Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 7: Pengalaman Subjektif Terhadap Justifikasi (1)
Mesej 6: Teladan Justifikasi
Mesej 8: Pengalaman Subjektif Terhadap Justifikasi (2)
Mesej 7: Pengalaman Subjektif Terhadap Justifikasi (1)
2021-04-02 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PENGALAMAN SUBJEKTIF TERHADAP JUSTIFIKASI (1)

Ayat-ayat Bible: Roma 4 

Kajian-hayat: Mesej 7 

Bacaan Bible: 

Roma 4:3 Sebenarnya apakah yang dikatakan Kitab? “Abraham percaya kepada Tuhan, dan ini dikira kepadanya sebagai keadilbenaran.” 

Roma 4:17 (Sebagaimana yang tertulis, “Aku telah melantik kamu sebagai bapa banyak bangsa”) di mata Tuhan yang dipercayainya, yang memberi hayat kepada yang mati dan memanggil benda yang tidak wujud menjadi wujud. 

Petikan Bacaan: 

Dalam bacaan hari ini, kita akan melihat dengan lebih lanjut berkenaan justifikasi menurut Roma 4. 

MENGALAMI TUHAN DALAM ASPEK JUSTIFIKASI

Roma 4 mengandungi wahi berikut: Justifikasi yang mencukupi dan hidup merupakan kerja Tuhan yang lebih mendalam untuk memanggil orang yang jatuh supaya meninggalkan segala yang bukan Tuhan. Oleh itu, apabila Tuhan memanggil Abraham, Dia tidak memberitahu Abraham ke mana dia harus pergi; ini kerana hasrat-Nya ialah membawa Abraham kembali kepada diri-Nya. Apabila seseorang dipanggil oleh Tuhan dengan cara sedemikian, Tuhan yang hidup mentransfusikan diri-Nya ke dalam orang itu. Hasilnya, dia terpikat oleh Tuhan dan berpaling kepada Tuhan. Dia bereaksi kepada Tuhan dengan percaya kepada-Nya. Reaksi ini ialah iktikad. 

Kepercayaan kita ialah sejenis gema. Dapatkah gema dihasilkan tanpa bunyi? Memang mustahil. Kristus ialah bunyi. Apabila bunyi ini mencapai hati dan roh kita, bunyi ini akan menghasilkan sejenis reaksi atau gema. Reaksi ini ialah penghargaan kita dan kepercayaan kita kepada Tuan Yesus. Dengan demikian, iktikad ini dikira sebagai keadilbenaran kita oleh Tuhan. Inilah pengalaman terhadap Tuhan yang memanggil benda yang tidak wujud menjadi wujud. Apabila kita datang menghadap Tuhan pada hari kita diselamatkan, kita tidak memiliki apa-apa. Akan tetapi, Tuhan muncul kepada kita dan memanggil benda yang tidak wujud menjadi wujud. Sebelum itu, kita tidak memiliki keadilbenaran Tuhan; beberapa minit kemudian, kita beroleh keadilbenaran ini. Sebelum itu, kita tidak mempunyai Kristus; tetapi beberapa minit kemudian kita memperoleh-Nya. 

TUJUAN TUHAN MENJUSTIFIKASIKAN MANUSIA

Dalam Roma 3, kita melihat bahawa penebusan menghasilkan justifikasi Tuhan, tetapi kita masih tidak nampak tujuan Tuhan. Apakah tujuan Tuhan menjustifikasikan kita? Untuk menjawab persoalan ini, Paulus menggunakan sejarah Abraham sebagai contoh, sebagai gambaran, untuk menjelaskan sesuatu yang dapat diterangkan melalui kata-kata manusia. Apabila kita membaca Kejadian 15 berkenaan peristiwa Tuhan mengira iktikad Abraham sebagai keadilbenaran, kita mendapati bahawa dosa tidak disebut langsung. Hal itu tidak ada kena-mengena dengan dosa. Apa yang diutamakan ialah satu benih yang akan menjadi kingdom demi penggenapan tujuan Tuhan. 

Justifikasi Tuhan terutama sekali bukan untuk penyelamatan manusia, tetapi untuk menggenapi tujuan-Nya. Mengapakah Tuhan memilih kamu? Dia memilih kamu terutamanya bukan untuk penyelamatan; Dia memilih kamu demi tujuan-Nya. Mengapakah Tuhan memanggil kamu? Dia tidak memanggil kamu untuk masuk ke syurga. Dia memanggil kamu demi penggenapan tujuan-Nya. Bab 4 jelas menyingkapkan bahawa Tuhan menjustifikasikan umat pilihan-Nya bukan hanya untuk menyelamatkan mereka, malah khususnya untuk membolehkan mereka mewarisi dunia agar mereka dapat melaksanakan dominion Tuhan di bumi. 

Soalan-soalan Kajian:

1. Kepercayaan kita ialah sejenis gema. Sila jelaskan fakta ini. (Sila rujuk KH Roma, Mes. 7, m.s. 86-90)

2. Apakah hasil daripada pengalaman subjektif terhadap justifikasi? (Sila rujuk KH Roma, Mes. 7, m.s.93-96)


Mesej 6: Teladan Justifikasi
Mesej 8: Pengalaman Subjektif Terhadap Justifikasi (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)