelapan. Dalam kita terdapat abis, lubang yang tidak berdasar. Abis ini dikerumuni demon-demon yang sentiasa bekerja dalam kita, membuat kita cepat marah, berjudi, pergi menonton wayang, dan melakukan banyak perkara jahat yang lain. Kita tandus dan kekosongan, serta dipenuhi kegelapan dan maut.

Akan tetapi, haleluya! Pada suatu hari, Seorang yang hidup mula mengembangkan sayap ke atas kita, bekerja dalam hati kita, mengerami maut dan air dalam yang terdapat dalam kita. Ini bukan sesuatu yang berkaitan dengan psikologi atau etika, tetapi Dia yang hidup bekerja dalam kita; Dia bekerja dengan begitu lembut-halus dan penuh kasih sayang, bagaikan induk ayam besar yang mengerami telur-telur di sarang. Inilah kerja pengeraman dan kelahiruan yang dilakukan oleh Roh Kudus.

Tuan Yesus mengatakan (Yoh. 16:8-11) bahawa apabila Roh Kudus datang, Dia akan menegur dan menginsafkan dunia (yakni manusia) berkenaan dosa (berkaitan dengan Adam), berkenaan keadilbenaran (berkaitan dengan Kristus), dan berkenaan penghakiman (berkaitan dengan Syaitan). Dia akan menegur dengan cara mengeram, dengan cara yang amat lembut-halus, bukan dengan kekerasan. Dalam seluruh alam semesta, hanya ada tiga persona—Adam, Kristus, dan Syaitan. Roh Kudus bekerja dalam kita, membuat kita akur bahawa kita dilahirkan dalam Adam dan tidak mempunyai apa-apa kecuali dosa, dan kita langsung tidak dapat melepaskan diri daripada dosa dan pengaruh Adam melainkan percaya kepada Kristus. Roh Kudus akan mengeram dalam kita dan berbicara kepada kita, “Lihatlah, Yesus mati di atas salib bagi engkau; Dia telah menyempurnakan segala-gala yang dituntut Tuhan. Sekarang keadilbenaran yang sebenar ada pada-Nya. Jika engkau berpaling kepada-Nya dan percaya kepada-Nya, engkau akan menerima Dia sebagai keadilbenaran engkau. Dia telah melalui inkarnasi, Dia telah melalui kehidupan di bumi, Dia telah melalui penyaliban dan kebangkitan. Sekarang, Dia diterima Tuhan untuk berada di sebelah kanan-Nya. Dia berada di sana sebagai bukti bahawa sekiranya engkau percaya kepada-Nya, engkau akan bebas daripada dosa dan memperoleh keadilbenaran. Jika engkau tidak berbuat demikian, engkau akan menerima penghakiman Tuhan bersama dengan Syaitan.” Melalui pengeraman Roh Kudus ini, kamu akan akur dengan sepenuhnya dan berkata, “Tuan Yesus, aku tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan melainkan bersyukur kepada-Mu.” Dengan ini, kamu dilahirukan, kamu dilahirkan semula daripada Roh itu (Yoh. 3:6-7). Haleluya!

Roh Tuhan telah datang. Kedatangan Roh Kudus merupakan syarat pertama untuk menjanakan hayat. Roh datang untuk mengerami air maut yang menenggelami bumi; Roh itu mengeram agar hayat dijanakan.

MESEJ TIGA: PEMBAIKPULIHAN DAN PENCIPTAAN TUHAN YANG SELANJUTNYA (1) PROSES – 1
MESEJ TIGA: PEMBAIKPULIHAN DAN PENCIPTAAN TUHAN YANG SELANJUTNYA (1) PROSES – 3
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)