Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 67: Tuhan Yang Terproses ialah Hukum Roh Hayat
Mesej 66: Tuhan Mengutuk Dosa dalam Tubuh Daging
Mesej 68: Tuhan Mengutuk Dosa Dalam Tubuh Daging Supaya Kita Dapat Berada dalam Roh
Mesej 67: Tuhan Yang Terproses ialah Hukum Roh Hayat
2021-11-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

TUHAN YANG TERPROSES IALAH HUKUM ROH HAYAT

Ayat-ayat Bible: Roma 8:1-11

Kajian-hayat: Mesej 67

Bacaan Bible: 

Roma 8: 1-2 Jadi sekarang, tidak ada pengutukan terhadap mereka yang berada dalam Kristus Yesus. Kerana hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut. 

Petikan Bacaan: 

TUHAN TRITUNGGAL DIPROSES MENJADI HUKUM ROH HAYAT DALAM KITA

Jika kita membaca bab lapan dengan teliti dan membandingkannya dengan bab lima, enam, dan tujuh, kita akan melihat bahawa hukum Roh hayat ialah Tuhan Tritunggal yang terproses menjadi Roh beri-hayat untuk huni dalam kita. Hal ini bermakna bahawa Tuhan Tritunggal yang terproses sendiri ialah hukum Roh hayat. Sebagaimana dosa merupakan seorang persona—Syaitan—begitu juga hukum ini merupakan seorang Persona—Tuhan Tritunggal. 

Roma 8 berbicara tentang proses, bahkan proses-proses yang telah dilalui Tuhan Tritunggal untuk menjadi Roh beri-hayat yang huni dalam roh kita. Dalam ayat 3, Paulus menyebut tentang inkarnasi dan penyaliban. Dalam ayat 34, Paulus menyebut tentang kenaikan ke syurga. Dengan demikian, dalam bab ini kita melihat empat proses yang telah dilalui Tuhan Tritunggal: inkarnasi, penyaliban, kebangkitan, dan kenaikan ke syurga. Roma 8 juga mewahikan Tuhan Tritunggal. Dalam ayat 2 terdapat Roh hayat. Dalam ayat 3 terdapat Tuhan, iaitu Bapa, yang mengutus Anak-Nya. Oleh itu, dalam ayat 2 dan 3 terdapat Roh itu, Bapa, dan Anak. Ayat 9 dan 10 berbicara tentang Roh Tuhan, Roh Kristus, dan Kristus. Ayat 11 menyebut ketiga-tiga daripada Tuhan Tritunggal: Roh itu, Dia (Bapa) yang membangkitkan Kristus, dan Kristus (Anak). Oleh yang demikian, Roma 8 ialah satu bab berkenaan Tuhan Tritunggal yang terproses. 

MENYALURKAN HAYAT KEPADA SETIAP BAHAGIAN DIRI KITA

Dalam 8:1-11, kita melihat bahawa setelah melalui pelbagai proses, Tuhan Tritunggal menjadi Roh beri-hayat, yakni Roh yang memberi hayat. Sebagai Roh beri-hayat, Tuhan Tritunggal yang terproses huni dalam kita untuk memberi hayat kepada kita dalam tiga aspek. Aspek pertama bagi pemberian hayat ini didapati dalam ayat 10. Ayat ini mengatakan bahawa jika Kristus berada dalam kita, roh kita ialah hayat. Kristus di sini ialah Tuhan Tritunggal yang telah menjadi Roh yang menghuni secara dalaman. Oleh sebab Kristus ini berada dalam kita, roh kita ialah hayat, kerana semasa Roh beri-hayat, Kristus huni dalam roh kita, penghunian-Nya secara dalaman menjadikan roh kita hayat. 

Aspek kedua didapati dalam ayat 6: “Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah maut, tetapi minda diletakkan pada roh ialah hayat dan damai sejahtera.” Minda ialah bahagian yang utama dalam sukma kita. Pertama-tamanya roh kita ialah hayat, dan kemudian sukma kita juga menjadi hayat. Akhir sekali, hayat disalurkan kepada tubuh kita yang akan mati. Menurut ayat 11, Dia yang membangkitkan Kristus daripada yang mati memberi hayat kepada tubuh kita yang akan mati menerusi Roh yang menghuni secara dalaman. Atas sebab ini, kita boleh mengatakan bahawa menurut Roma 8, Tuhan Tritunggal didispenkan ke dalam manusia tripartit dan memberi hayat kepada roh, sukma, dan tubuh manusia. 

KONSEP SAINTIFIK HUKUM

Tuhan Tritunggal yang terproses dan yang mendispenkan diri-Nya ke dalam kita manusia tripatit, Dia sendiri ialah hukum Roh hayat. Walaupun semasa Paulus menulis buku Roma, sains masih belum berkembang maju, namun dia telah menggunakan istilah “hukum” ini secara saintifik dalam Roma 8. Dalam 8:2, Paulus menggunakan hukum untuk menjelaskan satu prinsip kerja yang beroperasi secara spontan. 

Dalam Roma 7 dan 8, terdapat dua hukum saintifik: Yang pertama ialah hukum jahat yang digelar hukum dosa dan maut; yang kedua ialah hukum yang baik, hukum yang ajaib, yang digelar hukum Roh hayat. Kedua-dua hukum ini disebut dalam satu ayat, yakni dalam 8:2. Dalam ayat ini, Paulus berkata, “Hukum Roh hayat telah membebaskan aku dalam Kristus Yesus daripada hukum dosa dan maut.” Kedua-dua hukum ini sebenarnya ialah dua persona. 

Sebagai makhluk yang hidup, kita semua hidup menurut hukum yang tertentu. Contohnya, pernafasan ialah suatu hukum. Kita bernafas melalui hukum pernafasan, bukan melalui aktiviti. Berbuat dosa juga merupakan suatu hukum. Tidak ada orang yang pernah menghadiri sekolah yang dipanggil sekolah dosa. Begitu juga, tidak ada orang yang perlu diajar mencuri atau berbohong. Berbohong datang daripada fungsi automatik hukum dosa dan maut. 

Kita memuji Tuan kerana satu lagi hukum, yakni Tuhan Tritunggal sebagai hukum hayat, telah dipasang ke dalam kita! Betapa ajaibnya kerana setelah Tuhan Tritunggal diproses, Dia dipasang ke dalam kita dan bekerja dalam diri kita bukan melalui aktiviti, tetapi melalui hukum! Dia kini ialah hukum yang beroperasi dalam kita. Dia sedang bekerja dalam kita bukan sekadar sebagai Tuhan yang perkasa, tetapi juga sebagai hukum yang beroperasi secara automatik. 

HUKUM ROH HAYAT BEKERJA DALAM KITA

Pengerjaan Tuhan Tritunggal ini sebagai suatu hukum dalam kita boleh digambarkan dengan kuasa elektrik yang telah dipasang dalam rumah kita. Memandangkan kuasa elektrik telah dipasang di rumah kita, maka kita tidak perlu menelefon loji elektrik ketika kita memerlukan tenaga elektrik untuk mengoperasikan sesetengah peralatan elektrik. 

Hari ini Tuhan kita bukan hanya merupakan Dia yang perkasa, Penebus, dan Penyelamat. Malah Dia lebih daripada sekadar hayat kita dan bekalan hayat kita—Dia merupakan hukum yang bekerja dalam kita. Kini tidak ada lagi pengutukan terhadap mereka yang berada dalam Kristus Yesus kerana hukum Roh hayat telah membebaskan kita daripada hukum dosa dan maut. Betapa menakjubkan bahawa hukum sedemikian sedang bekerja dalam kita!

Soalan-soalan Kajian: 

1. Huraikan hubungan antara hukum Roh hayat dan Tuhan Tritunggal. 

2. Gambarkan pengerjaan Tuhan Tritunggal sebagai hukum dalam kita. 

Mesej 66: Tuhan Mengutuk Dosa dalam Tubuh Daging
Mesej 68: Tuhan Mengutuk Dosa Dalam Tubuh Daging Supaya Kita Dapat Berada dalam Roh
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)