Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Roma Mesej 54: Pelantiktentuan Melalui Kebangkitan
Mesej 52 & 53: Pelantiktentuan & Keanakan Dalam Buku Roma
Mesej 55: Pelantiktentuan Melalui Roh Kudus
Mesej 54: Pelantiktentuan Melalui Kebangkitan
2021-09-15 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PELANTIKTENTUAN MELALUI KEBANGKITAN

Ayat-ayat Bible: Roma 1: 1-4

Kajian-hayat: Mesej 54

Bacaan Bible: 

Roma 1:3-4 Berkenaan Anak-Nya yang dilahirkan daripada benih Daud menurut tubuh daging, Yang dilantik tentu sebagai Anak Tuhan dalam kudrat menurut Roh kekudusan daripada kebangkitan orang mati, Yesus Kristus, Tuan kita. 

Petikan Bacaan: 

        Paulus mengatakan bahawa injil Tuhan adalah berkenaan Anak Tuhan, Yesus Kristus Tuan kita (1:3). Hal ini menunjukkan bahawa injil Tuhan ialah injil keanakan. Matlamat injil ini ialah mentransform pendosa-pendosa menjadi para anak Tuhan demi pembentukan Tubuh Kristus. Kita dilantik tentu sebagai para anak Tuhan menerusi proses kebangkitan. Proses ini melibatkan beberapa langkah yang merangkumi pengudusan, transformasi, konformasi, dan pemuliaan.  Kita sekarang sedang melalui proses pelantikantentuan melalui kebangkitan, yakni proses yang akhirnya akan membawa kita ke tahap manifesatasi. 

        Kita tidak harus menganggap kebangkitan sekadar suatu peristiwa pada masa hadapan seperti yang dilakukan Marta dalam Yohanes 11. Tuan Yesus memberitahunya bahawa Dialah kebangkitan dan hayat (ay. 25). Kebangkitan bukan soal masa atau tempat, tetapi soal Kristus. Haleluya, kebangkitan ialah Yesus, Anak Tuhan! Mengatakan bahawa Kristus ialah kebangkitan bererti Kristus ialah kudrat hayat. Mengatakan bahawa Kristus ialah kebangkitan bererti Kristus ialah kudrat hayat. Kebangkitan ialah Kristus menjadi kudrat hayat bagi kita.

PROSES DILANTIK TENTU

Kita dilantik tentu sebagai para anak Tuhan melalui kebangkitan. Tiap-tiap hari kita melalui proses dilantik tentu. Benih bunga teluki dilantik tentu bukan dengan dilabelkan, tetapi dengan disemai ke dalam tanah dan bertumbuh secara beransur-ansur menjadi tumbuhan bunga teluki yang matang dan bermekar. Apabila ia mencapai kemekaran penuh, ia akan dilantik tentu dengan sepenuhnya. Sama seperti benih bunga teluki, kita semua berada dalam proses dilantik tentu. Semakin kita bertumbuh dan ditransform, semakin kita dilantik tentu sebagai para anak Tuhan. 

        Roh itu ialah realiti kebangkitan. Keanakan direalisasikan melalui kebangkitan dan dalam Roh itu. Roh itu yang huni dalam kita ialah Roh yang bangkit dan Roh yang melantik tentu. Hari demi hari Roh itu melantik tentu kita sebagai para anak Tuhan. Semoga Tuan merahmati kita agar kita memilih untuk hidup menurut Roh. 

PENGALAMAN KITA TERHADAP KEBANGKITAN

Sebagai percayawan, kita mempunyai Kristus dalam kita sebagai kebangkitan, dan kebangkitan ini ialah kudrat hayat kita. Hari demi hari kudrat ini berfungsi untuk mengatasi maut. Maut mempunyai banyak aspek: kelemahan, kegelapan, kebencian, kesombongan, kritikan, desas-desus. Biarpun kamu hanya bersungut atau bergosip sedikit, kamu akan menyentuh maut. Kebangkitan dalam kita mengatasi setiap bentuk maut dan menelannya. Kudrat hayat ini menyebabkan pertumbuhan, transformasi, dan pembentukan. Kudrat hayat ini juga membebaskan hal-hal yang positif, dan menyebabkan kita bangkit dalam setiap keadaan "berlumpur". Melalui kebangkitan sedemikan, kita juga berada dalam proses dilantik tentu sebagai para anak Tuhan. 

                                                                        MENIKMATI ROH YANG MELANTIK TENTU

        Puji Tuan kerana kita mempunyai Roh yang melantik tentu dalam kita dan bukan sekadar ajaran yang objektif! Kiat mempunyai Kristus yang melantik tentu sebagai kebangkitan dalam kita. Jangan cuba menambahbaikan diri kamu atau menjadikan diri kamu sempurna tanpa dosa. Sebaliknya, nikmatilah dan alamilah Roh yang melantik tentu. Jika kita bergerak hidup setiap hari menurut Roh, kita akan berada sepenuhnya dalam proses pelantiktentuan melalui kebangkitan. Melalui kudrat kebangkitan, kita akan ditransform, dikonform, dan akhirnya dimuliakan. 

        Semakin banyak kita menghubungi Tuan dengan menyeru nama-Nya, semakin banyak kita merasakan hadirat-Nya dan semakin banyak kita sedar akan pengurapan-Nya dalam kita. Dengan menyeru nama Tuan, kita disirami, kita disegarkan, kita dikuduskan, kita dipuaskan, dan kita diperkuat. Dengan cara ini, kita dibawa ke dalam hadirat-Nya dan kita dipersiapkan untuk kedatangan-Nya. Jenis ajaran yang kita perlukan hari ini bukan ajaran objektif berkenaan nubuat atau berkenaan kala zaman, tetapi berkenaan bagaimana kita dilantik tentu dengan menikmati dan mengalami Kristus sebagai kudrat hayat. Kita harus melatih roh untuk menghubungi TUan supaya kita boleh menikmati pengurapan-Nya dan berbahagian dalam proses pelantiktentuan melalui kebangkitan. Puji Tuan kerana kita mempunyai esens hayat dan kudrat hayat dalam kita! Kudrat hayat ini sedang membentuk kita menjadi imej Anak Tuhan. Menerusi fungsi kudrat hayat ini yang membentuk, kita akan dikonform sepenuhnya kepada imej Kristus. 

Soalan Kajian: 

Kebangkitan bukan sahaja satu janji, tetapi juga seorang Persona iaitu Kristus. Kebangkitan juga merupakan satu proses melaluinya kita mengalami Kristus sebagai kudrat hayat. Jelaskan bagaimana kita mengalami pelantik tentuan melalui kebangkitan dalam kehidupan harian kita.  



Mesej 52 & 53: Pelantiktentuan & Keanakan Dalam Buku Roma
Mesej 55: Pelantiktentuan Melalui Roh Kudus
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)