Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 56: Pelantiktentuan Melalui Roh Pembauran
Mesej 55: Pelantiktentuan Melalui Roh Kudus
Mesej 57 (1): Keadilbenaran - Kudrat Injil (1)
Mesej 56: Pelantiktentuan Melalui Roh Pembauran
2021-09-27 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PELANTIKTENTUAN MELALUI ROH PEMBAURAN

Ayat-ayat Bible: Roma 1:9; 8:2, 14, 16, 26-27

Kajian-hayat: Mesej 56

Bacaan Bible: 

Roma 1:9 Kerana Tuhanlah saksiku, Dia yang aku layan dalam rohku dalam injil Anak-Nya, bagaimana aku tidak henti-henti menyebut kamu selalu dalam doaku. 

Petikan Bacaan: 

Kita telah melihat bahawa injil Tuhan ialah injil keanakan. Ini bermakna bahawa hasrat Tuhan ialah menghasilkan anak yang banyak menerusi injil. Penghasilan anak yang banyak melibatkan ekonomi tiga Persona dalam Ketuhanan. Bapa sebagai sumber berada dalam Anak, yakni saluran, dan Anak sebagai perjasadan Bapa kini berada dalam aliran Roh itu. Oleh yang demikian, Roh itu ialah arus Tuhan Tritunggal. Sebagaimana arus elektrik ialah bekalan elektrik yang bergerak, begitu juga Roh Tuhan Tritunggal ialah Tuhan yang bergerak. Oleh itu, Roh Tuhan adalah untuk penerapan Tuhan pada kita. 

PENGALIRAN ARUS DIVIN

Selain Roh itu sebagai arus, aliran, tidak ada jalan lain untuk Tuhan diterapkan pada kita. Tuhan adalah kaya dan segala kekayaan-Nya adalah untuk kita; namun perlunya Roh itu sebagai arus untuk menerapkan kekayaan Tuhan pada pengalaman kita. Segala apanya Tuhan dalam Kristus dan segala-gala yang telah disempurnakan, diperoleh, dan dicapai-Nya dalam Kristus berada dalam arus ini, aliran ini, pengurapan ini. Kini dalam roh kita, kita mempunyai pengaliran arus divin, pergerakan minyak urapan. Dalam kita terdapat sesuatu yang sentiasa bergerak. Elemen yang bergerak ini merangkumi kedivinan, keinsanan, kehidupan insani Kristus, keberkesanan kematian-Nya, kudrat kebangkitan-Nya, haruman kebangkitan-Nya, kenaikan-Nya ke syurga, pertabalan, kekepalaan, ketuanan, kuasa, dan kingdom-Nya. Oleh itu, pengurapan dalam kita ialah minyak yang serba merangkumi. Puji Tuan atas arus yang mengalir dalam kita ini! 

MELATIH ROH KITA

Dalam 1:9 Paulus berkata, “Kerana Tuhanlah saksiku, Dia yang aku layan dalam rohku dalam injil Anak-Nya.” Tempat melayan Tuhan bukan minda; tempatnya ialah roh kita. Jarang-jarang ada orang mengatakan “roh saya”. Mereka berbicara tentang hati mereka, sukma mereka, minda mereka, emosi mereka, dan tekad mereka, tetapi bukan roh mereka. Walau bagaimanapun, Paulus seorang yang melayan Tuhan dalam rohnya. 

Segala masalah kita diatasi dan segala keperluan kita dipenuhi menerusi latihan roh kita. Segala apanya Tuhan dan segala yang disempurnakan-Nya berada dalam Roh almuhit yang telah dipasang dalam roh kita. Oleh itu, dengan berpaling kepada roh dan dengan melatih roh, kita dapat beroleh bekalan penuh untuk memenuhi keperluan kita. 

APA YANG KITA PERLUKAN HARI INI

Menerusi pengalaman dan penderitaan banyak tahun, saya telah mempelajari bahawa apa yang kita perlukan hari bukan pengetahuan doktrin, tetapi latihan roh kita supaya kita dapat mengalami penerapan Tuhan Tritunggal dalam pengaliran Roh Kudus. Setelah saya diselamatkan, saya menyertai sekumpulan orang Kristian yang menekankan kajian objektif Bible. Saya kekal di bawah pengaruh mereka sebagai seorang yang sanggup belajar selama lebih daripada tujuh tahun. Akan tetapi, pada suatu hari semasa saya berjalan di jalan raya, Roh itu berkata dalam saya, “Kamu mengetahui begitu banyak ajaran, tetapi lihatlah betapa mati dan tidak berbuahnya kamu ini. Dalam beberapa tahun yang lepas, kamu hampir tidak membawa sesiapa pun kepada Tuan.” Hati saya dipukul kuat, dan saya berseru kepada Tuan untuk rahmat-Nya. Saya mengaku bahawa saya telah bersalah. Pada awal-awal pagi keesokan hari, saya mendaki gunung berhampiran dengan rumah saya, dan di situ saya melaung kepada Tuan supaya merahmati saya kerana keadaan saya yang mati. Tuan penuh dengan rahmat, dan sejak hari itu Dia menyebabkan saya mencari Dia secara berterusan. Setelah itu, dikbang Watchman Nee mengunjungi kampung halaman saya dan tinggal bersama dengan saya buat seketika. Kunjungannya ialah suatu titik peralihan dalam hidup saya. Mata saya terbuka untuk melihat bahawa kehidupan orang Kristian bukan hal pengetahuan, tetapi hal hayat dan Roh itu sama sekali. Akan tetapi, saya menggunakan masa yang panjang untuk terbebas sepenuhnya daripada pengaruh pengetahuan yang mati. Oleh itu, apabila saya mengatakan bahawa apa yang kita perlukan hari ini bukan sekadar pengetahuan tetapi perhubungan dengan Roh yang hidup, saya tahu apa yang sedang saya bicarakan. 

Segala apanya Kristus, segala yang disempurnakan-Nya dan segala yang diperoleh serta dicapai-Nya berada dalam Roh almuhit ini. Roh ini merangkumi segala-gala yang kita perlukan: kebangkitan, kudrat, hayat, bimbingan, cahaya, kasih, dan kerendahan hati. Tambahan lagi, Roh almuhit yang ajaib ini telah dipasang dalam roh kita. Haleluya, Kristus yang hidup yang merupakan Roh almuhit berada dalam roh kita! Kita boleh menerapkan Yang kaya dan ajaib itu dengan menggunakan roh kita sahaja. 

Soalan Kajian: 

1. Terangkan apa yang kita perlukan hari ini menurut apa yang dipelajari Dikbang Lee menerusi pengalaman dan penderitaannya selaman bertahun-tahun. 


Mesej 55: Pelantiktentuan Melalui Roh Kudus
Mesej 57 (1): Keadilbenaran - Kudrat Injil (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)